Tanda Kasih

December 25, 2014

Bertali arus musibah yang melanda negara kita pada ketika ini. MH370, MH17, puting beliung, dan yang terkini banjir teruk yang melanda di pantai timur.

Huh, bermacam-macam bukan musibahnya?

Ya, semua ini datang kerana ujian Allah. Allah ingin menguji tahap keimanan hambaNya kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Apa yang pasti, di sebalik ujian-ujian itu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Sebagai hamba, kita perlu menerima ujian itu dengan berlapang dada dan redha serta ikhlas menerima.

Mungkin bila aku kata sebegini, orang akan cakap "tak kena kat batang hidung sendiri, boleh lah cakap macamtu bagai". Memang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku tak alami apa yang kau alami tapi sedikit sebanyak aku dapat rasa apa yang kau rasa. Ujian untuk kau dan aku berbeza mengikut kemampuan diri kita. Bukankah Allah menguji kita mengikut kemampuan?



Kita mohon supaya diberi kekuatan tetapi Allah beri kita ujian. Tahuukah kita, dengan ujian itu kita akan menjadi lebih kuat, lebih hebat dan lebih berpengalaman?

Berapa ramaikah di antara kita redha apabila Allah memberikan dugaan atau ujian? Bagi mereka yang beriman, mereka menganggap itu adalah ujian yang akan meningkatkan keimanan tetapi bagi yang tidak beriman, pasti menggap Allah tidak sayangkan mereka dan sengaja menyusahkan.

Allah telahpun memberi peringatan dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang membawa maksud, "patutkah manusia menyangka bahawa mereka akn dibiarkan dengan hanya berkata: kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? dan demi sesungguhnya kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka supaya dengan ujian seperti itu, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman dan ternyata pula diketahui mengenai orang yang berdoa."

Ayat itu mengingatkan kita, tidak semudah itu untuk mengatakan kita beriman sebelum diuji dengan dugaan Allah. Ini kerana ujian itu merupakan satu syarat sama ada kita redha atau tidak dengan ujian yang Allah turunkan. Rasulullah s.a.w juga hebat diuji dengan pelbagai tuduhan sepanjang menyebarkan agama Islam kepada kaumnya. Ujian kita tidak sehebat ujian terhadap baginda.

Perlu diingat, ujian juga adalah tanda kasih dan cinta Allah terhadap kita. Hadis oleh Imam at-Tarmizi daripada Anas, Rasulullah s.a.w berkata, "Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Baramg siapa redha menerima ujian itu, Allah redha pula kepadanya. Dan barang siapa yang tidak redha, maka Allah murka padanya."

Setiap ujian yang menimpa seseorang muslim itu pasti akan diberi pahala oleh Allah s.w.t. Sebesar mana ujian tersebut, maka besar jugalah ganjaran pahala yang akan diperolehi.

Oleh itu segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa seseorang mukmin merupakan penghapus dosa yang pernah dilakukan sebelum ini. Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpa sebagai nikmat dan menerima setiap musibah dengan redha akan mendapat balasan pahala daripada Allah selain terhapus kotoran dosa dan kesalahannya.






You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation