BRIGED SUKARELAWAN UiTM PUNCAK ALAM
NUR ECO RESORT LEMBAH PANGSUN, HULU LANGAT
Sebelum balik bercuti midsem, join kem briged sukarelawan UiTM ni. Memang best lah cerita dia walaupun tak berapa banyak aktiviti yang kitorang buat. Lembah Pangsun ni pun best dan sesuai untuk sesiapa yang nak buat team building atau saja-saja nak beriadah, aku sarankan lah. hehe.. ni first kem yang aku join untuk degree ni haa..
Peserta yang hadir untuk kem ni hanya 29 orang sahaja. Tapi, dorang serius sporting habis dan sangatlah friendly. Kalau aktiviti indoor, mau sakit perut sebab gelak dengan perangai masing-masing.
kalau kita nak kenal kawan kita, pergi bermusafir dengan dia. Ya, kata-kata ni tersangatlah betulnya. Mula-mula dorang ingat aku ni sombong tapi bila dah kenal, haa amik kau perangai..haha..lagi-lagi bila dorang ajak main 'true and true" manjang aku je yang kena..habis semua rahsia aku terbongkar..haihh
ni salah satu tasik yang ada kat sini..berpagian walau senamrobik tak jadi.
dia punya friendly tu, suka hati je masuk bila orang nak selfie, takpelah kan..
Lagi satu kalau korang pergi sini, nanti pilih lah jungle tracking tau sebab ada air terjun yang cantik kat dalam hutan tu..nanti korang boleh mandi..tapi aku tak mandi sebab......hehe
ni sebahagian housemate masa kat resort. tu je lah nak cerita. mengantuk pulak aku rasa..haha
byeee