Buli Lagi?

November 05, 2014

Fenomena Buli.


Assalamualaikum semua. Hari ni aku rasa macam nak kongsi tentang kes buli pulak. Bukannya aku ni kaki buli ataupun mangsa buli, cuma sejak kebelakangan ni aku tengok facebook, banyak video buli di asrama telah disebarkan. Kebanyakan darinya kes buli asrama lelaki, yang perempuan mungkin ada juga tapi tidak banyak atau tidak dihebahkan. 

Semalam, keluar berita tentang buli. tadi tengah hari aku tengok berita ada kes buli lagi. ish, apa sebenarnya pembuli ini mahu? Mungkin sekadar berseronok, yelah satu lawan sepuluh, memang longlai terus lah budak yang kena buli tu. Rasa geram, kesian, sedih, malu bercampur-baur dalam hati ni. Mana tidaknya, geram dengan tingkah laku pelajar sekarang yang semakin teruk dan tidak beradab serta tidak menghormati orang lain. Malah, ada diantara mereka yang berasa bangga apabila dikenali dengan "kaki buli" dan digeruni oleh pelajar yang lain. Aku bimbang, jika suatu hari nanti ibubapa tidak lagi mahu menghantar anak mereka ke asrama sedangkan, banyak kebaikan jika seseorang pelajar itu tinggal di asrama. Aku juga tinggal di asrama sejak tingkatan satu lagi sehinggalah sekarang di IPTA.

Seolah-olah buli itu seronok bagi mereka yang menjadi seorang "pembuli" dan derita bagi seorang "mangsa buli". Memang aku tak pernah menghadapi kes buli seperti ini di sekolah tapi, sedikit sebanyak aku dapat rasa kesakitan itu. Pelajar yang tidak bermoral ini mungkin tidak mendapat didikan agama dan moral yang secukupnya. Kemungkinan juga mereka ini pernah menjadi mangsa buli sewaktu ketika dahulu. Disini, aku bukan nak salahkan sesiapa, tetapi bagi aku ibubapa lah insan yang mencorakkan akhlak dan adab seseorang anak. Kalau tidak, tiadalah pepatah seperti ini "kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi". Betul tak? Ibubapa janganlah melepaskan tanggungjawab  kepada pihak sekolah untuk mendidik anak mereka sepenuhnya, sedangkan didikan utama itu bermula di rumah . Tugas seorang guru di sekolah, hanyalah mengajar sahaja.


Pengaruh rakan sebaya juga menjadi faktor kepada kes buli. Hal ini kerana buli tidak akan terjadi jika satu lawan satu, tetapi buli ini terjadi jika sekumpulan atau "geng" lawan satu. Haa, pembuli ni takkan berani jika mereka seorang diri. Perasaan berani itu akan hadir apabila dia beramai-ramai. Ada pepatah "jika hendak lihat diri kamu, lihatlah dengan siapa kamu berkawan". Pepatah ini jelas menerangkan bahawa seorang kawan mampu mempengaruhi kawan yang lainnya. 

KESAN KEPADA MANGSA BULI.
Buli ini akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada mangsa buli seperti:

1) Hilang keyakinan diri
2) Hidup dalam ketakutan
3) Hilang semangat belajar
4) Kemurungan
5) Wujud rasa benci dihatinya

KESAN KEPADA PEMBULI.
Buli ini juga akan mendatangkan kesan buruk kepada pembuli seperti:

1) Panas baran
2) Kurang adab sopan
3) Malas belajar
4) Tidak menghormati orang
5) Bangga diri



Untuk menghentikan fenomena buli ini, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kes buli ini berkurangan atau sifar. Mungkin apa yang aku perkatakan ini mustahil untuk berlaku tetapi, apa salahnya jika kita berusaha. InshaaAllah semua ini dapat diatasi sebaiknya. Hentikan kes buli bagi memastikan setiap pelajar di asrama atau di sekolah dapat belajar dan hidup dalam keadaan yang selesa.

Terima kasih sudi membaca :) 


You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation