Anda Pendidik?

October 24, 2015

Assalamualaikum.
Hai. Alhamdulillah, hari ni aku dapat meluangkan sedikit masa untuk 'menghupdate' blog aku yang dah berhabuk ni. Hahaa..Lagipun sekarang ni tengah cuti kan..Doakan result final exam aku dengan kawan-kawan aku baik-baik saja ye. Risau juga aku. 

Okay lah, kali ni aku cuma nak kongsikan pengorbanan seorang cikgu yang orang lain tak nampak. Akan ada orang yang kata, "kerja cikgu ni senang, takde motivation tapi gaji masuk je," "gaji setiap dua tiga tahun naik je." Dan macam-macam lagi lah. Ni aku nak kongsikan sebuah kisah, korang baca lah ye.


>>>

Dalam satu majlis graduasi pelajar-pelajar sekolah, seorang pengetua berucap dengan berkobar-kobar sambil jari telunjuk dijulang ke udara.

“Seorang doktor, mahu anaknya juga menjadi seorang doktor. Seorang jurutera, mahu anaknya juga menjadi seorang jurutera. Seorang ahli perniagaan, mahu anaknya bekerja di syarikatnya menjadi seorang CEO.

TETAPI, seorang cikgu? 

Seorang cikgu juga mahu anaknya menjadi seperti mereka semua. Tiada seorang pun yang mahu MEMILIH untuk menjadi CIKGU, sangat menyedihkan,  tetapi itulah hakikatnya."

Di satu sudut dewan, di meja makan, para tetamu mula kecoh bercerita tentang kejayaan dalam kehidupan.

Seorang CEO membuka mulut berbincang tentang masalah yang berlaku dalam bidang pendidikan. 

Dia membuka bicara, “Apa yang seorang kanak-kanak boleh belajar daripada seorang insan yang pencapaian TERBAIK dalam hidupnya hanya mampu menjadi seorang CIKGU?”

Dia berpaling kepada seorang cikgu yang duduk semeja, “Haa, awak seorang cikgu kan Rina? Terus terang, apa yang awak buat di sekolah sebenarnya?”

Cikgu Rina yang terkenal dengan jujur dan lemah lembut tersenyum, “Tuan betul-betul ingin tahu apa yang saya buat?”
(Dia menarik nafas sedalamnya lalu menyambung…)

“Begini, saya membuat kanak-kanak bekerja lebih rajin daripada apa yang mereka percaya.

Saya membuat pelajar yang mendapat gred C+ seperti mendapat No.1 seluruh  sekolah atas peningkatan prestasi mereka.

Saya membuat pelajar yang mendapat A- terasa langsung tidak bermakna kerana membazirkan masa saya dengan membuat sambil lewa daripada yang terbaik mampu mereka lakukan.

Saya membuat kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian selama 40 minit di dalam kelas semasa saya mengajar. Sedangkan ibu bapa mereka sendiri tak mampu untuk buat mereka duduk walau 5 minit. Saya lakukan tanpa Ipod, Iphone, Ipad, Game, atau menonton TV.

Saya membuat ibu bapa terkejut dan terharu apabila saya menghantar pesanan ringkas whatsapp untuk memberitahu apa yang anak mereka telah lakukan di sekolah. Saya ceritakan bagaimana anak mereka telah berkongsi makanan dengan rakan yang tidak ada wang belanja ke sekolah. Itu adalah tindakan mulia paling sukar untuk saya lihat sekarang.

Saya membuat ibu bapa 'sedar' siapa sebenarnya anak mereka dan apa yang anak mereka mampu lakukan.

Tuan nak tahu apa lagi saya buat?"

(Dia berhenti seketika dan memandang mata setiap orang yang berada di meja tersebut)

“Saya buat anak-anak merasa hebat."

“Saya buat mereka selalu bertanya soalan."

“Saya buat mereka yakin menjawab pertanyaan."

“Saya buat mereka meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan dan benar-benar memaksudkannya."

“Saya buat mereka menghormati orang lain dan bertanggungjawab atas setiap tindakan mereka."

“Saya buat mereka membaca, membaca, dan membaca."

“Saya ajar mereka bagaimana nak menulis dan buat mereka menulis dan menulis sehingga mereka tidak akan salah mengeja lagi."

“Saya buat mereka tunjukkan semua kerja rumah matematik mereka. Saya buat mereka gunakan akal yang Allah berikan, bukan kalkulator yang dicipta oleh manusia."

“Saya buat bilik darjah saya sebagai tempat yang paling selamat untuk semua pelajar saya."

“Akhirnya, saya buat mereka benar-benar faham sekiranya mereka menggunakan akal dan bakat yang dikurniakan Allah kepada mereka, bekerja keras, dan mengikut kata hati mereka yang benar, mereka akan berjaya dalam hidup."

(Cikgu Rina berhenti meneguk air dan menyambung)

“Saya yakin dan percaya bahawa duit bukanlah segala-galanya, walaupun semua orang di sekeliling cuba mempertikaikan apa yang saya lakukan.

Saya masih boleh mengangkat muka tegak memandang ke hadapan dan jalan terus tanpa menghiraukan semuanya kerana mereka tidak mengetahui apa yang saya telah buat untuk 'anak-anak' SAYA."

"Tuan nak tahu
kenapa saya yakin dengan apa yang saya buat?"

(memandang tepat wajah tuan CEO tanpa berkelip)

“Saya menyentuh dan memberi kelainan dalam kehidupan mereka. Saya mengubah mereka untuk percaya diri  dan menjadi yang terbaik mampu mereka lakukan. Mendidik dan menyediakan mereka untuk menjadi seorang Doktor, Jurutera, dan CEO."

“Sekarang, apa pula yang Tuan CEO buat pada mereka?”

Tuan CEO memandang kosong wajah cikgu Rina.
I'm a teacher.............. 
Behind that doctor, 
Is me, a teacher........... 

Behind that economist, 
Is me, a teacher.......... 

Above those astronomers,Is me, a teacher..............

I carry the light even though they mostly make jokes of me........... 

But I am a teacher........ 

I don't qualify for a RDP house nor earn enough to buy an expensive one.............

But yes, I am a teacher...........

Some think or even say that I have too many holidays, never knowing that I spend those holidays either correcting papers or planning what and how I'm going to teach when i go back to school........ 
Because I am a teacher.., 

sometimes I get confused and even get stressed by the ever changing policies by the politicians who have political powers over what and how I have to teach....... 

Despite all that I am a teacher and I have to teach and i'm teaching.............

On pay days I don't laugh as others do, but by the next day I have to come with a smile to those that I teach........... Because I'm a teacher.........

 The main source of my satisfaction is when I see them growing, succeeding, having all those assets, bravely facing the world and its challenges,  
and i say yes I've taught in spite of living in a world opened by Google.. 

Because I am a teacher............
Yes I am a teacher........ 
It doesn't matter how they look at me, 

it doesn't matter how much more they earn than me, 

it doesn't matter that they drive while I walk
because all what they have is through me, a teacher.. Whether they acknowledge me or not......  

I am a teacher..


Sekarang, korang faham bukan? Hormati cikgu, guru, ustaz, ustazah, kamu semua. Walau apa pun tahap kamu sekarang, semua itu bermula dari seorang guru biasa yang mengajar kamu dari kosong sehingga kamu nampak dunia.

Wallahua'lam :)



You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation