CARA SEMPOI ELAK BERSALAMAN DENGAN YANG BUKAN MAHRAM

July 11, 2015

Assalamualaikum.


Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi, Ramadhan bakal meninggalkan kita. Tahun depan belum tentu kita akan berjumpa dengan bulan yang mulia ini. Kan? Jadi, marilah kita bersyukur kepadaNya kerana masih diberi peluang untuk menikmati Ramadhan sehingga ke hari ini. SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Kali ni, aku nak kongsikan beberapa cara yang sempoi untuk korang nak elakkan diri daripada bersalaman dengan yang bukan mahram terutamanya di hari raya yang bakal tiba ni. Maklumlah, tidak semua saudara mara kita faham dan tahu batas-batas ni. Jadi, kita yang tahu ni perlu elakkan perkara yang nampak remeh tapi sebenarnya mendatangkan dosa. Selalunya, bila saudara mara datang beraya ke rumah kita, korang pun dah keliru nak salam atau tak sebab konon nak jaga air muka orang yang menghulurkan tangan. Kan? Aku pun macam tu. Okay, korang boleh rujuk gambar rajah yang aku dah sediakan untuk korang kat bawah ni.



Bukan sekadar haram bersalam tapi aurat kita juga perlu ditutup dengan sempurna walaupun di rumah kita sendiri. Jangan ambil mudah benda yang serius ni tau.

CARA SEMPOI:

  1. Pura-pura sibuk. Contohnya, masa dia nak salam tu lah kau nak angkat pinggan, cawan, periuk, nak susun bekas kuih raya dan macam-macam lagi lah yang menampakkan macam korang tengah banyak kerja nak buat.
  2. Dukung budak kecil. Contohnya, kalau kau ada adik yang masih kecil atau anak buah kau ke, masa ni lah kau dukung dorang kiri dan kanan. Haha. Nanti, tangan kau susah nak hulur untuk sambut salam tu. Haa.
  3. Pura-pura jawab panggilan telefon. Contohnya, masa kau dah nampak dari kejauhan mereka ini, kau dah boleh ambil telefon korang yang canggih tu dan buat-buat macam tengah borak-borak dengan kawan yang dah lama gila tak jumpa.
  4. Korang main game kejap. Aku bukan nak ajar korang jadi anti-sosial, aku kata main kejap je sementara elak nak salam. Contohnya, candy crush, COC, dan macam-macam lagi.
  5. Senyum sambil menganggukkan kepala dan ucapkan selamat hari raya dan bertanya khabar. Cuba elak salam dengan berbual.
  6. Pura-pura cari barang dalam beg. Masa ni lah kau nak cari telefon Iphone6 korang, nak tengok beg duit, cari duit raya atau apa-apa lagi lah.
  7. Bagitahu yang korang ada wudhu' dan korang nak pelihara wudhu' tu. Just nice!
  8. Pura-pura ada orang panggil. Contohnya, tiba-tiba kau menyahut yang adik ke mak ke tengah panggil korang.
  9. Pura-pura tangan kotor macam baru lepas makan atau bersin atau batuk. Haa.
  10. Pura-pura tanya khabar sambil mengangkat tangan korang tinggi-tinggi dari kejauhan tapi jangan datang dekat.
  11. Acah-acah macam dah tak tahan sangat nak pergi tandas. Masa tu lah kau sakit perut, dan nak buang air ke. 
  12. Tiba-tiba ambil barang yang jatuh, lepastu kau terus duduk. Jangan bangun lagi.
  13. Senang cerita, kau terus terang je. Siap buat forum tentang mahram dekat rumah tu masa hari raya nanti. haha.
Jadi, pilihlah yang mana satu idaman kalbu dan yang paling mudah korang nak buat. Semoga berjaya!

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation