Kekuatan Doa

September 14, 2013



Doa?

Sesiapa pun layak untuk berdoa selagi mana dia itu bergelar manusia. Sangatlah rugi bagi mereka yang tidak pernah menadah tangannya untuk berdoa. Hal ini kerana, doa itu tidak memerlukan wang ringgit untuk membayarnya. Malahan Allah memakbulkan permintaan hambanya juga tanpa meminta sedikit pun bayaran melainkan teruskan beribadah kepadaNya tanpa menyukutukanNya.

Doa ni macam-macam boleh kita minta kepada Allah selagi mana tidak mendatangkan keburukan kepada hambaNya. Dia tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Tidak semestinya doa kita tu diperkenankan oleh Allah dengan segera. Boleh jadi, tahun depan, sepuluh tahun akan datang ataupun di akhirat kelak. Kita sebagai manusia perlu sentiasa berdoa tanpa berputus-asa walau sedikit pun.

Ada manusia yang berdoa untuk dimurahkan rezeki, diberikan kejayaan, dikurniakan jodoh yang baik dan macam-macam lagi bentuk doa yang boleh kita pohon kepada Allah kerana Allah itu Maha Mendengar dan sentiasa mendengar doa daripada setiap hambaNya.

Kadang-kadang kita berdoa untuk diberikan kejayaan tetapi Allah beri kita kegagalan. 

Kerana apa? 

Kerana dari kegagalan itulah kita bangkit dan berfikir bagaimana untuk berjaya. Bukan semudah itu kita hendak berjaya.

Bak kata pepatah,
  
                     " gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya" 
                                              
                                                   atau

                " jadikan kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk kita berjaya"

Aku sendiri pun bukan tiba-tiba boleh berjaya. Keputusan UPSR aku tidak langsung membanggakan sehingga sekarang ni aku malu nak cerita pasal UPSR aku. haha.. Aku jadikan keputusan UPSR aku tu untuk memperbaiki lebih baik lagi dalam PMR dan juga SPM. Alhamdulillah berkat doa ibubapaku, guru-guru, sahabat-sahabat, aku telah dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Sehinggalah kini aku berada di Universiti untuk meneruskan lagi perjuanganku.

Berbalik pada doa tadi, selepas berusaha bersungguh-sungguh maka berdoalah semoga Allah memberkati segala usaha kita dan memberikan keputusan yang terbaik. Doa daripada ibubapa dan guru-guru juga sangat penting untuk berjaya selain daripada kita menelaah pelajaran.

Doa itu senjata bagi seorang Muslim. Jadi tunggu apa lagi jikalau kita dah tahu yang kita sebagai Muslim memiliki senjata yang agama lain tiada.

Setelah berusaha maka berdoalah.

Sekian.



You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation