Nikah Di Usia Muda

January 11, 2015

Assalamualaikum sahabatku sekalian..

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menulis di blog ini. Mungkin ini entri yang terakhir dari aku untuk kali ini. Eh, nak pergi mana pulak aku ni? Aku tak pergi mana-mana pun cumanya, lepasni aku akan kembali sibuk seperti sedia kala malah mungkin akan lebih sibuk dari sekarang sebab cuti midterm aku selama 3 minggu sudah pun melabuhkan tirainya. Kini, aku akan menjalankan kehidupan sebagai seorang mahasiswa kembali dengan assignment bertimbun, test beratur, quiz dan pelbagai lagi lah. Nah, dah syok cuti kan, terimalah apa-apa saja yang bakal diberikan oleh pensyarah. Hehe.. Bila aku ada masa, InshaAllah, aku akan update entri baru.

Okay, sekarang ni aku nak cakap tentang Nikah Di Usia Muda, bukan sebab aku dah nak berkahwin atau dah nak bertunang atau dah dilamar macam Hanis Zalikah ke, Eh? Hehe.. Tapi sebab ini merupakan pertanyaan daripada seorang sahabat baik aku. Dia bertanyakan pendapat aku tentang nikah di usia kita yang sekarang ni, baru-baru nak masuk 20+. Jadi, aku cuba lah untuk menghuraikan pendapat aku dalam blog ni supaya semua orang dapat baca dan yang lebih penting aku dapat bercakap panjang. Yelah, takkan aku nak balas mesej kawan aku tu panjang-panjang cenggini. Betul tak?


Aku tulis tentang ni bukan kerana aku setuju ataupun aku melarang. Semuanya terpulang pada pandangan masing-masing. Nak nikah sekarang, nikahlah. Taknak sudah. Haha. 

Pada kebiasaannya, anak muda mengambil langkah untuk bernikah ketika masih menuntut pelajaran di universiti atau kolej dengan alasan nak elak daripada melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh. Bukan nak kata apa lah kan, aku nak kau berfikir semula apa tujuan kau masuk unversiti atau kolej suatu ketika dahulu? nak belajar atau nak cari jodoh? Haa, jawapan kau mesti nak belajar kan? Memang pada mulanya, niat murni di hati tu ditanam untuk belajar bersungguh-sungguh, nak dapat Dean List setiap semester, nak balas jasa ibu dan ayah..Huh, klise sangat. Tapi, bila dah hidup dalam suasana sebagai seorang mahasiswa, niat kau mula berubah sedikit demi sedikit, dah pandai nak bercinta, cari jodoh di alam universiti, boleh belajar sama-sama, semuanya nak buat sama-sama. Akhirnya, kau lupa cita-cita kau yang dahulunya nak itu dan ini. 

Aku tak kisah kalau kau nak bernikah di usia semuda mana sekalipun, tapi apa yang penting untuk seorang lelaki kau mesti dah ada pekerjaan yang tetap, supaya kewangan kau stabil nak tanggung anak dara orang. Mesti tahu bab-bab agama, supaya keluarga kau sampai ke syurga. Tak lah nanti, bergaduh sana, bercerai sini. sebelum bernikah tu fikir betul-betul, bukan main sebat je cakap nak kahwin sebab nak elak zina. Bila dah nikah, jangan lagi nak menyusahkan ibu dan ayah minta itu dan ini. Kau dah ada keluarga sendiri, kau bawalah ke mana pun. 

Bila, dah bernikah, keluarga kau semakin bertambah, kalau pada dahulunya ada ibu, ayah, abang, kakak, adik, atok, nenek, sekarang kau dah ada ibu mertua, bapa mertua, abang ipar, kakak ipar, adik ipar, atok mertua dan nenek mertua. Contoh, isteri kau esok ada peperiksaan akhir subjek killer bagi dia, tapi tiba-tiba malam tu ibu kau masuk hospital dan kau perlu melawat ibu serta mesti bawa isteri sekali. kalau isteri tak pergi nanti, ada yang berkecil hati, sampai boleh bawa gaduh mungkin. Jadi, bila kita dah di beri peluang untuk menyambung pelajaran, belajar lah betul-betul. Tak perlu lah nak tambah tanggungjawab lain melainkan kau mampu.

Satu lagi, hantaran sekarang bukan main lagi mahalnya macam kena GST juga je rasa kan? Haha..Aku tak kisah sangat lah tentang hantaran tu, terpulang pada ibu dan ayah kita lah nak letak berapa pun. Tapi kalau aku nanti, biar aku yang letak sendiri sebab kesian dekat bakal suami. Haha..Memang sepatutnya, ibubapa perlu meletakkan hantaran mengikut kemampuan lelaki tu. Contoh lah kan, hantaran RM20000, yang lelaki tu kerja gaji sebulan RM2000 kan parah nak kumpul duit berapa tahun baru boleh dapat jumlah sebanyak tu. Tak pasal-pasal buat pinjaman loan pula. Dah hutang berlambak-lambak lepas nikah. Hutang PTPTN pun tak habis bayar lagi dah tambah dengan hutang loan.

Kalau nikah waktu belajar ni, jangan pula guna duit PTPTN ye wahai lelaki. cari duit sendiri, baru ada rasa tanggungjawab. Kalau nikah di usia muda tapi dah bekerja, bukan belajar lagi tau, itu aku sangat-sangat galakkan dan setuju 500% sebab kau dah ada kewangan yang stabil dan tak meyusahkan ibubapa kau.

Bagi perempuan pula, nanti sila lah tanya ibu dan ayah "kalau saya nak bernikah, berapa ibu nak letak hantaran?" Contoh, ibu jawab Rm10,000. Okay tak kisah lah berapa sekalipun, kau rasa mahal bukan? Jadi, kalau kau kesian kat bakal suami kau tu, kena lah pandai memasak, tahu buat kerja rumah, pandai menguruskan rumah tangga, tahu tentang hal agama dan macam-macam lagi lah supaya bila dah bernikah tak lah suami kau rasa menyesal ke apa. Yelah, hantaran letak mahal-mahal tapi satu apa pun tak tahu. Sedih kot. Tiba-tiba pula tahu rupa-rupanya pernah pergi konsert artis korea tu, yang ada adegan-adegan yang memalukan aku sebagai seorang perempuan. Siapa tengok pasti tahu. Haha.

Kesimpulannya, kalau kau nak bernikah di usia muda, kau mesti dah siap siaga daripada pelbagai sudut. Kalau boleh buat checklist sebelum kau bernikah. Layak ke tak, diri tu nak bernikah. Sebelum bernikah, tengok diri tu, solat subuh pun selalu terbabas ni pula nak bina masjid. Perbetulkan diri sebelum bernikah bukan dah nikah baru nak perbetulkan diri. Bernikah bukan untuk mencari kebahagiaan tetapi untuk memberi kebahagiaan untuk yang tersayang.


Selamat berfikir.

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation