Tidak Seindah Janji

December 27, 2014

Kisah pendek ini aku terima daripada seorang rakanku di group whatsapp. Bila aku baca kisah ni kan eh, macam terjentik kat dahi sendiri je rasa. Haha. Okaylah, nak tahu terjentik tak terjentiknya hati korang tu, baca lah. Hehe

...................................................................................................................................................................

Pertemuan di Cafe pada petang itu, membuatkan Ajwad tidak senang duduk. Fikiran teringat akan seorang gadis yang berjaya membuat hati dia terbuai. It has been quite some time. Sejak form 1 lagi dan sekarang mereka berjumpa semula di universiti yang sama, cuma berlainan bidang.

Dia seakan tidak percaya, perasaan yang sudah lama dipendam kini semakin hangat. Bak kata orang, kembali berbunga-bunga gitu. Acap kali kedengaran istighfar meniti di bibirnya. Akhirnya, jari jemari menekan butang send audio 'You Are The One' by Raef.

Mata asyik tertumpu pada conversation whatsapp kerana menunggu balasan dari si gadis.

Seminit....
Dua minit...
Tiga minit...

bzzz...bzzz..

"Apa ni?"

"Hayati lirik tu dan fahamkan maksudnya, then tell me the answer sudi atau tak."

"Are you serious Aish Ajwad Kamaruddin?"

"I am, aku dah lama suka kau."

"This is not the right way. I'm not ready."

"Just tell me that you love me the way I do or not, only then I'll be okay."

"Aku pun suka kau"

Bibir kembali senyum sampai telinga, sampai tak sedar Aiman Aqil yang sedang murajaah al-Quran surah AnNisa memandang aneh.

"Aku akan kahwini kau suatu hari nanti."

"I will wait for that day."

"Just you wait."

Dan hari demi hari, semakin kerap whatsapp dan berkongsi segala suka dan duka. Segalanya indah apabila hati berbunga kan?

**********************************
Sebulan berlalu.

Di satu sudut, Alyaa Amirah sujud di sejadah, lama. Usai salam terakhir, dia menangis sambil meruap muka.

Malu. Malu dengan diri sendiri yang semakin tak tahu malu. Bermaksiat..Ya..zina..zina hati je.."JE" takkan ubah apa-apa. Yang dsa tetap dosa.

"Alaa..ramai je orang lain bercinta." What is wrong even if everyone is doing it. Hati segera menangkis.

"Tapi aku tak pernah langkau sayriat." hati kecil tetap membantah.

Betul ke? Setiap hari whatsapp even bertanya khabar. Tapi perasaan halus itu sentiasa menjalar di hati. Sentiasa tersengih seorang diri sampai kadang-kadang tertinggal date dengan Allah pukul 3 pagi semata nak melayan whatsapp dari si dia pada pukul 1, 2 pagi. Selalu cemburu apabila si dia digosipkan dengan akhowat yang lain. Selalu stalk profile dan segala yang berkaitan dengan dia sampai kadang menangis tak henti sebab cemburu.

"Aku."

Dan masa itu, sejadah menjadi tempat air mata meresap. Mata bengkak, badan lemah. Hanya pada Allah boleh diluah, hanya Allah yang mengerti hatinya saat itu. Betapa berdosanya diri tapi masih diselubungi perasaan 'takut untuk sakit bila berpisah' jadi.....

"Ya Allah. tolong bukakan hati si dia untuk sedar akan hakikat ini juga. Tolong Ya Allah, kurangkan sakit yang aku rasa ini..."

**************************

"Ajwad,.syok whatsapp? dengan siapa?" tegur Aqil memulakan bicara.

"Eh takdelah, dengan member sekolah lama." jawab Ajwad sambil tersengih.

"Aku bukan apa, tapi aku tengok kau ni dah lain." berhati-hati Aqil menutur kata.

"Lain macam man.?" Ajwad menegakkan badan dan bersila di atas kerusi.

"Boleh kita bincang kejap?" ajak Aqil.

"Sure." iPhone diletak tepi dan ditukar mode silent. Something sound fishy.

"tengah berbunga ke?" Aqil senyum segaris, sekadar bermanis.

"Eh apa? What do you mean?" Ajwad kerutkan dahi tanda tak faham.

"Look, let me be honest sebab kau member aku since first time kita masuk universiti lagi. Satu course, satu bilik, satu kelas, dan, satu agama. Aku sayang kau."

"Eh jap jap. Ada apa hal ni?"

"Aku tak larang kau nak bercinta, tapi biarlah cinta tu kerana Allah, bukan kerana nafsu. Selagi belum halal, selagi tu ada jarak. Got me?"

"Oh..tapi aku takde la sampai bersayang semua, aku cuba limitkan pergaulan kami."

"hati?"

Diam. Gulp!! tersedak. Batuk dua kali untuk hilangkan payau di tekak.

"Ajwad..even kita dah limitkan pergaulan, contact tanya khabar ke, sembang through phone sambil cakap benda baik ke..Ingat, syaitan tu ada. Bunyi kecik simple gitu je kan? Tapi, little do we now. benda kecik macamtu lah, yang kita orang belajar agama ni selalu rebah kena hentam dengan nafsu. Are you with me?"

"Proceed." mata merah menahan air mata dari tumpah ke lantai, muka ditunduk.

"Aku tahu kau sayang dia tapi, jarak tu still exists. Kalau masa ni kau enjoy dan kenal suka-suka dengan dia lepastu do you think and jamin yang lepas nikah pun boleh kenal-kenal lagi? Save. Save manja, save cinta, save kata-kata manis tu. Itu semua lepas nikah. Kau lelaki, dia tu perempuan. Aku rasa dia tu bukan calang-calang orang. Sebab aku tahu, kau terpikat dengan agama dia. At first, perempuan ni umpama airmutlak, kenapa kita nak musta'malkan dia? kenapa nak cemarkan hati dia dengan kita yang masih belum sedia salam tok kadi ni?"

Tersentak. Diam. air mata mula menuruni pipi dan sekarang Aih Ajwad Kamarudin sedang menangis, sebab dosa.

Aqil mendekat dan peluk bahu dengan tangan sebelah dan bisik.

"kita tak tahu dengan siapa akan nikah. Kita tak tahu bila kita akan nikah. Tapi kita kena ingat, kita juga tak tahu bila kita akan mati dan macam mana kita akan mati. Persiapkan diri. Mana tahu, diri kita ni akan bernikah dengan sakaratul maut dulu?"

"Tapi..aku sayang dia lillahitaala. Aku pilih dia sebab agama dia."

"Sayang tu bukan dengan kata-kata. Jangan ucap sayang kerana Allah, jangn syok berkata kerana Allah sedangkan Allah jelik dan tak redha dengan apa yang kita lakukan. Jangan syok sendiri. Kadang-kadang kita kena berbalik kepada fitrah, jiwa itu bertuhan. Memang cinta itu fitrah juga. tapi, jangan sampai jadi fitnah."

"Aku sayang dia Qil...sakit sangat perpisahan tu, aku tak sanggup hilang dia."

"Yakin dengan Allah Ajwad. Jangan cakap macam kau takde Tuhan. Kita merancang, Tuhan yang menentukan.

"Doakan aku berjodoh dengan dia... Qil." Rintih Ajwad dalam sendu.

"Aku takkan doakan kau berjodoh dengan dia, tapi aku doakan kau berjodoh dengan orang yang terbaik untuk kau. Ajwad..barangkali kita suka akan sesuatu tapi sebenarnya ia tak baik untuk kita dan barangkali kita benci sesuatu  tapi sebenarnya ia baik untuk kita. Janji Allah Ajwad, pegang betul-betul perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, strive untuk jadi lelaki yang baik."

"kalau aku takde jodoh dengan dia....?"

"Redha aturan Allah tu the best. Jangan pernah persoalkan kenapa dan kenapa. Sebab sesungguhnya, semua itu berhikmah. Husnudzhon Ajwad. Yang penting doa, doa yang berterusan. Aku tahu kau kuat."

"Qil..."

"Dah jom pergi masjid, sahut seruan Ilahi. Allah rindu nak dengar rintihan kau. Allah rindu beb."

**********************
Seminggu kemudian.

bzzz...bzzz..

"Ainaa Amirah Latiff, aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik. Aku akan stop contact kau lepasni. Aku tak janji, tapi aku akan cuba yang terbaik. Buat masa ni, aku harap kau kuat dan tabah nak hadap dunia ni. Lepasni dah takde aku untuk ingatkan kau Dhuha. Sila faham sendiri. Lepasni tolong, behave attitude. Aku minta maaf sebab pernah buai hati kau, hati ni masih tak rela tapi in order to achieve mardhatillah. Aku buat keputusan ni, kau jangan salah faham. aku tak benci kau. aku nak, kita sama-sama menjaga. aku taknak kita terus hipokrit. Senang buat apa saja atas nama cinta lillah. Aku nak jaga cinta ni sebab aku nak Allah redha dengan cinta yang aku bina. InshaAllah, kalau berjodoh, aku sendiri akan jumpa wali kau. Jaga hati, jaga iman. Assalamualaikum.."

Whatsapp yang baru diterima dibaca sebaik sahaja sudah melipat kain solat. Kaki disila dan bersandar di satu sudut masjid. Air mata bercucuran, tak mampu nak gambarkan apa rasa saat ini.

Sakit?
Gembira?

Berbaur rasa.
"Allah makbulkan doa aku..tapi ya Allah..sakit.." Air mata deras mengalir.

Sneakers hitam disarung ke kaki sambil kepala mengadah ke langit. Langit mendung, semendung hati. Air mata tak henti-henti menuruni pipi. Seakan ingin mekuahkan segala rasa yang ada. Gadis berbaju kurung biru laut memulakan langkah dengan lafaz yang mulia. Bismillahirrahmanirrahim..Setiap derapan kaki menandakan dia kini sudah tekad mahu melupakan setiap apa yang pernah terjadi. Demi cinta yang suci, demi cinta yang hakiki.

***************
Ikhtilat itu bukan hanya dengan orang yang kita suka tapi dengan semua ajnabi.

Jaga hati.
Belum sampai masa.
Aku juga sedang bertatih.
Untuk menjaga hati daripada dibuai ajnabi.
Ambil yang baik, tinggal yang buruk.

Allah is watchuing, Malaikat is writing.,

Keep calm and smile always.




You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation