Kerana Dia Seorang Guru

November 04, 2014

Sijil Pelajaran malaysia (SPM)

Alhamdulillah.. Assalamualaikum sahabatku yang dikasihi Allah. Malam ni, aku rasa macam nak kongsi cerita tentang SPM. Maklumlah, sekarang ni peperangan SPM baru sahaja bermula. Hati ni rasa rindu pula pada zaman itu. Ya, aku bukanlah calon SPM untuk tahun 2014 tapi, tahun 2012. Hehe. Sambil dengar radio IKIM fm ni, timbul rasa dihati untuk kongsi walaupun tak banyak tapi sedikit pun jadilah. Aku bukan nak cerita macam mana perasaan sewaktu SPM tetapi ada yang lebih penting dari itu iaitu GURU. 

Sebelum menyimpan dan memasang angan-angan untuk berjaya, sebagai seorang pelajar perlu beradab dengan guru. Tidak kiralah macam manapun seseorang guru itu, kita sebagai seorang pelajar mesti menghormati guru. Aku juga pernah merasa menjadi seorang guru walaupun sekadar guru ganti ketika itu disebuah sekolah rendah, sedikit sebanyak aku dapat memahami perasan seorang guru.

Janganlah bangga jika kejayaan yang kau terima itu tanpa kau menghormati guru kerana bimbang kejayaan itu namanya istidraj iaitu sebagai ujian dari Allah supaya kau terus alpa. Moga kita dihindarkan. InshaAllah.

Pernah dulu sewaktu di tingkatan lima, ada seorang guruku terasa hati dengan sikap segelintir rakan sekelasku. Bila kami menyedari keadaan itu, kami satu kelas pergi ke bilik guru untuk meminta maaf padanya atas kesalahan yang kami lakukan kerana bimbang ilmu yang dia curahkan kepada kami itu tidak berkat. SPM dah nak dekat, itu yang menyebabkan kami bimbang sekiranya guru itu tidak memafkan kami. Namun, alhamdulillah guru itu memaafkan kami.

Ada sedikit tips untuk dipraktiskan bersama:

1) solat-solat sunat setiap hari
2) bacaan yaasiin setiap pagi
3) puasa sunat setiap khamis dan jumaat
4) baca al-quran setiap hari
5) zikir selalu
6) minta maaf selalu
7) hormati semua orang
8) jaga hati dan iman
9) belajar niat kerana Allah
10) jaga adab

InshaAllah sangat berkesan jika dipraktiskan untuk mencapai kejayaan.
Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2014, buat yang terbaik, usaha yang terbaik, doa yang terbaik, tawakal yang terbaik, inshaAllah result pun terbaik :)

Semoga berjumpa lagi.



You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation