Tips 'MOVE ON"

July 30, 2015





Assalamualaikum..

Haa.. jangan terkejut pula dengan entri aku kali ni. Hahaha.

Aku ke yang "move on" tu?

Korang jangan salah faham pula ye? Bukan aku pun.

Aku cuma nak bagi cara atau lebih tepat ialah TIPS untuk anda supaya 'move on" daripada bekas kekasih anda yang tidak seberapa tu. Haha.. Bukan apa, sejak kebelakangan ni ramai pula kawan-kawan aku yang dah jadi "janda" (amboi, kejamnya). Aku bersimpati juga lah dengan situasi mereka ini dan sebab tu lah aku nak bagi tips ni. Jangan risau, ianya selamat untuk dicuba.

  • HAPUSKAN DARI MEDIA SOSIAL
Benda ni mudah je, korang pergi kat media sosial bekas korang tu tak kira lah Facebook, Instagram, Wechat, Twitter dan sebagainya dan klik pada 'unfollow' atau 'unfriend' atau 'block' je terus. hahaa. Hal ini supaya, korang takkan nampak dia dan korang takkan teringat kat dia. Kalau dia dah bahagia dengan orang lain pun, korang takkan tahu dan takkan sakit hati. Tapi, jangan buang nombor telefon dia tau, sebab nanti senang kalau korang nak jemput dia untuk majlis kahwin korang nanti. Haa.

  • MENCARI CINTA DIA
Sepatutnya, korang kena rasa bersyukur sebab Allah dan selamatkan korang daripada terus bergelumang dalam dosa. Sebab apa? bercinta, bercouple tu semua dosa tahu tak? Perkara yang sangat membuang masa. Jadi, sila kembali ke pangkal jalan untuk memohon keampunan dari Allah. DIA lah pemilik cinta dan DIA jugalah yang memegang hati-hati manusia. Bila kau cari cinta Allah, kau takkan pernah kecewa. Seiously? kau tak payah nak menggelabah sangat nak cakap mandi tak basah, makan tak kenyang atau tak boleh nak hidup tanpa dia. Aku lempang kau karang. Jangan cakap macam orang yang tiada iman. Lebih tepat, dekatkan diri anda dengan Allah.

  • BERCINTA DENGAN DIRI SENDIRI
Macam mana nak bercinta dengan diri sendiri ye? Haa, kalau sebelum ni kau asyik nak membuang masa je untuk menjaga hati orang lain, sekarang lah masa yang terbaik untuk kau manjakan diri sendiri. Contohnya, jaga kesihatan korang tu. 

  • BUANG SEGALA MEMORI
Yang ni pun senang je, kalau kau ada gambar dia ke, korang wajib untuk 'delete' dan 'refresh' dan buang dalam tong sampah. Hahaa. Kau tak payah nak simpan-simpan kenangan pasal dia. Tolong buang semua. SEMUA. Faham?

  • HARGAI SAHABAT SEKELILING
Kalau sebelum ni kau banyak luang kan masa dengan kekasih kau yang tak ke mana tu, apa kata kali ni luangkan masa dengan sahabat atau keluarga yang tercinta. Baru lah rasa bahagia gitu. Pahala pun dapat. 

  • JANGAN BERHARAP APA-APA
Ini pun boleh jadi masalah, aku mohon supaya korang jangan nak mengharap sangat supaya bekas kekasih hati pengarang jantung tu untuk kembali kat korang. Jangan sesekali okay! Tak payah pula korang terhegeh-hegeh cakap "kita kawan je okay" tak payah tau. Sebab ni takkan membantu langsung untuk korang lupakan dia.

  • SIBUKKAN DIRI ANDA
Lagi mudah, sibukkan diri anda dalam hal-hal 'society' supaya fikiran korang tak sempat pun nak fikir pasal dia. Buatlah perkara-perkara yang berfaedah dan carilah ilmu untuk diri sendiri.

  • TOLONG JANGAN CARI LAIN
Maksud aku kat sini, jangan korang nak cari pakwe or makwe baru pula, tak payah buang masa nak fikir semua tu. Bila masa yang ditetapkan dah tiba, InshaAllah akan datang lah orang yang sepadan dengan kita tu. Jangan risau okay. Kau nak yang soleh dan solehah? kau kena latih dulu diri kau supaya soleh dan solehah.

  • JANGAN CEPAT CAIR
Kalau kau perempuan, jangan nak cepat cair sangat kalau lelaki mengayat, dorang bukan nak kau sangat pun. Dorang saja je cuba, kalau dapat okay, kalau tak dapat try kat orang lain pula. Alaa, mulut-mulut manis ni kat tepi jalan berlambak kot. Keraskan sikit hati kau tu. Kalau kau lelaki, perempuan pun ada bakat juga untuk cairkan hati lelaki. Kau abaikan je perempuan ni. settle!

----

Yang mana, hati sedang terluka, terhiris, terkoyak, terpatah atau apa-apa tu, tolong ingat yang kau tu hidup BERTUHAN. Serahkan segala-galanya pada DIA. Utamakankan DIA dalam segala perkara. Dan satu lagi aku nak pesan, berkasih-kasihan, bercintan-cintun sebelum nikah ni semuanya membuang masa. Aku bagi tips ni bukan sebab aku menggalakan korang bercinta, tidak sama sekali, aku sikit pun tak sokong orang yang bercinta ni. Aku cuma nak tolong bawa kau ke jalan yang benar. Aku pesan sebab aku sayang. Kalau korang terima, Alhamdulillah. Kalau korang tak terima, terpulanglah mahu jadi apa. *macam lagu je pula*. 


Terima kasih sebab sudi baca.

You Might Also Like

2 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation