USTAZAH HIDAYAH

January 19, 2016


Assalamualaikum, hari ni nak share sikit pengalaman menjadi cikgu taska kat Imtiyaz Aulad.

Orang ingat, cikgu taska ni senang je. Alaa, ngajar budak-budak kan. Orang  cakaplah. Tapi tak rasakannya. Aku pun dulu ingat senang je cikgu taska ni, rupanya tidak semudah yang disangka. 

Hari biasa (Isnin-Jumaat)
10.00 pagi-8.30 malam

Cuti Sekolah (Isnin-Jumaat)
7.00 pagi-8.30 malam

Cikgu taska ni tak macam cikgu sekolah rendah atau menengah. Cikgu taska ni dialah yang memasak, dialah yang mengemas, dialah yang kena make sure anak murid mandi tengahari dan petang, dia lah yang kena tengok setiap seorang anak murid dia pakai baju yang betul tengahari lengan pendek dan petang lengan panjang (ada juga yang nak pagi lengan panjang petang lengan pendek), dialah yang kena pujuk anak murid yang taknak makan supaya makan, dialah yang kena sapu dan mop lantai tiap kali lepas makan tengahari dan petang (kat rumah pun tak macam ni), dialah yang kena mengajar anak muridnya mengaji dan solat, dia juga lah yang kena pastikan keselamatan anak murid sampai ke pangkuan ibubapa mereka dan dialah yang ambil tanggungajawab ibubapa.

Dialah cikgu.
Dialah ibu.
Dialah penjaga.

Tak malu pun dengan kerja sementara tunggu degree ni walaupun dulu ambil course banking bukan course childhood. Takde basic pun. Kalau ada yang tak tahu, tanya je cikgu yang dah lama kat sini, Alhamdulillah sentiasa beri tunjuk ajar. Dulu pernah jadi guru ganti kat sekolah rendah tapi serius tak sama pun suasana kerja tu dengan cikgu taska ni. Tipu lah, cakap kerja cijgu taska ni tak penat kan. Haha..Even kawan-kawan yang lain ada yang kerja kat bank, company yang ternama dan sebagainya tapi aku wat lek wat peace je jadi cikgu taska. Okay apa, cari pengalaman daripada duduk kat runah bangun, makan, solat, tv, tidur dan repeat. Haha..

The reason why I choose here, I suka mengajar dan suka budak-budak. Memang ada cita-cita nak jadi cikgu tapi tu lah tak tahu lagi kesampaian atau tak. Tapi takpe lah at least dah merasa jadi cikgu taska dan sekolah rendah. Boleh jadi pengalaman dan kenangan yang paling bermakna dalam hidup ni. Cehh...hehe..

Konklusinya, cikgu taska ni tugasnya mendidik, memasak, mengemas dan juga menjaga anak-anak.

I am teacher to your daughter.

Bila ada kawan yang tanya,

"Beb, kau kerja apa sekarang?"

Dengan selamba nya aku jawab,

"Training sebelum jadi isteri dan ibu orang."

Lalu, aku pun dibelasah bertubi-tubi oleh kawan-kawan aku. Haha..

So, my future please take note and not to worry with me..

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation