DIPLOMA PENGAJIAN PERBANKAN UiTM

November 28, 2015

Assalamualaikum..

Okay, sekarang ni musim adik-adik sedang exam SPM kan? Lepas ni dah boleh isi UPU kan, kalau pening-pening kepala tak tahu nak pilih kos apa, pilih lah DIB ni. best tau! Tak tahu DIB tu macam mana? belajar apa? susah ke tak? jangan risau, meh sini akak nak cerita sikit kat korang ye..baca elok-elok tau. kalau tak faham nanti boleh tanya okay? (EMAIL sahaja yang akak akan balas sebab kat ruang komen tu kadang-kadang akak tak perasan).

 Oh ya, tapi sebelum tu akak nak bagitahu untuk kos ni kita belajar selama 5 semester iaitu 2 tahun setengah. Tiada latihan industri untuk diploma ni.

Ramai yang email akak tanya pasal DIB ni, antara soalan yang kerap ditanya:


  • "Kos ni susah tak?"
-untuk jawab soalan ni, biasalah  nama pun belajar. Mana ada belajar yang semua senang je..kan? Mestilah ada yang senang dan ada yang susah. Itulah namanya belajar, kena usaha lebih kalau nak dapat hasil yang lebih. gituuuu...

  • "Saya dulu tak amik akaun masa SPM, boleh ke sambung DIB ni?"
-Boleh je sambung DIB ni, akak dulu pun tak ambil akaun masa sekolah. Tapi DIB ni ada belajar akaun masa sem 1 sahaja, tu pun yang basic je...tak tahu, tanya kawan dan banyakkan buat latihan dan juga jumpa lecturer bila tak faham.
  • "Saya dulu aliran Sains Tulen, boleh ke mohon kos ni?"
-Ya, boleh je. Tiada masalah pun, adik boleh je mohon kos ni."
  • "Apa prospek kerjaya kalau ambil DIB ni?"

-Soalan paling WOW sekali, kadang-kadang akak pun tersenyum sorang2 nak jawab soalan ni, yelah akak pun belum lagi bekerja..haha..tapi dari apa yang lecturer akak cakap dan pengalaman senior2 juga dari apa yang akak baca, untuk kos ni peluang pekerjaan luas dan tidak terhad dalam industri perbankan sahaja. Adik2 juga ada peluang untuk bekerja di mana-mana company dan selalunya adik akan diletakkan di finance department sebab banking dengan finance ni sangat berkait rapat antara satu sama lain. 


  • "Lecturer ajar dalam BI atau BM?"
-Ni based on lecturer tu sendiri, ada yang full BI dan ada juga yang mengajar campur-campur bahasa.
  • "Apa beza finance dan banking?"
-Banking ni lebih kepada operasi bank, selok belok bank tu.kalau finance lebih kepada mengira-ngira.
    • "Kos ni banyak subjek mengira ke membaca?"
    -DIB lebih banyak subjek yang membaca dari mengira.





    Okay, sekarang kita tengok subjek-subjek yang adik-adik perlu ambil untuk kos ni sepanjang 5 semester.....


    SEMESTER 1

    1. Ko-kurikulum 1
    2. Prinsip Asas Islam
    3. Integrated Language Skills: Listening
    4. Third Language 1 
    5. Introduction to Financial
    6. Business Mathematics
    7. Fundamentals of Management

    Hai, adik-adik junior semester 1. Okay, semester 1 ni subjek tak berapa nak susah sangat lah. Cehh, kalau korang rajin lebih sikit, dah boleh DL dah. Okay, untuk KOKU tu ada macam-macam tau, itu semua pihak universiti dah tetapkan. Macam, akak dulu masuk Bomba. Dah, jangan nak gelak sangat okay. Haha..Untuk yang "third language" tu pula, korang boleh pilih antara bahasa arab atau mandarin. Kalau akak dulu amik bahasa arab. Jangan risau tak susah pun, sebab bahasa arab basic je..
    kalau masa sekolah dulu ada amik bahasa arab, ni satu kelebihan untuk korang score subjek ni. subjek-subjek yang lain tu semua membaca kecuali "introduction to financial" dan "business mathemathics" je mengira. Siapa minat mengira, mesti korang boleh score dua subjek ni. hehe..



    SEMESTER 2

    1. Ko-Kurikulum
    2. Pemikiran Tamadun Islam
    3. Integrated language Skills: Reading
    4. Third Language 2
    5. Microeconomics
    6. Fundamentals of Marketing
    7. Business Communication
    8. Risk and Insurance


    Okay, tahniah sebab anda berjaya masuk semester 2, walau apa pun result yang korang dapat masa semester 1 tu terima je lah dengan hati yang terbuka. Cuba lagi di semester 2 ni ye adik-adik. subjek "Microeconomics", "Marketing", "Business Comm", dan "Risk&Insurance" ni semua membaca tau anak-anak. Nak tak nak, kena lah baca buku tu rajin-rajin. Usaha lebih sikit ye. Hehe..Kalau bagi akak lah kan, subjek insurans tu haa paling tak suka, tapi akak yakin adik-adik ni semua bijaksana orangnya. Chayokkk!!


    SEMESTER 3

    1. Ko-Kurikulum 3
    2. Asas Ekonomi Islam
    3. Integrated Language Skills: Writing
    4. Macroeconomics
    5. Fundamentals of Finance
    6. Introduction to Statistics
    7. Banking Operations


    Alhamdulillah makin senior dah korang..untuk sem 3 ni ada 2 subjek mengira iaitu "Finance", "Statistics", "Macroeconomics"..Untuk sem 3 ni, ramai yang seram subjek "banking operations" dan "Finance"..haa, agak payah sikit lah subjek ni, perlu banyak buat latihan okay. buat assignment yang lect korang bagi tu..Lagi satu nak bagitahu sem 3 ni korang last koku, lepas ni korang dah boleh simpan je baju koku tu, tak payah nak pakai tudung putih dengan kasut sukan lepastu petang-petang pergi padang kawad k. heee


    SEMESTER 4

    1. Information Technology in Business
    2. Business Law
    3. Human Resources Management
    4. Financial Analysis
    5. Fundamentals of Islamic Banking
    6. Finance of International Trade

    Yeayhh, untuk semester 4 ni subjek yang paling digeruni ialah subjek "Business Law" lagi-lagi kalau dapat lect yang garang dan seram..hahaa..tapi, korang jangan risau lah buat je assignment, test, quiz atau apa-apa homework yang lect bagi pastu usaha lebih untuk final. Untuk subjek mengira ada 1 je "Financial Analysis" dan yang lain-lain tu korang membaca je lah ye. haha

    SEMESTER 5

    1. Fundamentals of Entrepreneurship
    2. Operations Management
    3. Investment Management
    4. International Banking
    5. Credit Management
    6. Legal Aspects and Ethics in Banking

    Alhamdulillah, tahniah sebab korang dah berada di semester yang terakhir. Okay semester akhir ni, korang jangan nak main-main ye, serius sikit. Pastikan ni betul-betul sem terakhir tau. kali ni subjek banyak sangat membaca kecuali "Investment" je yang mengira. Investment ni tak susah sangat, best tau main kira-kira investment ni..hehe..

     Tahniah anda bakal graduan uitm. hee

    Okay, sekarang keputusan berada ditangan anda semua. Buatlah pilihan yang terbaik untuk masa hadapan.tak paksa pun masuk DIB ni, cuma sikit perkongsian pengalaman akak dalam bidang perbankan ni. Kalau dulu adik sekolah agama, bukan tak boleh kalau diploma nak sambung kos luar bidang agama.

    Akak sekarang degree Islamic Banking kat UiTM Puncak Alam. Jom masuk UiTM. hee

    Okay last, semoga berjaya semua. Ni akak belanja sikit gambar konvo 8 November 2016. Hehe




    You Might Also Like

    95 comments

    WORDS OF WISDOMS

    Train your mind to see the good in every situation