10 Pengalaman Berharga Di Kemboja

September 07, 2017

Assalamualaikum.


Pada 02 September hingga 04 September 2017 yang lalu, Kelab Briged Sukarelawan UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana bersama wakil Zakat UiTM Shah Alam telah pergi ke Kemboja untuk program khidmat masyarakat bagi membantu masyarakat Muslim di sana.



Program yang diberi nama Program Khidmat Masyarakat 3 Negara (Vietnam, Kemboja & Malaysia) ini telah disertai seramai 18 orang pelajar UiTM, dan 5 orang pegawai pengiring yang terdiri dari Penasihat Persatuan serta 3 orang pegawai  zakat.

Buat aku yang pertama kali menyertai program khidmat masyarakat di luar negara sebegini, banyak perkara yang sempat aku belajar dan perhatikan. Program ini telah banyak membuka mata aku tentang kehidupan dan kesusahan masyarakat Kemboja.

Pengalaman yang sedikit ini, aku nak kongsi kepada semua. Aku harap sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi terutamanya kepada belia di luar sana. Kepada sesiapa yang ada terfikir untuk mengadakan program sebegini, aku sangat menggalakkan supaya program tersebut terlaksana dengan jayanya.


SEBELUM PROGRAM

Perkara utama yang menjadi penghalang untuk mengadakan program ke luar negara ialah bajet. Bajet yang banyak sangat diperlukan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Disebabkan Kemboja menggunakan matawang USD, nilai RM sangat lah rendah jika hendak dibandingkan dengan USD. Perbezaan matawang ketika itu ialah 1 USD bersamaan dengan RM4.27. Bagi saya, nilai itu agak tinggi lebih-lebih kami masih seorang pelajar yang tiada pendapatan sendiri.

Apa yang mampu kami lakukan antaranya ialah jualan amal, memohon sumbangan di masjid-masjid, memohon sumbangan dari kolej ke kolej, kerja amal, dan sponsorship dari beberapa orang individu serta zakat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyumbang kerana akhirnya kami berjaya laksanakan program ini. Alhamdulillah. 

Perselisihan faham, percanggahan idea dan kekangan memang akan ada apabila kita merancang program sebegini. Namun, alhamdulillah semua peserta memberikan kerjasama yang baik sehinggalah ke akhir program. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat persatuan, Ketua Program dan semua yang terlibat. 

SEMASA PROGRAM

Program kami diadakan di  Kampong Chhnang, Kemboja. Selepas sarapan kami terus bergerak ke Kampung Chnang untuk program yang seterusnya iaitu penyembelihan 18 ekor lembu dan perasmian perigi pam. Perjalanan ke Kampung Chnang mengambil masa selama sejam setengah dari bandar Phnom Penh.Setibanya di situ, kami disambut dengan begitu mesra sekali, sekali gus mengubah segala persepsi aku tentang Kemboja. Kemboja jauh lebih bagus dari Vietnam tau. Agak terkejut jugak anak-anak kemboja disitu ramai, ada dalam 300+ (10 kali ganda dari jangkaan kami. Meskipun kami  tak faham langsung apa yang mereka katakan, dan mereka pun tak faham apa yang kami katakan jika tiada bantuan translator.

Selain itu, ada beberapa program lain yang kami sempat lakukan di situ seperti mengecat surau, pengagihan daging qurban dan sumbangan, pemeriksaan kesihatan, aktiviti sukaneka bersama anak-anak kemboja dan check in rumah keluarga angkat. keluarga angkat aku baik orangnya, rumah pun selesa dan mak angkat tu masih muda, umur dia 26 tahun (cantik dan flawless sangat). Hehe..

10 PENGALAMAN BERHARGA

  1. Pertama kali beraya di perantauan tanpa ahli keluarga di sisi.
  2. Menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa untuk memastikan program ini terlaksana.
  3. Merasai suasana budaya qurban di Kemboja.
  4. Dapat merasai sendiri kehidupan Muslim di Kemboja yang jauh berbeza dengan kita.
  5. Dapat mencuba makanan versi mereka yang dimasak oleh masyarakat kemboja.
  6. Pengalaman dalam mencuba untuk bercakap beberapa perkataan dalam bahasa Kemboja.
  7. Beramah mesra dengan anak-anak Kemboja yang baik.
  8. Dapat tambah kenalan baru yang berlainan bidang.
  9. Masyarakat Kemboja yang sangat percaya pada rezeki Allah dan memuliakan tetamu.
  10. Memberikan sehabis baik tenaga untuk menghiburkan hati orang susah di Kemboja.



Alhamdulillah. Selesai sudah program qurban 2017 ini. Semoga segala usaha kita dibekati oleh Allah.

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation