Apa Yang Hendak Dihairankan?

December 12, 2014

RM 10 untuk didermakan terasa banyak, namun RM 100 untuk membeli kasut baharu seakan tidak luak.


Hairan bukan?

Dua minit untuk solat duha terasa mengambil masa, namun 20 minit melepak seakan tidak cukup masa.

Hairan bukan?

Dua muka surat al-Quran  terasa lamanya untuk habis, namun 200 muka surat novel tidak puas-puas membaca.

Hairan bukan?

30 minit mendengar tazkirah sudah membosankan, namun 3 jam menonton filem belum cukup lagi.

Hairan bukan?

Sehari dalam seminngu membaca al-Quran pun jarang-jarang, namun setiap hari menonton drama jarang terlepas.

Hairan bukan?

Kita sudah tahu bahawa kita perlu berubah tetapi tidak boleh ubah-ubah jua.

Hairan bukan?


Hmm...

Apa yang hendak dihairankan?

Begitulah keadaannya jika diri semakin dikotori dosa !

Sedikit demi sedikit dosa menghilangkan rasa lazat untuk beramal.

Seorang pendeta Bani Israel  berkata:
"Wahai Tuhan, berapa banyak aku bermaksiat terhadap-Mu namun kau tidak menghukum aku?"

Lalu dijawab: "Berapa banyak aku menghukum kamu sedangkan engkau tidak sedar! Bukankah aku telah mengharamkan rasa manis dalam bermunajat kepada-Ku?' (Hilyah al-Awliya')

                                                                                                             -petikan sumber SOLUSI isu 74-

INGAT?

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation