KEMBARA QURBAN - SUKARELAWAN KE VIETNAM DAN KEMBOJA

September 07, 2017

Assalamualaikum. 

Harini aku nak share  pengalaman aku menyertai program qurban ke Vietnam dan Kemboja baru-baru ni. Selama dua hari di Ho Chi Minh, Vietnam dan tiga hari di Phnom Penh, Kemboja. Program ini berteraskan kesukarelawanan mahasiswa / mahasiswi UiTM Puncak Alam serta Puncak Perdana dalam berbakti pada masyarakat muslim di Vietnam dan Kemboja. Seramai 23 sukarelawan termasuk seorang pegawai pengiring dan tiga orang wakil pihak Zakat UiTM Shah Alam telah menyertai program ini. Untuk makluman semua, program ini telah dirangka pada bulan Mac 2017 yang diketuai oleh Muhammad Firdaus dan Najwa. Meskipun pelbagai masalah dan kekangan yang berlaku antara kami semasa merangka program ini, alhamdulillah semuanya dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Ogos - 04 September 2017 .  Di bawah ni aku ceritakan perjalanan program bermula kami  di KLIA sehingga lah kami tiba semula ke KLIA.

Tarikh: 30 September 2017 Hari: Rabu


Anggaran pukul 11.00 malam aku bergerak ke KLIA dengan menaiki ERL, Putrajaya bersama seorang kawan aku yang praktikal di Putrajaya juga. Tambang ERL hanya RM9.40 dari Putrajaya ke KLIA. Penat kerja tak hilang lagi terus ke KLIA sebab takut terlambat kalau gerak pagi 31 Ogos tu. Sampai di KLIA dalam pukul 11.30 malam, masa tu tujuh orang kawan-kawan lain yang menaiki bas UiTM pun dah tiba di KLIA. Kemudian, kami berkumpul dan makan di Restoran mamak (lupa nama), sembilan orang punya makan dan minum berharga RM60+ (biasalah KLIA kan?). Aku tak makan sebab dah makan kat kedai sebelum aku datang KLIA, aku just minum teh tarik je. Lepas makan bagai, kitorang terus cari tempat untuk duduk dan tidur (aku tak tidur pun malam tu, barai weh), kerusi semua dah full, duduk atas lantai je lah. Flight pukul 9.00 pagi wehh (pishang teruks).




Tarikh: 31 Ogos 2017Hari: Khamis


Dalam pukul 6.30 pagi kitorang dah check in bag, masa ni lah brother sister Sukan Sea Myanmar pun nak check in jugak (lupa pulak semalam dah habis Sukan Sea). Lama jugak lah nak tunggu check in bag tu, kitorang pun selfie dan bergambar bagi mengisi masa yang ada.. Kemudian dah settle semua termasuklah imegresen dan sebagainya, kitorang terus pergi ke tingkat balai pelepasan.


Naik kereta kuda RM5
Kira-kira pukul 10.00 pagi waktu Vietnam (waktu Vietnam lambat sejam dari waktu Malaysia), kami tiba di Tan Son Nhat International Airport dan disambut oleh Tory (Tourist Guide) kami di Vietnam selama dua hari. Kemudian, kami semua terus bergerak ke Restoran Muslim (tak ingat nama) untuk makan tengahari dan solat jama' (banyak gila makanan dihidangkan). Jauh jugak perjalanan nak pergi sini, ada lah dalam dua jam (aku sempat tidur bangun, tidur balik) hahaa. Seterusnya, kami melawat Mekong Delta. Kitorang pergi tiga tempat iaitu tempat proses madu, kelapa dan buah (lupa exact name tempat tu). Setelah penat bagai, kitorang pun balik untuk check in hotel.

rasa teh madu
Kami Check in Hotel (Bloom Saigon Hotel) kira-kira pukul 7.00 petang. Lepas rehat-rehat sekejap, kami terus ke restoran muslim berdekatan dengan Hotel untuk makan malam. Selesai makan malam, kami terus ke Night Market untuk cuci mata dan shopping. AWAS, peniaga-peniaga Vietnam ni garang sikit, kalau kau dah pegang barang tu atau tanya harga barang, kau mesti kena beli (dorang akan paksa korang untuk beli, kalau korang taknak, nanti dia marah-marah). Tapi, kau buat tak tahu je lah dia marah pun, aku siap jeling lagi kat seorang peniaga ni (dah lah dia yang panggil aku, lepastu aku pulak yang kena marah) hek eleh, kecoh lah. Untuk malam ni aku tak shopping sangat, aku just beli sehelai baju kurung cotton RM33 untuk pakai esok pagi. Barang-barang lain aku just survey harga je dulu. Lepas shopping terus balik hotel untuk rehat dan beradu sebab esok kena bangun awal.


Tarikh: 01 September 2017Hari: Jumaat


Seawal jam 6.30 pagi kami bertolak ke Masjid An-Nur untuk solat sunat Aidil Adha dengan menaiki bas, masyarakat Muslim di Bandar Ho Chi Minh ni hanyalah 1% je daripada jutaan penduduk (lupa exact number). Macam biasalah, aku tidur lagi dalam bas ni sebab lama jugak nak sampai. hahah..Lepas solat, kami terus berpecah kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan untuk penyembelihan kambing (semua lelaki terlibat), kumpulan sukaneka bersama anak yatim dan kumpulan memasak (aku group memasak). Selesai semua aktiviti tu, kami makan tengahari di rumah kedai yang berdekatan situ.

aktiviti bersama anak yatim



Pengagihan daging qurban

Seterusnya, kami di bawa ke tiga tempat iaitu Kilang shawl / telekung (naelofar dan Ariani murah-murah, harga dalam RM14-RM18 je), kilang beg (backpack, sling bag dan handbag) dan akhir sekali kilang baju kurung / kain pasang). Setakat ni, aku shopping shawl, telekung dan baju kurung.

Pada malam tu, kami sekali lagi, pergi ke Night Market untuk shopping (best kat sini sebab dorang terima duit RM) so, aku nasihatkan korang kalau nak pergi Vietnam, tak payah convert duit dong tu, guna je RM. Kalini aku memang shopping lah, beli tshirt, jersey dan keychain.

Balik je Hotel, kami packing beg sebab esok pagi dah nak check out dan bertolak ke Phnom Penh. 


Tarikh: 02 September 2017Hari: Sabtu


Seawal jam 5.30 pagi kami check out hotel dan terus bergerak menaiki bas ke Phnom Penh. Perjalanan mengambil masa dua jam lebih untuk tiba dia sempadan Kemboja-Vietnam. Bila dah sampai sempadan, kitorang terus beratur di bahagian imegresen tapi yang terkejutnya kitorang punyalah dah bagi passport kat situ, dia boleh pulak biar je tak amik pun (rupa-rupanya dia dahulukan siapa yang ada selit DUIT/TIP kat dalam passport tu) rasuah bersepah rupanya kat sini (hati-hati). Kitorang punyalah tercegat je kat tepi tu tengok orang lain boleh potong queu begitu sahaja. Ustaz Hanafi (tour guide untuk Kemboja ni bagus sebab dia tak bagi pun duit kat orang tu). Akhirnya, dah takde malaun yang nak berasuah, passport kitorang pun diambil dan dicop. Lepastu terus masuk ke Kemboja. Perjalanan untuk sampai ke Phnom Penh mengambil masa dua hingga tiga jam (dan aku tidur) hahha..

Check in Tune Asia Hotel di bandar Phnom Penh. Nice lah jugak hotel dia.. Lepastu kitorang terus bersiap-siap untuk melawat Tuol Sleng Genocide Museum dan ke Sekolah Ar-Rahman.

Tiba di Ar-Rahman International School, KM9, Chrang Chomres, Phnom Penh untuk sesi ramah mesra dan makan malam muhibbah bersama NGO, CMIA dan anak-anak yatim Ummu Aiman. Masa kat sini kitorang berkesempatan untuk berjumpa dengan NGO yang diketuai oleh bapa kepada arwah (Ahmad Ammar). 





Aktiviti bersama anak yatim

Tarikh: 03 September 2017Hari: Ahad

Selepas sarapan kami terus bergerak ke Kampung Chnang untuk program yang seterusnya iaitu penyembelihan 18 ekor lembu dan perasmian perigi pam. Perjalanan ke Kampung Chnang mengambil masa selama sejam setengah (macam biasa, aku tidur) sebab kawasan kampung tu pendalaman sikit. Setibanya di situ, kitorang disambut dengan begitu mesra sekali, sekali gus mengubah segala persepsi aku tentang Kemboja. Kemboja jauh lebih bagus dari Vietnam tau. Agak terkejut jugak anak-anak kemboja kat situ ramai, ada dalam 300+ (10 kali ganda dari jangkaan kitorang). Even aku tak faham langsung apa yang dorang cakap, dan dorang pun tak faham apa yang aku cakap, aku still boleh catch up sikit-sikit apa yang dimaksudkan melalui gaya dorang (dorang hanya faham bahasa kemboja je, english dorang tak faham). Bahasa kemboja yang aku belajar dan aku ingat sampai hari ni seperti Okun (terima kasih) ,Angkoi (duduk) dan Moh nih (mari sini).

anak-anak kemboja

Sembelihan lembu rakyat malaysia

Selain itu, ada beberapa program lain yang kami sempat lakukan di situ seperti mengecat surau, pengagihan daging qurban dan sumbangan, pemeriksaan kesihatan, aktiviti sukaneka bersama anak-anak kemboja dan check in rumah keluarga angkat. keluarga angkat aku baik orangnya, rumah pun selesa dan mak angkat tu masih muda, umur dia 26 tahun (cantik dan flawless sangat). Hehe..



Sumbangan untuk keluarga susah


Pemeriksaan kesihatan


Petang tu kitorang melawat rumah keluarga susah. Ya, memang betul-betul susah dan kau pun tak boleh nak fikir macam mana dorang boleh teruskan hidup dalam keadaan yang begitu rupa. Kemudian pergi Sungai naik kereta ustaz Hanafi dan kereta apa tah nama tu yang tarik pakai motor tu (lupa), bergambar kat situ.

rumah keluarga susah

Malam tu tidur kat rumah keluarga angkat. Best jugak lepak-lepak, borak-borak. Bila malam, sejuk macam ada air-cond je rumah tu. Tandas tak pakai paip, kena amik air telaga.

ni rumah keluarga angkat kami


Tarikh: 04 September 2017Hari: Isnin


Hari terakhir kitorang di Kemboja, selepas sarapan dengan orang kampung, kitorang bertolak semula ke Phnom Penh untuk shopping di Central Market. (Shopping kat sini korang boleh pegang-pegang atau tanya harga barang sebab kat sini dorang baik je). Tapi, ada rasa sedih time nak berpisah dengan dorang tu (tak tahu nak describe rasa tu macam mana). Orang kampung situ memang appreciate sangat kedatangan kitorang kat sana, banyak kali ucap terima kasih, dorang memang seronok sangat dengan kehadiran kitorang kat sana. Paling sedih bila dorang hidang macam-macam makanan kat kitorang even dorang tak makan sekali pun dengan kitorang. Bila ada lebihan makanan kitorang tu lah dorang makan (serius, tak tipu. aku nampak sendiri dengan mata aku). Baiknya dan mulianya hati dorang even susah tapi murah hati. Kalau boleh, memang nak pergi lagi. InshaAllah suatu hari nanti. Selesai shopping, kami melawat Royal Palace untuk bergambar pula (cantik jugakpemandangan kat situ sebab ada banyak burung merpati).




Lepastu terus ke Phnom Penh International Airport. Dah nak balik Malaysia dahh..Kira-kira jam 10malam kami menjejakkan kaki ke KLIA. Ramai jugak orang Malaysia kat Kemboja rupanya, terjumpa kat situ pastu borak-borak sikit. Alhamdulillah selamat semuanya. Bersyukurlah,Malaysia masih aman dan selesa.

PENGHARGAAN


Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program yang agak besar ini. Tahniah kepada ketua program iaitu Firdaus, Najwa dan Safiq sebab telah berhempas pulas mengerah idea dan tenaga dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih juga kepada ahli jawatankuasa yang lain yang juga berusaha sehabis baik dari awal semester lagi. Maafkan segala kekurangan dari pihak kami.




You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation