Murabbi

February 12, 2015

                      إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ                                                                                                         Allahu, 12 Februari 2015 satu tarikh yang telah menyebabkan banyak hati yang bersedih. Kerana apa?  Tidak lain dan tidak bukan, semua orang tahu, perginya seorang Ulama' yang disanjungi dan dihormati oleh segenap masyarakat. 

Tuan Guru Nik Aziz telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pada jam 9.40 malam di kediamannya setelah dibawa pulang dari hospital.

Sedih? 

Walaupun beliau bukan ayahku, 
Walaupun beliau bukan atukku,

Tapi, 
Beliau merupakan saudara seagama denganku dan seorang tokoh dalam ilmu agama. 

Benarlah, 
Salah satu cara Allah menghilangkan ilmu dan sumber rujukan umat islam ialah dengan mencabut nyawa para ulama'.

Damai dan tenanglah dikau disana wahai murabbi. 

Semoga segala jasa dan pengorbananmu di balas dengan syurga. 

InshaAllah, kami semua umat Islam akan meneruskan perjuanganmu untuk menyampaikan Islam. 

Benarlah, 
Sebaik-baik peringatan ialah mati. 

Nyawa itu seperti pelita, yang pada bila-bila masa sahaja akan terpadam. 

Allahu. 


You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation