Jangan Dipaksa

February 06, 2015

Assalamualaikum.
Alhamdulillah hari ni diberi ruang dan peluang untuk menulis lagi disini. Sejak kebelakangan ini, sibuk sedikit dengan assignment yang bertingkat-tingkat, kuiz, test, dan aktiviti persatuan. Tapi, malam ni aku aku dapat meluangkan masa untuk menulis entri pada kali ini.

Kemanusiaan yang hilang. Mutakhir ini, terlalu banyak kes yang kita dengar dan lihat di media massa. Bermacam-macam kes, cumanya kat sini aku nak highlight kan kes bunuh. Zaman sekarang ini, kalau tak berpuas hati dengan seseorang itu, terus je tikam, tembak, dan macam-macam lagi lah. Seolah-olah, ajal dan maut itu di tangan mereka, dengan sewenang-wenangnya nak membunuh. Ini tandanya kemanusiaan dalam diri manusia, kini makin berkurangan.

Seperti kes baru-baru ini, seorang pelajar perempuan di sebuah IPTA dikelar oleh seorang lelaki kerana cinta. Aku tidak salahkan sesiapa dalam kes ini. Tapi, pada pendapat aku dan berita yang aku baca, lelaki itu telah lama menyimpan perasaan terhadap gadis tersebut. Dia juga telah meluahkan isi hatinya terhadap gadis tersebut tetapi gadis itu menolak. Aku tidak tahu lah bagaimana cara gadis itu menolak cinta lelaki itu sama ada dengan cara yang baik atau tidak.

Yelah, aku faham dengan perasaan lelaki itu. tapi satu yang dia perlu tahu, cinta itu tak boleh nak paksa-paksa. Gadis itu ada hak untuk menentukan masa depan dia, dengan siapa dia nak bernikah.
Terima segala keputusan dengan hati terbuka.

Seorang perempuan, apabila tidak boleh menerima perasaan seseorang, hendaklah menolak dengan cara yang baik. Jangan sesekali menolak dengan cara yang kasar seperti menghina, mencerca atau meninggikan suara sehingga menjatuhkan maruah lelaki itu. Maklumlah, ego lelaki ni tinggi, mereka pantang dicabar. Jadi, berfikir dahulu sebelum bertindak. 

Seorang lelaki pula, apabila persaan anda ditolak, ini tidak bermakna dunia ini akan berakhir. Ramai lagi perempuan di luar sana yang anda boleh pilih. zaman sekarang ni kan, perempuan lebih ramai daripada lelaki. Jadi, cari lah. Nak empat pun boleh, tu pun kalau mampu lah.

Secara konklusinya, jagalah pergaulan kita antara lelaki dan perempuan. Jangan mudah mesra dengan yang tidak sejantina dengan kita. Bukan apa, perasaan yang hadir tu bukan kita yang rancang kan? Jadi, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jangan risau tentang jodoh, dah sampai masa nanti pasti ada, InshaAllah. Aku suruh mama dan baba aku je yang carikan jodoh untuk aku. Terima kasih mama dan baba atas semua kejutan yang anda lakukan. Alhamdulillah.



You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation