P A R A N O I D ?

March 12, 2017

PARANOID.




Kisahnya berlaku masa aku dengan kawan aku, bad nak balik kampung untuk berhujung minggu. Habis kelas pukul 12.30 tengahari, kitorang terus tunggu bas rapid nak pergi ke Klang Sentral. Tiket bas kitorang ke Melaka masa tu pukul 4.30. Saja je gerak awal sebab risau bas penuh. Dalam pukul 2.30 tu kitorang dah sampai Klang, tapi kitorang singgah Giant dulu sebab nak makan dan solat. Yelah kan, kedai makan kat Klang Sentral tu tak meyakinkan dan menyerelakan sungguh. Surau dan tandas  dia lagi lah. Bila dah settle makan dan solat, kitorang pun jalan kaki pergi ke Klang Sentral untuk tunggu bas kitorang.

Sambil jalan tu macam biasa lah borak-borak sampai lah bad ternampak sorang makcik ni, dia pakai jubah, tapi jubah dia tersangkut kat pinggang dan menyebabkan seluar dia ternampak. Makcik ni jalan sambil bertongkat. Lepastu bad pun tanya aku, "dayah, tengok makcik tu punya kain terangkat lah, kita nak bagitahu dia tak?",  aku yang tak sempat nak berfikir jawapan, tiba-tiba kitorang nampak makcik tu duduk kat kerusi kedai makan yang ada kat Klang Sentral tu. Lepastu aku pun kata lah, "haa, makcik tu duduk dah pun, biar je lah dia.." 

Kitorang pun lalu lah kat depan kedai makan yang makcik ni duduk tu, tiba-tiba makcik tu melambai-lambai tangan kiri dia tanda panggil kitorang pergi kat meja dia tu. Aku pandang bad, mintak jawapan sebab aku tak tahu nak pergi ke atau buat tak tahu dan jalan je pergi kat bas. Tapi, kitorang buat keputusan untuk pergi kat makcik tu, tapi kitorang berdiri jauh sikit dari makcik tu. Makcik tu pun memulakan perbualan dia, "anak tahu tak mana tempat yang makcik boleh minta bantuan?" Ah sudah, mana lah aku tahu..Tapi aku diam je tak cakap apa-apa. Bad tengok aku dah diam, dia pun cakap lah yang kitorang tak tahu sebab bukan orang sini. 

Lepastu makcik tu hukur tangan dia nak bersalam dengan kitorang. Dalam kepala otak aku dah fikir bukan-buka, aku teringat satu cerita yang aku baca kat confession pasal ada makcik kat stesen bas mintak duit dengan cara pukau. Aku pun cepat-cepat baca ayat kursi dalam hati sambil sambut salam makcik tu. Tu pun aku salam tak cium tangan dia pun. Bila bad tengok aku salam, barulah dia salam. Tiba-tiba makcik tu keluarkan dia punya fail, dia tunjuk surat beranak anak-anak dia. Dia kata naka-anak dia sorang tu belajar kat sekolah asrama apa entah (aku lupa), lepastu lagi sorang tu belajar kat Universiti Malaya kat Sitok dalam Master. Anak-anak dia tu best student la dan macam-macam lagi lah yang dia cakap pasal anak dia. Aku dah tak fokus pun dengan apa yang dia cakap pasal anak-anak dia sebab aku tengah berfikir UM ada ke kampus sitok dan aku masih lagi meneruskan bacaan ayat Kursi dan apa-apa lagi lah yang aku tahu. Paranoid mungkin aku ni.

Bila makcik tu tengok aku dan bad macam diam je tak respon apa-apa, dia tunjuk pulak borang cerai, dia kata yang dia tengah dalam proses nak bercerai dengan suami dia sebab suami dia ada orang lain lah apa lah. Dia kata lah nak cari apa-apa bantuan untuk dia mohon. Bad dah tarik-tarik lengan aku, tanda nak suruh pergi lah dari situ. Tapi aku tak faham bad buat camtu sebab suruh jalan. aku masih berdiri kat situ tunggu apa lagi yang  makcik  tu nak cakap. Dan lasttttttt sekali makcik tu cakap, "derma lah nak kat makcik ni sikit, makcik tak makan lagi dari tadi..kalau tak kesian kat makcik ni kesian lah kat anak makcik ni." ada lah lagi ayat dia macam paksa kitorang untuk derma. Dalam hati aku cakap, 'agak dah, dari tadi muqaddimah panjang-panjang, rupanya nak mintak derma'. Aku pandang bad, bad pandang aku. Aku tak nak keluarkan beg duit aku sebab aku dah rasa paranoid sangat dah waktu tu, ni pulak lagi nak bukak purse aku kat deoan dia. Tiba-tiba bad keluarkan RM2 yang diselit kat beg sandang yang dia pakai tu. 

Masa bad nak keluarkan duit yang dia selit tu, tiba-tiba makcik tu baca surah al-Fatihah yang ada bunyi ala-ala bertaranum gitu tapi aku tak fokus pun tiap-tiap baris ayat yang dia baca sebab aku takut. Haha..paranoid ke? Lepastu makcik tu ambil duit tu dan kitorang pun cepat-cepat pergi dari situ. Aku nampak yang dia dah panggil mamat tu amik order, beli air kot. Kitorang pun berjalan sambil cakap-cakap pasal makcik tadi dan duduk kat kerusi tunggu bas. Bad kata, "lain kali kalau ada macam ni lagi, kita jangan berhenti, jalan je buat macam tak nampak..lebih-lebih lagi kalau sorang-sorang.." Aku pun angguk-angguk je lah tanda faham. Bila cerita pasal ni kat mama dan baba, mama pun cakap benda yang sama. Mama kat, "kita bukan taknak tolong  orang, tapi zaman sekarang ni macam-macam lah kes, bahaya."




Aku tak tahu lah yang aku ni paranoid ke tak. Aku bukan taknak percaya atau taknak kesian kat makcik tu, aku cuma berhati-hati dengan kes-kes yang dah berlaku. Banyak sangat aku baca dekat confession takpun dekat mana-mana page yang ada viral kan kes yang macam ni. Aku risau lah kalau apa-apa yang berlaku kat kitorang. Korang rasa aku ni paranoid ke? Dalam situasi macam tu, aku tak fikir banyak dah, memang aku baca je lah apa-apa doa yang aku tahu.

Kalau betul makcik tu susah dan perlukan bantuan, aku harap ada lah pihak berwajib yang berikan bantuan kat dia. Tapi kalau sebaliknya, aku harap makcik tu diberi hidayah. 

Pesanan khas untuk korang, hati-hati di luar sana. Hati orang kita tak boleh baca.

-hidayahsu-

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation