hikmah ujian

December 08, 2014

Alhamdulillah.

Eh kau ni, kau di duga sampai macam ni pun kau ucap alhamdulillah?

Yelah, kenapa pulak tak boleh?

Aku membalas soalan dengan soalan.

Kawan aku terdiam. Berfikir mungkin. Hmm,,

Allah bagi nikmat ucap Alhamdulillah, apabila Allah bagi dugaan ucap juga Alhamdulillah.

Setiap dugaan itu ujian, setiap nikmat itu juga merupakan ujian. Apa yang pasti disetiap ujian dan nikmat itu ada hikmah yang tersirat disebaiknya. Sama ada kita sedar atau tidak je.

Baru-baru ni ayah aku baru lepas menjalani pembedahan kerana ada ketumbuhan kecil di tepi pipi beliau. Adalah dalam seminggu lebih ayah aku kena tahan wad. Hmm, masa tu aku rasa macam betul-betul susahnya menjadi seorang ayah dan ibu. Mana tidaknya, bila ayah aku masuk wad, mama pulak jaga baba kat hspital tu. Then, aku kena ambil alih tugas mama dan baba. Along dan angah pula bekerja. Aku memasaklah, basuh baju, siang ikan lah, kemas rumah lah.. Memang aku rasa lah penatnya tu.

Apa yang aku nak sampaikan ni sebenarnya, aku dah pandai masak tau. Haha.. Baba kata aku masak sedap dan dah boleh kahwin. Hehe. Alhamdulillah baba dah keluar wad tapi masih lagi tak boleh buat kerja-kerja berat. Baba perlu banyakkan rehat dan mama mengambil alih tugas baba.

Jadi, nampak ada hikmah disebalik ujian yang Allah bagi. Cuma, kita perlu sabar dan berdoa memohon bantuan dari-Nya.

Aku tak tahu kenapa, semenjak baba tak berapa sihat ni, air mata aku ni selalu sangat mengalir bila aku tengah solat ataupun baca al-quran. Aku selalu mengadu pada Allah agar dikuatkan hati. Jadi, dengan ujian baru lah kita kuat. Haa

Akhir sekali aku nak share kata-kata hikmah lah..

"kadang-kadang Allah hiangkan matahari, puas kita menangis mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi"

Sweet kan?

Renungkan.

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah.




You Might Also Like

2 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation