Manisnya Hijrah ini!

November 04, 2014

Hijrah? 

Assalamualaikum saudara, saudari.. Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang sebuah hijrah. Hijrah aku ini bukanlah besar mana jika hendak dibandingkan dengan hijrah para sahabat rasulullah. Tapi, aku harap dengan hijrah aku yang kecil ini akan terus kekal dan mendapat redha Allah. Cuma sekadar berkongsi :)

Dahulu, tudung yang aku sarungkan di atas kepalaku ini sekadar untuk menutup aurat sahaja bukan menutup dengan sempurna sebagai seorang muslimah. Aku terkesan dengan kata-kata seorang sahabat di twitter yang mengatakan pakaian takwa itu adalah pakaian yang mana kita boleh terus solat. Agak dalam juga ayat itu sehingga mampu menjentik sekeping hati ini. Terima kasih aku ucapkan. Bukan nak kata aku tak menutup aurat, cuma aku tak yakin adakah apa yang aku pakai boleh dipakai terus untuk solat. 

Sejak itu, aku selalu tengok-tengok butik tudung online yang menjual tudung bidang 60. Akhirnya, aku jumpa yang berkenan untuk dibeli dan dipakai pada hari ini. Alhamdulillah, aku berasa sangat bersyukur kerana aku masih sempat merasa nikmat ini. Walaupun dulu aku bertudung labuh tetapi itu hanya di sekolah sahaja kerana itu peraturan sekolah. Tetapi hari ini, aku memakai tudung ini kerana atas kenginan diriku sendiri dan ikhlas dari hati kerana Allah. 

Setiap hari, perlu berdoa pada Allah agar dikekalkan nikmat ini dan terus istiqamah untuk terus berada di jalan ini. Luahan ini selalu kupinta agar niat hijrahku ini tidak terpesong jauh dari landasan kerana syaitan tidak akan putus asa dalam menghasut manusia. Walau apa pun, tetapkan niat, berdoa selalu, dan terus mencari cinta-Nya. InshaAllah kau akan merasa betapa manisnya hijrah ini ❤


You Might Also Like

1 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation