Maafkan Aku.

January 05, 2015

Diyana merehatkan badannya setelah penat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya kelmarin. Dah lah subjek yang begitu membunuhnya pada semester ini, iaitu Business Law. 

"Huhh, sedapnya dapat rehat". Diyana mengomel sendirian dan dia hampir terlelap.

Bzz.bzz..

Diyana memandang sepi sahaja mesej yang mengganggu waktunya berehat. Matanya dipejam rapat seakan tidak mahu dibuka.

"Haish siapa lah yang kacau ni, aku baru je nak tidur lah". bebel Diayana macam mak nenek.

Dia memandang skrin telefon yang terpapar nama Shafiq. Shafiq ialah rakan baiknya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Mereka memang rapat cuma terpisah jauh setelah Diyana berpindah ke Melaka apabila mendapat tawaran sekolah berasrama. Semenjak itu mereka jarang berhubung oleh kerana Diyana tiada nombor telefon untuk dihubungi sehingga suatu hari berjumpa kembali di Facebook.

Mesej yang baru diterimanya itu dibuka.

"Assalamualaikum Diyana, maaf ganggu. Kau dah sombong kan sekarang?"

Diyana tidak menunjukkan apa-apa reaksi setelah diperkatakan begitu,

Mata Shafiq masih tertumpu pada conversation Whatsapp, menunggu balasan dari gadis kesayangannya itu. Sesekali dia membetulkan rambutnya yang menganggu pandangan matanya.

Bzz..bzz..

"Waalaikumussalam, asal pulak?" balas Diyana pendek.

"Yelah, aku call kau tak pernah nak angkat. Sebelum ni kau tak macam ni pun." Shafiq meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap perangai Diyana yang dingin semenjak dua menjak ni.

"Sorry". Diyana membalas malas.

"Sorry je ke? Erm, nak merajuk lah". Shafiq cuba menarik perhatian Diyana.

"Sorry je lah, habistu kau nak apa?"

"Takde apa lah, kejap lagi aku nak balik Klang".

"Okay"

"Okay je, erm..kau ni macam taknak mesej dengan aku je".

Diyana membiarkan sahaja mesej itu. Sedikit pun dia tak ingin hendak membalas. Dia cuba lelapkan kembali matanya tapi tidak berjaya. Dia pusing ke kiri dan ke kanan, juga tidak boleh untuk melelapkan matanya. Mungkin kerana Shafiq yang mengganggu lenanya sebentar tadi.

Seusai solat Maghrib, Diyana berdoa memohon agar diberikan kekuatan untuk berterus terang dengan Shafiq. Bukan setahun dua dia berkawan dengan Shafiq tu, tapi dah bertahun-tahun. Cuma, Diyana belum ada cara yang terbaik untuk menerangkan keadaan diri dia yang sebenar ketika ini. Diyana baru mula berhijrah, mengubah diri ke arah yang lebih baik. Diyana yang sekarang bukan lah Diyana yang dahulu. Berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan, Diyana memang seorang gadis yang peramah dan membuatkan sesiapa sahaja yang berkawan dengannya berasa selesa.

Sebelum ni, memang Shafiq selalu call dan Diyana pun rajin melayan kerenah Shafiq yang kadang-kadang macam keanak-anakkan. Selalu mengadu itu dan ini, bertanya benda yang tidak penting, bebrbual kosong. Sehinggakan tanpa Diyana sedar, Shafiq menaruh hati terhadapnya dan menganggapnya lebih daripada seorang kawan.

Bukan Shafiq tidak pernah meluahkan rasa hatinya terhadap Diyana. Setiap kali itu lah Diyana mengatakan dirinya sudah berpunya tetapi merahsiakan siapakah gerangan yang memiliki hatinya itu.
Sampai bila-bila pun Diyana menganggap Shafiq sebagai kawan rapat dan tidak akan lebih daripada itu.

"Ya Allah, kalau semua ini berpunca daripada aku, Engkau ampunkan lah dosa-dosaku, Engkau bimbinglah aku untuk terus istiqamah berada di jalan-Mu."

Air mata Diyana mengalir laju, menyesal atas kesilapnnya yang lalu. Sesekali terdengar istighfar meniti di bibirnya.

Bukan Shafiq sahaja yang menyimpan perasaan terhadapnya, malah senior yang satu jurusan dengannya juga ingin mencuba nasib dan juga rakan persatuannya. Diyana sendiri pun tidak tahu kenapa semua ini boleh terjadi kerana dirinya hanya melayan dengan biasa-biasa sahaja dan dia juga memang sudah berpunya ketika itu.

"Ah, semuanya salah aku mungkin..terlalu senang berkawan dengan lelaki. Sekarang terimalah padahnya". Diyana memarahi dirinya sendiri.

Syuhadah yang duduk disebelahnya hairan melihat kelakuan sahabat baiknya itu.

"Yana, kenapa dengan kau ni, ada masalah kongsilah dengan aku." tanya Syuhadah ingin penjelasan.

"Hmm..." Diyana menceritakan segala yang terbuku di hatinya itu. Sesekali Syuhadah menganggukkan kepalanya dan sesekali memeluk bahu sahabatnya itu.

"Aku rasa, aku layan biasa-biasa je. Macam mana aku layan kawan-kawan yang lain". 

"Diyana, lelaki ni memang kita susah tau nak faham. Kau rasa kau layan mereka tu biasa-biasa je tapi bagi mereka luar biasa tau. Seolah-olah kau bagi greenlight kat mereka". Tutur Syuhadah berhati-hati.

"Kalau macam tu, apa yang aku boleh buat sekarang?" Diyana inginkan pendapat.

"Kau kena berterus-terang pada mereka keadaan kau yang sekarang supaya nanti tiada rasa dendam atau membuatkan mereka tertunggu-tunggu nanti kau yang rimas". Syuhadah memberikan cadangan.

Diyana senyum tanda setuju dengan pendapat sahabat baiknya itu.

Sebelum tidur, Shafiq memikirkan tentang Diyana yang dingin itu. Kalau dulu dia selalu menghubungi Diyana untuk bercerita apa-apa yang dia ingin kongsikan sehingga panas telinga kerana terlalu lama berbual di telefon tapi tidak lagi sekarang. Diyana seakan tidak memberi ruang pada dirinya untuk berkongsi segala cerita. Shafiq bingung mencari kesilapan diri, mana lah tahu semua ini berpunca daripada dirinya. Kali terakhir dia berjumpa dengan Diyana, ketika majlis perkahwinan saudara Diyana yang betul-betul terletak di hadapan rumahnya.

"Pening pulak aku fikir pasal dak Diyana ni tau". Shafiq seakan tidak puas hati.


***********************************************
Seminggu kemudian..

"Assalamualaikum, aku minta maaf lah sebab tak jawab bila kau call. Memang banyak kali kau call tapi aku tak pernah angkat walaupun sekali. Aku minta maaf sekali lagi. Sebenarnya aku dalam proses berubah, mengubah diri menjadi yang lebih baik. Aku tak nak lah kita selalu berhubung tentang perkara yang tidak penting. Membuang masa malah bertambah dosa. Aku tahu haritu birhday kau kan, Selamat Hari Lahir, supaya menajdi lelaki yang soleh. Aku tetap anggap kau kawan sampai bila-bila". 

Panjang lebar mesej yang ditaip oleh Diyana untuk menyatakan apa yang terbuku di hati.

Bzzz..bzz..

Mesej yang baru diterima oleh Shafiq itu dibacanya berulang kali, seakan tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Diyana itu.

"Ya Allah, rupa-rupanya ini sebabnya kenapa dia berdingin terhadap aku". Shafiq mengelap peluh yang ada di dahinya.

Dia membiarkan sahaja mesej itu, dia tidak membalas. Masih memikirkan Diyana.

***********************************************
Beberapa hari kemudian..

"Assalamualaikum Diyana, aku dah baca kau punya mesej haritu. Baru aku faham kenapa kau macam tak nak layan aku sangat. Aku suka dengan perubahan kau sekarang tapi takkan sampai taknak cakap dengan aku. Aku dah anggap kau kawan rapat aku dah. Taknak lah putus hubungan macam tu je. Aku terkejut sangat kau cakap macam tu, tapi takpe lah dah tu keputusan kau. btw, terima kasih wish birthday aku. Hari tu aku call kau nak suruh kau nyanyi untuk aku tapi tak kesampaian pulak. Okaylah, kalau ada apa-apa masalah jangan lupa bagitahu ye. Aku sayang kau tau. okay baii, assalamualaikum".

Shafiq membalas dengan hati yang rela.

Diyana membaca mesej itu dan tersenyum sendirian.

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah keran Engkau telah membantuku". Diyana melafazkan syukur.

Diyana bersyukur kerana Shafiq memahami keadaan dia sekarang. Bukan nak putus kawan, cuma tidak mahu selalu berhubung pada perkara yang tidak penting.

Maafkan aku.

************

Perempuan kalau nak berkawan dengan lelaki perlu berhati-hati takut disalah anggap.

Kalau boleh tak perlu lah.

Untuk pertama kalinya aku buat cerita sendiri ni. Aku baru nak belajar. Kalau tak best tu, maaf lah. hehe..

Assalamualaikum :)




You Might Also Like

5 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation