Jangan Jatuh Cinta!

November 04, 2014

Cinta? 

Siapa je yang tak tahu apa itu cinta. Cinta ni tak semestinya untuk manusia je tapi, yang lebih penting cinta pada Allah dan Rasul-Nya itu lebih utama. 

Kali ni tiba-tiba je aku rasa macam nak tulis tentang cinta. Bukan sebab aku dah jatuh cinta pada manusia ciptaan Allah tetapi sekarang ni aku mulai rasa cinta aku pada Allah makin menebal dan terus mekar mewangi.. Haa.. Nak tahu tak sebab apa? Ni lah yang aku nak kongsikan :)

Allah aturkan pertemuan juga perpisahan dengan seorang manusia. Allah hantar dia itu untuk menguji aku. Tapi, ternyata aku lemah lalu aku tewas dipertengahan jalan. Aku lebihkan cinta manusia lebih dari cinta kepada Nya. Apabila dia pergi, baru aku sedar yang apa aku buat selama ni salah. Hanya kerana dia yang tak seberapa aku lupa pada cinta Nya yang tak pernah putus pada diriku. Lalu, aku cuba mengubah diriku menjadi orang yang baru dan aku takkan jatuh cinta sebelum tiba masanya. Aku yakin Allah dah susunkan yang terbaik dan sistematik jalan hidupku didunia ini. Aku yang baru ini ada matlamat hidup yang baru iaitu 'jangan jatuh cinta sebelum jodoh itu tiba'. Bukan kerana aku dah serik dengan cinta tetapi, lebih dari itu aku dapat rasakan cinta aku pada Allah melebihi segala dan aku taknak ada orang lain yang merampas rasa cinta aku ini pada Nya. 

Biar beribu parut, 
Luka menghiris kalbu, 
Hanya kesetiaan cinta, 
Menjadi penawar..

Biarpun diriku, 
Terbuang di mata insan, 
Hanya maha Mengerti, 
Letaknya cintaku ini.. 


Ini belum tiba masanya aku mencari bakal zauj ataupun bakal imam kerana aku sedar, maut juga sedang menanti diriku. Apa pun yang aku lakukan, aku harap aku akan terus istiqamah dalam setiap kebaikan. Biar apa orang nak kata, aku tetap aku selamanya. Aku berubah bukan kerana lelaki itu tetapi kerana Allah. Lelaki itu hanya menjadi asbab untuk aku menjadi diriku yang baru. 

Niat yang baik inshaAllah Dia akan bantu.. Doa, doa, dan terus berdoa untuk hati ❤



You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation