IJAZAH SARJANA MUDA PERBANKAN ISLAM UiTM

July 18, 2017

Assalamualaikum. 
Hai gaissssssssssssss...! 
Terlebih excited pulak aku update blog kali ni. Serius dah lama teruks aku tak update blog kan? Haha..Okay, blog kali ni aku nak share kat korang tentang Degree in Islamic Banking, #isbahuha bagi sesiapa yang berminat dan rasa ingin tahu tentang course ni terutamanya buat pelajar yang dulunya mengambil diploma di UiTM juga.

Mari kita mulakan...

Untuk pengetahuan korang, course ni dibawah Fakulti Pengajian Perniaagaan atau lebih dikenali sebagai FPP/FBM. Bagi pelajar yang dulunya mengambil diploma UiTM di Fakulti Pengajian Perniagaan, sangatlah tiada masalah untuk sambung course ni, malah korang akan dapat pengecualian kredit (PC) untuk subjek-subjek tertentu. So, korang akan masuk degree bermula dengan semester 3. Sangatlah best, sebab korang hanya perlu pergi kelas untuk 3 semester sahaja dan 1 semester lagi iaitu semester 6, korang akan ada latihan industri. So, sambung degree hanya perlukan masa 2 tahun je lah..haa.. Bagi korang yang course dari fakulti lain, mungkin akan start dengan semester 2.. Bagi yang universiti lain, sudah tentu anda akan start dengan semster 1. Jangan terkejut bila dah degree ni semuanya kau kena settle sendiri, tak macam diploma dulu banyak kena suap. Degree ni uruskan PC sendiri, slide kena print atau cari sendiri, dan macam-macam lah yang memerlukan kau cari sendiri. Harap bertabah okay? Hahaa..Aku degree kat UiTM Puncak Alam tauu..Jadi, sesiapa yang nak tahu ISBA kat palam macam mana boleh lah tanya aku ye..

Mesti korang nak tahu subjek apa yang dapat pengecualian kredit kan? Subjek-subjek tu korang kena dapat minimum B (kalau tak silap aku lah), tapi kalau tak lepas korang kena ambil balik masa degree nanti. Subjek-subjek tersebut ialah:

  1. Intermediate Financial Accounting (ACC406)
  2. Islam and Asian (CTU551)
  3. Economics (ECO415)
  4. Financial Management (FIN420)
  5. Banking Operation (FIN426)
  6. National Kesatria I & II
  7. Introduction to Human Resources (HRM533)
  8. Business Law (Law416)
  9. Information Technology (MGT417)
  10. Principle and Practice Management (MGT420)
  11. Marketing (MKT420)
  12. Introduction to Operation Management (OPM530)
  13. Introduction to Third Language I & II
Tu diaaa senarai subjek yang korang akan dapat PC untuk sambung course Islamic Banking ni dan terus melompat dengan jayanya ke semester 3 terus tanpa ada halangan.

Bila dah faham pasal PC, mari kita beralih ke subjek-subjek yang bakal korang hadapi untuk setiap semester bermula dengan semester 3.

Ayuhh...

SEMESTER 3
  1. Introductory Arabic/Mandarin Level III
  2. Quantitative Business Analysis
  3. Personal Development and Ethics
  4. Usul Fiqh (Islamic Jurisprudence)
  5. Introduction to Fiqh Muamalat
  6. Islamic Theology
  7. English For Oral Presentations
  8. English For Critical Academic Reading
Okay, ni aku nak habaq overview subjek tu sikit lah ek.. Untuk subjek third language tu aku rasa takde masalah lah sebab korang dah ambil yang level 1 dan 2 tu kan sebab subjek ni akan ikut apa bahasa yang kau belajar masa diploma dulu, ni just sambungannya je lah..Untuk subjek yang no.2 tu basically more to calculation macam korang belajar QMT kat diploma cumanya yang ni lagi pelik sikit..hahah...tapi tak susah pun..Subjek yang no.3 tu pulak, kalau korang rasa diri dan hidup korang ni sangatlah bertika dan beradab, sangatlah takde masalah untuk subjek ni sebab ni subjek reading tapi korang satu kelas kena organize programme untuk dapatkan carrymarks. Seterusnya subjek no.4 tu lebih kepada kau kena faham dan ingat, bukanlah hafal semata-mata..siapa yang dulu sekolah agama ada belajar Pendidikan Quran Sunnah atau Shariah Islamiyyah akan faham dengan tenang lah subjek ni sebab semuanya kau dah belajar waktu sekolah dulu cuma yang bezanya ialah ini dalam english. Untuk subjek no.5 tu pun korang kena faham dan ingat.. Basically, terms yang digunakan dalam dunia islamic banking punya produk..Kau dah belajar jugak masa diploma dulu-dulu subjek introduction to islamic banking..haa kau jangan nak buat-buat tak ingat eh..Okay, yang no.6 tu lebih kepada kefahaman kau tentang Islam dan Tuhan, lebih kurang macam Tauhid..Senang kan? Bezanya subjek ni dalam English tu je..Yang no.7 tu, takde final exam, lebih kepada jenis-jenis presentations dalam kelas je lah, memang best and interesting. No.8 tu macam kau exam MUET yang reading tu tapi ni subjektif dan memrlukan thinking yang sangat critical lah dan ada final exam. Okay, nak bagitahu something, untuk semester 3 ni ramai yang dapat DL, jangan terkejut kalau separuh daripada kelas kau dapat DL sebab sem 3 memang senang nak skor..Kalau korang ada niat nak pakai selempang pink atau konvo dengan Degree First Class kenalah skor dari semester 3 ni tau.

SEMESTER 4
  1. English for Professional Interaction
  2. Sejarah Malaysia
  3. Monetary Economics
  4. Principles of Entrepreneurship
  5. Qawaid Fiqhiyyah (Islamic Legal Maxims)
  6. Islamic Economics
  7. Advanced Fiqh Muamalat
Selamat datang semester 4. Subek no. 1 tu lebih kepada perkara-perkara yang perlu kau hadapi untuk dunia pekerjaan. Macam mana nak reply email, nak jawab soalan interview dan banyak lagi dan takde final exam ye untuk subjek ni.  Untuk yang no.2 tu, ni lah satu-satunya subjek yang dalam BM dan perlukan kerajinan untuk membaca sebab sejarah kan. Subjek no.3 tu agak complicated jugak dan memerlukan kerajinan korang untuk study dan buat latihan past sem banyak-banyak. Seterusnya no.4 tu macam ENT yang kau amik kat diploma dulu tapi lebih mendalam sikit lah dan kau akan diberikan task..macam aku, kena menjual apa-apa je lah yang boleh dapat income bermula dari minggu ke-4 hingga minggu ke-11 dan ni dilakukan by group. Untuk yang no.5, lebih kepada kefahaman dan daya ingatan utuk ingat 20 Maxims tapi subjek ni best actually..Yang no.6 tu pulak, subjek membaca jugak dan memerlukan kefahaman korang tentang islamic eco tu sendiri. Dan yang last, sambungan dari subjekk fiqh muamalat sem 3 tapi lebih advance lah. jangan risau, inshaallah semuanya baik-baik saja bila dapat lecturers yang baik dan membantu. hehe...Untuk semester 4 ni kau takkan mengharapkan DL pun (trust me), tapi kau kan mengharapkan semua subjek ni kau lepas dan taknak repeat mana-mana paper..hahaa

SEMESTER 5
  1. English Exit Test
  2. Strategic Mangement
  3. Research Methods
  4. Islamic Financial Planning
  5. Islamic Financial Legal Framework
  6. Islamic Capital Market
  7. Islamic Banking and Financial Services

Jeng jenggg.. Dah semester 5 dah korang..Tapi seriously, memang cepat je masa berlalu bila kat degree ni. Semua subjek sem 5 ni 4 credit hour kecuali subjek no.1 tu dan kau boleh faham kan kalau aku dah cakap semua 4 credit hour..hahaa..Untuk no.1 ni takde pergi kelas pun, kau akan amik masa nak dekat-dekat final exam nanti, lebih kurang macam MUET tapi takde listening. Subjek no.2 tu subjek membaca je, kalau korang baca, korang dapat, tak baca tak dapat apa lah ye.. No.3 tu korang akan belajar macam mana nak buat research paper yang akan dilakukan masa kau praktikal nanti. Time ni aku nasihatkan korang faham betul-betul macam mana nak buat project paper supaya senang nanti kau nak buat masa dah praktikal. Yang no.4 tu subjek macam nak kira tax, zakat, haji dan macam-macam lagi lah financial planning kita as a Muslim dan kau boleh praktikkan dalam kehidupan korang sampai lah korang menutup mata.Seterusnya, yang no.5 tu kau akan belajar islamic banking act yang ada dalam Malaysia ni dan kes-kes yang berkaitan islamic banking dan lebih kurang macam law dulu kau belajar tapi kalini lebih fokus pada islamic banking. Subjek yang no.6 tu perlu kefahaman yang tinggi lah dan fokus dalam kelas sebab asyik belajar sukuk je tak habis-habis. hahaa...aku pun macam lemah sikit sdengan sukuk ni haihhh.. dan yang terakhir, subjek yang best sebab kau belajar apa servis yang islamic banking offer kat public dan macam mana application service tu. Ya, semester 5 ni kau juga tak mengharapkan yang kau akan DL, kau cuma harap yang kau lepas semua subjek dan boleh intern dengan tenang, aman dan damai. Semester ni jugak korang kena cari tempat intern, nanti uni korang akan bagitahu lah macam mana caranya..korang kena follow lah cara uni korang sebab kena cari company yang related dengan course kita.

SEMESTER 6
  1. Industrial Training
  2. Industrial Training Project Paper
Untuk semester 6 ni nanti aku update kemudian sebab aku pun baru nak start intern 7 Ogos ni sampai 24 Nov..Aku intern kat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya. Doakan aku gaisssssss. Itu sahaja lah setakat ni. Jumpa lagi!

ni classmates aku..hehe



You Might Also Like

40 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation