Aku Rindu !

January 03, 2015


Assalamualaikum,

Apa khabar semua sahabat yang dihormati..aku harap kalian sihat-sihat belaka dan berada di dalam rahmatNya. InshaAllah.

Sebenarnya, mood aku menaip untuk malam ni sebab aku tengah frustrated sangat ni. Nak tahu tak sebab apa? Sebab aku tak dapat join misi bantuan banjir ke Kelantan yang dianjurkan oleh pihak kampus aku. Orang kata, bila kita nak pergi tempat yang jauh kena dapatkan keizinan daripada ibubapa kan? Bukan tempat jauh je, nak pergi kedai sebelah rumah pun kena minta izin dulu. Aku pasrah dalam terpaksa je lah melepaskan peluang yang dah terbentang luas depan mata ni. Dah Baba aku tak bagi pergi, maknanya sampai bila-bila pun tak boleh pergi. Kena patuh cakap ibubapa kalau tak nak jadi anak derhaka, betul tak?

Okay lah, tak payah lah aku nak merepek panjang-panjang pasal sukarelawan tu.

Jom, aku nak kongsikan apa yang aku rindu sangat ni.

pemandangan dari asrama Firdaus


SEKOLAH MENENGAH ARAB (JAIM) AL-EHYA EL-KARIM, TANJUNG BIDARA, MASJID TANAH, MELAKA.

Ya, sekolah ni lah yang aku rindu. Bukan setakat sekolah je tau, tapi semua yang ada dalam sekolah ni menjadi kerinduan aku. Sahabat-sahabat, guru-guru, makcik-makcik kantin/dewan makan, pakcik-pakcik guard, pakcik-makcik cleaner, asrama, pokok, kucing dan semua lah.

Apa yang best nya , sekolah aku ni semua perempuan tau. Tapi cikgu-cikgu kat sini campurlah. Bila semua nya perempuan, memang lah.......haha..Lagi satu, sekolah ni dekat sangat dengat pantai Pengkalan Balak. Angin sepoi-sepoi bahasa gitu.

Sekolah aku merupakan sebuah sekolah agama bantuan kerajaan (SABK). Aku memulakan pengajian di sekolah ini pada tahun 2008, ketika itu aku tingkatan 1. Aku menuntut pelbagai ilmu di sini, bukan sekadar ilmu duniawi semata bahkan ilmu ukhrawi juga tidak dilupa. Pada mulanya aku risau tak boleh nak bawak subjek yang banyak kat sini, yelah Tauhid, Feqah, Sirah dan sebagainya semua tu dipelajari dalam bahasa arab. Kalau sekolah biasa kan belajar subjek akademik yang biasa je. Di sini, kalau termasuk subjek agama adalah dalam 15 subjek semuanya. Banyak kan? Mahu tak kecut perut aku dibuatnya. Haha. Tapi itu semua kenangan paling best lah. Singkatan nama sekolah aku MEKAR.

Di sekolah ni, aku tinggal di asrama sebab rumah aku nun jauh di Klang. Untuk pertama kalinya tinggal di asrama, kena berdikari di negeri orang, pandai-pandai bawak diri dan kena peramah lah. Mula-mula tu rasa sedih lah sebab berjauhan daripada keluarga.. tapi aku tak nangis tau, serius ni ! haha..

Masuk pula tingkatan 2, dah boleh menyesuaikan hidup dengan selesa dan hidup bahagia di samping kawan-kawan dan kakak-kakak senior yang baik hati ketika itu.

Tingkatan 3 pula, aku dilantik menjadi pengawas sekolah. Aku mencurahkan jiwa dan raga untuk menjaga disiplin pelajar. Acah-acah pengawas yang berdedikasi lah masa tu. Haha.. Pada tahun 2010 tu lah aku menduduki PMR. Perasaan takut tu mestilah ada, maklumlah aku ni tak lah pandai mana duduk pula kat kelas pertama.. memang aku rasa diri ni kerdil je bercampur dengan rakan-rakan yang bijaksana. Mahu atau tak, aku kena belajar bersungguh-sungguh masa tu, aku tak nak lah aku ni terkebelakang sangat dalam kelas tu kan. Boleh lah dapat nombor pun belas-belas je lah. Haha. Bila keputusan PMR keluar, alhamdulillah kira bila aku tengok keputusan aku tu, aku boleh tidur dengan senyuman yang indah. Haha.

Masuk pula tingkatan 4, aku masih lagi berbaju kuning (pengawas sekolah), menjalankan tanggungjawab seperti biasa. Masa tu aku masuk kelas 4 Khadijah, kelas yang mengambil aliran Akaun dan Matematik Tambahan sebab sekolah aku takde aliran Sains Tulen, lagipun tingakatan 4&5 ada dua je kelas. Kelas yang lagi satu tu ambil aliran Ekonomi Asas. Tahun 2011 tu aku kena menghadapi peperiksaan besar juga iaitu Sijil Menengah Agama (SMA). Ada 9 subjek , semuanya kena hafal dan dalam bahasa arab ye. Huuu, memang tahun tu, tangan memang pegang buku je lah cerita dia kan.

Okay, untuk tahun terakhir di sekolah ini, 2012 aku tingkatan 5, masih menjalankan tanggungjawab yang sama cuma lagi bertambah berat sebab aku dilantik menjadi Ketua Pengawas. Korang jangan gelakkan aku sebab aku pun rasa macam tak layak je. Tapi takpe, aku sahut cabaran tu dengan sebaiknya. Kalau di asrama pula, aku dilantik menjadi Biro Pelajaran. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), fuhh memang seram bak hang nak ambil SPM ni, yelah nak tentukan ke mana kita lepas tamat sekolah. Aku tukar kelas sebab aku tak rasa aku boleh dapat A dalam subjek Matematik Tambahan walaupun cikgu aku tu tak henti-henti beri semangat. Aku tetap dengan keputusan aku nak ambil subjek Ekonomi Asas. Jadi, aku ambil 9 subjek lah untuk SPM. Alhamdulillah, aku dapat keputusan yang aku tak sangka-sangka. Hehe

Bila dah habis tingkatan 5 tu, rasa sedih sangat bila nak berpisah dengan semuanya tentang sekolah ni. Di sekolah ni lah yang mengajar aku macam-macam, erti persahabatan, ukhuwwah, ilmu duniawi dan ukhrawi, erti kehidupan, dan macam-macam lagilah. Aduh, rasa macam nak nagis lah bila cerita tentang sekolah ni. Ni pun aku dah cuba pendekkan cerita, kalau tak mahu tak cukup nak taip ni.
Walaupun sekolah aku ni tak lah hebat mana, tapi sekolah aku ni sering dikunjungi oleh sekolah-sekolah lain dari pelbagai negeri. Bagi aku, sekolah aku ni memang terbaik lah. Haa

pandangan di pintu masuk utama


kalau stress tu boleh lah datang sini untuk mendamaikan perasaan yang berduka lara




ni surau yang cantik

segalanya tentang kehidupan aku di sekolah dan asarma ada dalam buku ni


malam perpisahan

Banyak lagi sebenarnya yang aku nak kongsikan dalam ni, tapi mungkin lain kali, Air mata aku ni dah bertakung je dalam mata. Sedih, rindu semua kenangan di Mekar.

Hmm, semua kenangan ni sentiasa tersemat di ingatan.

Aku Rindu.

Serius.

Senyum..

Sekian dari aku.


You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation