UiTM "low class" ?

March 09, 2017

UiTM "low class" , betul ke gaisssss? Aku tiba-tiba nak buat entry pasal ni bila aku ada terbaca satu tweet yang di screenshot kan di facebook. Masa baca tweet tu aku macam terfikir, hek eleh mamat ni bagus sangat ke kau nak cakap macam tu. Kau pernah masuk UiTM ke nak kata macam tu, ke kau punya permohonan nak masuk UiTM kena tolak? Tapi, aku fikir positif je lah, mungkin dia ada pendapat dia yang tertentu terhadap UiTM. Aku dulu pun sebelum sambung belajar kat UiTM, aku pun ada pendapat sendiri, cuma bezanya antara aku dan mamat tu, pendapat aku sekadar ada kat fikiran aku je lah aku tak update status pasal pendapat tu kat facebook, twitter atau instagram mahupun wechat. Yelah, UiTM lah universiti yang ada banyak cawangan kat Malaysia ni dan pelajar dia dah tentu lah ramai, kang tak pasal-pasal kena viral dan dikecam macam mamat ni lah. Aku cuma nak betulkan pemikiran korang-korang yang berfikir sma level macam mamat ni. Okay, tweet dia macam ni, "Result hancur jangan risau. UiTM kan ada, sebab kebanyakkan yang bengap masuk UiTM.." (@ianzainal) Sangka baik, mungkin dia ni pelajar yang cemerlang di sebuah universiti yang gemilang dan sekarang bekerja dengan gaji yang berpuluhan ribu sebulan.

Bengap?
Kalau pelajar UiTM bengap, takde siapa yang layak untuk dapat mana-mana biasiswa kan? Kami ramai je yang dapat tajaan JPA, MARA, MAYBANK dan sebagainya. Jadi?

Aku sendiri dengan bangganya mengaku yang aku ni produk UiTM dan sense of belonging aku kat UiTM ni sangat lah tebal. Aku tak suka dengar orang cakap yang buruk-buruk pasal universiti aku. Kalau BENGAP, mana-mana universiti pun takkan ambil sambung belajar weh. Paling kurang nak masuk UiTM semua subjek kredit beb, kalau gagal memang tak merasa lah sambung belajar kat mana-mana universiti pun. Oh ya, aku dulu SPM 8A dan kebanyakkan classmates aku masa diploma dulu tu result SPM dorang pun bagus-bagus juga. Jadi, kenapa dorang tak terpilih untuk sambung belajar kat universiti yang BAGUS-BAGUS yang lain?? Nak tahu sebab apa? Sebab masa isi UPU tu kitorang pilih UiTM dahulu berbanding universiti lain. Tak ada istilah bila bengap je masuk UiTM, langsung tak ada. 

Aku ingat lagi masa tu aku naik bas dari Putrajaya ke Melaka dan aku duduk betul-betul belakang driver bus. Tiba-tiba driver bus tu tanya aku, "belajar mana dik?" pastu aku cakap lah yang aku belajar kat UiTM Lendu. Dia tanya lagi, result SPM macam mana, bila aku bagitahu yang result aku 8A, boleh pulak dia kata aku tipu. Dia tak percaya yang 8A masuk UiTM, pergh masa tu aku rasa nak marah je pakcik tu, tapi aku buat tak tahu je lah, malas nak cakap dengan orang set gini. Peduli apa aku, kau nak percaya ke tak..Apa dia ingat teruk sangat ke pelajar UiTM ni.. Dia fikir yang dapat result bagus-bagus semua masuk UIAM, USIM, UKM dan lain-lain. Aku pun tak tahu lah apa salah UiTM kat dia. Ada aku kisah? hahaha

UiTM ni seperti semua orang tahu, keunikannya ialah pelajarnya majoriti berbangsa melayu dan bumiputera. Yuran pengajian yang paling rendah berbanding universti lain juga dikira sebagai keistimewaan belajar kat sini. Universiti kami pun belajar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kelas dan buku-buku, slides dan sebagainya pun dalam Bahasa Inggeris. Tiada istilah UiTM bangsa melayu, so kena guna bahasa melayu. TIADA. Silibus kami pun tidak jauh beza dengan silibus universiti yang lain, so jangan nak memfitnah banyak sangat okayyy? 

Kalau orang kata belajar kat UiTM ni senang kacang goreng je, takde lah pelajar yang repeat paper, takdelah yang extend semester, takdelah yang amik sup paper. kan? Dan kalau betul UiTM ni senang sangat, tentu lah pelajarnya semua dapat Anugerah Dekan setiap semester dan bila konvo semua orang dapat pakai selempang pink. Dapat C- pun dah dikira gagal dan kena repeat paper tu untuk next semester. C- weh bukannya dapat E baru gagal. TAKK. Kami pun belajar kena struggle juga macam orang lain untuk dapat result yang baik. Kalau nak kata, kami tak compete dengan pelajar bangsa lain, antara pelajar melayu pun kami boleh compete juga. Takde beza, kat mana-mana belajar pun kena compete each other.

UiTM pun ada pencapaian yang hebat-hebat dan ada juga yang bertaraf antarabangsa. Oh ya, kalau nak tahu logo terbaru pasukan bola sepak Malaysia tu hasil design pelajar UiTM tau. Lepastu rekaan seni bina pelajar UiTM kalahkan 59 penyertaan lain seluruh dunia dan macam-macam lagi lah anugerah yang universiti kami yang biasa-biasa ni capai. Kang kalau tulis, sampai malam pun tak habis. 

Kesimpulannya, jangan nak pandang rendah pada universiti kami yang biasa-biasa ni ye  :)

Biar bengap, jangan takde adab.

Sekian.


You Might Also Like

2 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation