Team Building Mak Kau Hijau

August 10, 2015

Assalamualaikum.
Okay, hari ni aku nak berkongsi sedikit pengalaman ketika aku menyertai Team Building untuk Kelab MyAgrosis UiTM Lendu pada 7 Ogos sehingga 8 Ogos 2015. Dua hari satu malam je sebab bajet lari sikit. Haha. Team Building ni telah di adakan di Malacca Tropical Fruit Farm, Sungai Udang. Dekat je.

Hari Jumaat, dalam pukul 3.00 petang macam tu kami bertolak ke tempat tersebut menaiki bas UiTM lah kan. Lepastu, sampai sana pukul 3.30 petang. Kem tersebut tidak berapa jauh sangat pun dari Lendu, hanya memakan masa 30 minit je. Okay, bila dah sampai tu, terus berkumpul dekat dewan terbuka untuk mendengar sedikit taklimat program dari pihak kem tersebut. Bila dah dengar segala taklimat tu, mata aku pun makin lama makin kecil dan hampir terlelap. (haha, teruk betul perangai). Arahan seterusnya, letakkan barang-barang dalam khemah. satu khemah tu muat 8 orang dan boleh juga kalau nak lebih dari tu. 

Dah susun barang semua, pergi dekat dewan tu semula untuk pembahagian kumpulan. Yang menariknya, cara pembahagian kumpulan, jurulatih tu koyak-koyakkan sehelai surat khabar yang bergambar kepada beberapa bahagian dan dimasukkan ke dalam sebuah bakul kecil. Lepastu, setiap seorang perlu mengambil secebis je dan cari siapa yang mempunyai bahagian yang lain untuk membentuk semula gambar tadi. Bila dah jumpa kawan-kawan yang ada cebisan gambar yang sama, tampalkan gambar tu dan fikir nama kumpulan, visi dan misi. Haa.

Disebabkan kumpulan kitorang ni dapat kertas yang bergambar dedaun hijau, kitorang pun menamakan kumpulan kami "Mak Kau Hijau". Ahli kumpulan kami ada 7 orang semuanya iaitu Nazri, Arab, Adah, Dayah, Fiqah, Laila dan Aida. Bila dan present tentang kumpulan, masa untuk makan dan persiapan diri. Pukul 5 petang akan ada "jungle tracking" pula. 


Inilah wajah-wajah ahli kumpulan 'Mak kau hijau'
Bab 'jungle tracking' ni memang best gila lah. Meredah hutan yang bersemak-samun, berlumpur, berlecak, berbukit-bukau dan macam-macam lagi lah. Aku memang minat aktiviti 'outdoor' macam, ni. Masa ni, aku duduk kat bahagian yang hampir ke belakang sebab nak menikmati pemandangan yang cantik. Hehe.. (nasib baik tak kena tinggal). Lebih kurang sejam juga lah berada kat dalam hutan tu.

Kemudian, aktiviti 'obstacle' yang ala-ala macam tentera punya tu. Masa ni bergerak secara kumpulan. Aku berjaya buat semua halangan, cuma yang dekat tempat yang bergayut tu aku tak sempat nak habiskan lagi satu tiang, dan terjatuh ke dalam air. Fuh, basah lencun dah aku, air tu paras pinggang aku je.

Sudah selesai semua tu, persiapkan diri dan malam tu ada aktiviti 'indoor' dan 'night walk'. Ada dua aktiviti 'indoor' iaitu "corner to corner" dan "tembak-tembak". Okay, pengajaran daripada aktiviti-aktiviti ni, aku kenal semua orang, bukan setakat ahli kumpulan aku je dan apa yang penting, kerjasama.

'Nighh Walk' yang paling ditunggu-tunggu bermula pukul 11.00 malam. Tak berapa nak seram sangat lah kan. Haha. Berbekalkan sebatang  lilin dan tiga batang mancis, kami meredah hutan sejauh 3km. Memang mencabar berjalan dalam hutan yang berakar, bersemak bagai tu. Apa yang menariknya, lilin kumpulan aku tak terpadam hingga kami keluar dari hutan tu. (bangga jap).

Haa, keluar dari hutan je terus hujan turun membasahi bumi. Gerimis je lah. Kami duduk untuk tunggu kumpulan yang lain tiba. Masa ni, kami borak-borak lah dengan ahli kumpulan. 

Dalam pukul 12 lebih camtu, aktiviti untuk hari tu dah habis. Masa untuk kita tidur dan berehat secukupnya. Aku dengan kawan aku menunggu hujan reda untuk pergi ke bilik mandi sebab masa ni hujan dah turun lebat sangat. Balik daripada mandi je, aku tengok dalam khemah aku tu kosong, tiada orang. Rupa-rupanya, kitorang kena berpindah ke dewan sebab air hujan dan masuk dalam khemah. habis basah beg aku. Walaupun aku dah mandi, tapi mandi lagi sekali dengan hujan pula. Memang sedih masa ni. Aku dengan berkain batik mengangkat barang untuk dipindahkan ke dewan. Adalah orang yang prihatin bantu aku angkat barang. haha.

Paling tak best bila kau dah penat tapi tak boleh tidur. Ini memang biasa berlaku bila aku tidur dekat tempa baru. Tambah pula dengan hujan lebat, penghawa dingin yang sejuk gila dan barang-barang aku yang dah basah. Aku tidur dengan kepala beralaskan sehelai tudung. aku memang tak boleh nak lelap masa tu sebab aku kalau nak tidur mesti kena peluk 'something'. Inilah masalah aku. Nak peluk beg, beg pula basah. Nak peluk kawan, kawan aku tu tak biasa. haha. Aku pun mengambil keputusan untuk memeluk botol air je.(sedih kan?) Masa tu lah, aku terbayang-bayang bantal-bantal aku dekat kolej. Aku paksa mata aku untuk lelap. Tapi, tidur-tidur ayam je.

Pukul 5 pagi camtu dah bangun untuk siap-siap nak solat subuh. Aku pun pergi ke surau dengan kawan aku. Selesai semua, kami pun berkumpul kat dewan. Aktiviti pagi ialah bersenam sambil menghirup udara yang segar.

wajah ceria sebelum memulakan senaman pagi.

aku orang yang paling belakang. okbye

Aktiviti yang seterusnya, "Rakit". Yeahh, ini paling aku suka. Bab masuk air memang jadi feveret aku lah kan. haha. Macam biasa, rakit tu kita kena buat sendiri menggunakan buluh dan tong. Sebelum tu,  kita kena 'water confidence' dulu lah. Hehe..Bila dah siap rakit, satu kumpulan tu kena naik dan berakit lah kita ke hulu. Lenguh-lenguh tangan kau nak tolak air tu. dah lah lelaki kumpulan aku ada 2 orang je. Kesiann..
kumpulan lain menyibuk je nak bergambar juga. Haha
Cuma nak bagitahu, kumpulan aku dapat nombor 2 untuk keseluruhan. Hebat tak? Haha. Okay, sekadar nak puji dua orang lelaki kat kumpulan aku ni, diorang memang 'caring' dan 'gentleman' lah sebab menjaga ahli-ahli kumpulan 'Mak Kau Hijau' ni dengan baik. Terima Kasih. Nazri dengan Arab ni satu kelas dengan aku je. Yang perempuan pula, Fiqah, Laila, Adah, Aida pun memang so nice dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Sayang korang lah!



salah seorang jurulatih kitorang,
Kesimpulannya kat sini, walaupun penat tapi aku memang 'enjoy' habis dengan aktiviti kat sini. Tambahan lagi, ni semester akhir dan mungkin ni Team Building terakhir untuk zaman diploma ni. (hmm, sedih). Jurulatinya semua baik-baik belaka dan 'sporting' habis.

hamper nampak rambut je, haha

Secara jujurnya, kalau ada sesiapa yang nak buat aktiviti Team Building atau apa-apa lah kan kat kawasan Melaka, Malacca Tropical Fruit Farm ni pun best tau. Mesti Cuba!

Sekian, dari aku @bayang_hdyh

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation