SOLAT BERAT?

December 21, 2015

"Siapa kat rumah, dia solat. Sama ada solat sendirian atau berjemaah bersama ibu dan ayah atau ke masjid? Angkat tangan." Tanyaku kepada pelajar-pelajarku seusai solat.

Aku dapat kira dalam lima orang macamtu lah.

"Mak dan ayah saya tak solat pun ustazah, macam mana saya nak solat." Jawab seorang pelajar perempuan yang duduk di saf belakang.

"Saya malulah nak solat kat rumah, nanti mak dan ayah saya cakap apa pula." Sahut pelajar lelaki yang benar-benar berada dihadapanku.

"Ibu dan ayah saya tu malas solat lah ustazah, tak pernah nampak pun dorang sembahyang"

"Saya solat, tapi zuhur dan asar je..tu pun sebab solat kat sini..hehe.." Jawab seorang pelajar sambil tersengih-sengih menampakkan giginya yang rongak itu."

Aku terdiam seketika, menghadam satu persatu luahan pelajar-pelajar aku tadi. Aku tak rasa pelik bila ada ibubapa yang tak solat tapi yang menyebabkan aku rasa sungguh pelik, kenapa ibubapa mereka menghantar anak-anaknya untuk menyertai program cuti sekolah disini. Yalah, kat sini kan belajar solat, jawi dan hafazan surah. Mereka rasa ini penting ke?

Aku tahu, kanak-kanak tak pandai menipu. Mereka sangat jujur. Tanyalah apa-apa pun pada mereka, InshaAllah mereka akan jawab dengan jujur.

Nak tahu tak bagaimana kita nak kenal sejauh mana hubungan anak dengan ibubapa mereka? Cuba lah kau tanya apa-apa soalan yang berkaitan dengan ibubapa mereka dan kau tengok kesungguhan dia bercerita.

Kebiasaannya, kanak-kanak yang susah nak dengar kata ni, kau marahlah macam mana pun, dia takkan terkesan pun dengan kata-kata kau tu, lahirnya dari ibubapa yang tak memberatkan solat. Bagaimana nak didik anak untuk solat, jika diri sendiri pun solat kadang-kadang.

Aku kesian bila tengok budak-budak yang tak diisi rohani nya dengan betul. Yalah kan, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya.' Masa mereka sedang mahu membesar ni lah, kita nak didik mereka dengan pelbagai perkara supaya masa muda mereka tidak sia-sia.

Ramai ibubapa mengukur kejayaan itu jika cemerlang dalam peperiksaan, aktif dalam sukan, kepimpinan dan sebagainya. Ya, aku tidak menafikan bahawa itu juga kejayaan tapi jangan dilupa kejayaan yang lebih besar lagi ialah kehebatan hubungan dengan Allah. Allah tak janji belajar siang dan malam, dia akan berjaya tapi Allah kata siapa solat dia berjaya. Itu sahaja. Susah ke?

Solat itu berat ke? 

Ya, solat itu berat bagi yang mengambil berat tentang solat. Tapi, solat itu ringan bagi orang yang tidak bertanggungjawab.

Berat ni dikira macam kalau kita tak lakukan, boleh dihukum gantung sampai mati. Mandatori. Ya, mandatori. 

Pendapat aku secara peribadi, belum cukup layak bagi seorang perempuan atau lelaki jika solat pun masih tercicir sana sini. Jangan gelojoh nak bernikah jika benda basic pun belum kuasai. Ingat, bernikah bukan sebab kau nak hidup berdua je tapi kau akan melahirkan sebuah keluarga. Jadilah contoh tauladan yang baik terhadap anak-anak anda. Jangan biarkan dia menjadikan orang lain sebagai idola. Kalau itu terjadi, ini bermakna kau bukanlah siapa-siapa pun bagi mereka.

Lagi satu pesanan penaja, didik anak-anak anda sebagai saham anda di alam kubur dan akhirat sana. Pilih pasangan yang baik-baik ye.

Sekian dari aku, solat itu berat.

Wallahua'lam.

 ya

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation