Belajar Biar Berkat

January 14, 2015

Assalamualaikum sahabatku yang budiman.

Sementara aku nak menunggu untuk kelas yang seterusnya ni, aku nak kongsi sesuatu sikit dekat korang semua iaitu belajar biar berkat. 



Tahu atau tidak berkat dalam belajar itu bagaimana? Kita sebagai pelajar bukan sahaja belajar semata-mata bahkan kita ada tanggungjawab yang lebih besar daripada itu iaitu menghambakan diri kepada Allah. Bukan aku nak kata belajar itu tidak penting, akan tetapi cara kita dalam menuntut ilmu tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, ilmu itu milik Allah. Jika kita rasa yang diri kita sudah cukup berilmu, kita silap. Jika ilmu itu ibarat lautan yang luas, kita baru sahaja memiliki setitis daripada air laut itu. Cuma satu aku nak tekankan ukuran ilmu itu bukan pada pointer. Ramai pelajar yang belajar untuk mengejar pointer yang tinggi-tinggi termasuklah aku, sampai terlupa niat kita belajar yang sebenarnya adalah kerana Allah. Belajar biar ikhlas, jangan sampai terpesong niat. Tidak salah untuk mendapat pointer yang tinggi, tapi cara  atau amalan kita untuk mencapai pointer itu perlu diperiksa semula.

Aku nak bagi satu contoh situasi, di mana seorang mahasiswa yang belajar di sebuah universiti yang gah, menuntut di bidang ilmu yang bukan biasa-biasa sedang berada dalam tempoh peperiksaan akhir. Macam biasalah, belajar saat akhir sering menjadi pilihan seorang pelajar. Bila dah kata begitu, dia akan belajar sehingga lewat pagi, kemudian tidur dan kemudiannya terlajak solat subuh ataupun terlambat bangun. Al-Quran pun jarang-jarang buka, ingat Allah nya bila?

Bagaimana nak berjaya, jika Allah diletakkan nombor 2?

Bagaimana nak berjaya, jika ingat Allah bila perlu sahaja?

Bagaimana nak berjaya, jika amanah Allah kita abaikan?

Deep, jawab dalam hati je.

Mungkin ada orang kata, "aku solat tak tentu tapi cemerlang je". Ya, memang kau cemerlang, tapi cemerlang di dunia, ataupun cemerlang tanpa redha Allah iaitu ISTIDRAJ.

Istidraj ini bermaksud, Allah tetap memberi nikmat walaupun seseorang itu lupa terhadap-Nya bertujuan supaya mereka terus lalai dan leka.

Kesian kan?

Jadi, kau nak terus bangga dengan kejayaan kau itu?

Diam dan fikir. 

Kesimpulannya di sini, nak berjaya biar berjaya yang Allah redha bukan redha manusia yang kita cari. Amalan-amalan yang wajib jangan di lewat-lewatkan tanpa sebab. Tambahkan lagi dengan amalan-amalan sunat. 

Akhir kata,

"Allah menilai usaha, bukan sahaja hasil. Usaha yang baik walaupun belum berjaya ada nilainya di sisi Allah".

Sekian.







You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation