Demi Aurat Sempurna
December 22, 2014Nah, sekarang ni bermacam-macam jenis pakaian yang orang kata fesyen "up-to-date" atau tidak keterlaluan jika orang yang berpakaian biasa-biasa itu dikatakan lapuk atau ketingglan zaman.
Ya, sememangnya pada zaman sekarang ini fesyen telah menjadi kegilaan terutamanya remaja. Sehinggakan ada remaja yang malu untuk berpakaian yang lama atau sudah ketinggalan zaman.
Tapi persoalan yang ingin aku lontarkan ini merupakan soalan yang agak sensitif bagi semua 'fashionista', 'hijabis', atau apa-apa sahaja gelaran yang ada pada masa kini iaitu ADAKAH PAKAIAN KITA ITU MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA?
Kadang-kadang tu aku pelik melihat orang yang "over" dalam bergaya sehingga mengabaikan aurat mereka. Aku tak bercakap sebagai lelaki tetapi aku bercakap sebagai seorang perempuan. Bukannya aku nak kata lelaki tak perlu untuk menutup aurat, akan tetapi aurat seorang perempuan itu lebih sukar untuk dijaga dan adakalanya terlepas pandang.
Mungkin apabila aku bercakap tentang isu fesyen ni akan ada mulut-mulut yang berkata "Islam tidak melarang berfesyen". Ya, memang Islam tidak melarang untuk berfesyen tetapi unsur-unsur fesyen itu perlu diambil kira kerana sedarkah kita, dalam kita berpakaian bukan sahaja menutup aurat kita malah ada tanggungjawab yang lebih besar iaitu kita membawa imej ISLAM itu sendiri.
Kau nak berfesyen? silakan, tiada siapa yang menghalang tapi ingatlah satu perkara "sebaik-baik pakaian adalah taqwa". Nak tahu taqwa atau tak pakain yang kita pakai itu adalah pakaian yang kita boleh guna terus untuk solat tanpa memakai telekung. It's simple right? Tepuk dada tanya iman.
Okaylah, bagaimana mahu berubah daripada tidak menutup aurat dengan sempurna kepada menutup aurat dengan sempurna?
Persoalan ini mungkin sahaja bermain-main di fikiran Muslimah yang berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik. Berikut beberapa tindakan sebagai perkongsian. Lakukan perubahan fasa demi masa, paling utama ialah ISTIQAMAH.
1. BERAZAM
Niatkan dalam hati, "Ya Allah, aku hamba-Mu yang lemah. Aku ingin menuruti segala perintah-Mu. Bantulah aku dalam proses untuk menuruti, taat dan patuh kepada perintah-Mu.
2. BAIKI TUDUNG
Lihat tudung yang dipakai. Pastikan tudung tidak jarang atau singkat sehingga menampakkan leher dan dada. Sekiranya jarang, pakai inner di dalam. Lebih praktikal dan selamat, beli tudung yang tidak jarang dan labuh.
3. PAKAI STOKING
Kaki sebahagian aurat wanita. Jadi, pakai stoking ketika berada di luar rumah. Jika tidak mahu berstoking, pakai kasut bertutup. Paling penting menutup kaki.
4. PAKAI HANDSOCK
Kita biasa menyebutnya sebagai handsock atau sarung lengan. Untuk lebih menyempurnakan penutupan aurat, kita tutup pergelangan tangan. Pergelangan tangan sebahagian aurat wanita.
5. HADIR KE MAJLIS ILMU
Mencari ilmu termasuk usaha mengubah diri menjadi lebih baik. HAdiri majlis ilmu yang berhampiran. Hasilnya, hati akan rindu jika tidak hadir ke majlis ilmu.
6. ISTIGFAR
Banyakkan memohon keampunan daripada Allah dan lazimi taubat. Jangan sampai kebaikan yang dirasai membuatkan kita rasa kebaikan yang dilakukan sudah cukup. Jangan pula kesilapan masa lalu menjadikan kita malas untuk melakukan kebaikan.
InshaAllah, praktikkan perkara di atas. Allah Maha Melihat. Jika benar kita mahu berubah, Allah sentiasa melorongkan jalannya. Perubahan sedikit demi sedikit dan berterusan lebih baik daripada berubah drastik namun tidak lama. Berumah tidak mudah, namun hasilnya indah.
Moga hatimu kuat wahai ukhti :)
2 comments