Sakit itu Ujian

July 07, 2015

Assalamualaikum..



Baru-baru ni, aku ada pergi melawat seorang pensyarahku di hospital sebab strok (minor). Mula-mula dapat berita tu agak terkejut juga lah sebab sepanjang belajar dengan beliau, Miss tak nampak pun macam ada sakit. Beliau mengajar kelas aku subjek Financial Analysis masa aku semester 4. Miss seorang yang sangat bergaya dan cantik orangnya. Aku dapat berita ni dari seorang pensyarah aku yang menjadi Penasihat kelas aku lah, masa tu adalah dalam pukul 5 pagi macam tu kat group whatsapp. Masa tu hari jumaat dan aku berada di rumah lah ketika tu. Aku ni memang jenis balik rumah setiap minggu. Maklumlah, rumah dekat sangat je dengan Lendu tu.

Hari jumaat yang seterusnya, aku dengan group asssignment aku ada pergi cari bahan untuk projek Entreprenurship. Alang-alang tu, kami singgah sekejap di Hospital Pantai, Ayer Keroh untuk melawat Miss. Sampai je kat situ, belum boleh masuk lagi sebab tu kan wad ICU/HDU, kena tunggu giliran lah dan masuk pun tak boleh terlalu ramai. Tunggu dalam 10 minit macam tu, kami dah dibenarkan masuk. Masa pertama kali aku tengok tu, rasa macam sedihnya tak terkata bila tengok beliau terlantar di atas katil. Anggota badan sebelah kanan langsung tidak boleh bergerak, hanya anggota sebelah kiri sahaja yang boleh digerakkan. 

Kami pun bersalaman dengan Miss, dan kitorang tak tahu nak cakap apa. Nasib baik lah ada kawan aku ni, dia tanya-tanya Miss. Memang beliau tidak boleh bercakap, tapi beliau cuba untuk bercakap dengan kami dengan bahasanya sendiri. Kami tidak berapa nak faham sangat. Sekejap Miss tarik tangan kanannya menggunakan tangan kri tapi terjatuh semula. Hm, masa ni lagi lah sedih tengok. Bila angkat,tangan tu jatuh semula. Miss ada tunjuk kesan luka sebab ambil darah dekat jarinya. Kesian, hospital kan memang akan ambil darah je. 

Masa nak balik tu, bersalaman dengan Miss, cium kedua belah pipi beliau. Masa ni, Allahu sebaknya rasa. Aku cepat-cepat jalan sebab taknak menangis depan Miss. Aku taknak beliau sedih, aku nak Miss kuat dan tabah untuk hadapi ujian Allah ni. Aku nak Miss kembali pulih seperti sedia kala dan boleh kembali ke Lendu untuk mendidik pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu. 

Semua ini diluar jangkaan, ibu Miss pun ada cakap yang Miss tak pernah jatuh sakit pun sepanjang hidupnya. Ujian Allah nak bagi, bila-bila je boleh datang. Aku harap keluarga Miss dan Miss sendiri sentiasa sabar dan tabah untuk menghadapi ujian ini. Kami hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk Miss. Hari ni ada Majlis Berbuka dekat rumah penasihat kami, ada sekali bacaan yasin dan solat hajat untuk Miss. Kami berharap dengan usaha yang kecil ini, dapat membantu Miss untuk cepat sembuh. Yang penting, Miss kena kuat hadapi semua ni. Kami semua sayang Miss!

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation