Consolidate and Merge of D'Bankers

February 27, 2015

25.02.2015

Eh, assalamualaikum. Tiba-tiba malam ni aku rasa macam free pula. Padahal kerja ada je. Ish2..

Aku bukan apa nak cerita pasal aku pergi dinner kos aku haritu. Gempak kan nama dinner kat atas tu. Biasalah tu. Haha

Tepat pukul 6 petang, aku dan rakan-rakan tunggu bas, lepastu ada ke patut pakcik bas tu datang ambil kitorang yang dah siap cun-cun ni pukul 7 camtu. (Kawan-kawan aku lah yang cun, aku biasa-biasa je) Cehh.. Haha. 

Then, kitorang sampai je terus ambil gambar kat prob yang dah disediakan tu.


tak reti nak buat doodle.hm

Lepas dah bergambar bagai, kitorang pergi solat maghrib pula. Nak tunggu giliran untuk tengok cermin je dah bertahun. Membelek wajah di cermin terlalu lama, mungkin dorang tak perasan kot ramai lagi yang nak guna cermin, cuma bersangka baik. Haha. Akhirnya, kitorang jadi orang yang paling akhir keluar dari surau tu.

ini kad jemputan.

Okaylah, tak lama lepastu majlis pun bermula. Aku punyalah tak sabar nak makan sebab dah lapar sangat ni. Haha. Kena pula dengar ucapan, lamanya nak tunggu. Kepala aku dah ada atas pinggan dah time tu. Habis je ucapan ingatkan dah boleh makan tapi kena pula ambil Anugerah Dekan. Perut dah buat pancaragam dah ni. Hm

Alhamdulillah DL.

 Gambar tu gegar sikit sebab kawan aku kata aku macam menggelabah nak cepat turun. Haha.
Dah lepas penyampaian Anugerah Dekan, ada cabutan bertuah pula tapi, yang sadisnya nombor aku tak bertuah malam tu. Akhirnya tiba masa untuk makan, yeayy..

nampak tak muka dah tak sabar nak makan? haa


 Sambil kitorang makan, adik-adik semester 1 buat persembahan. Tapi, aku tak tengok pun walaupun aku duduk kat depan je sebab fokus nak makan. Kejam juga lah aku ni? Haha
Lepas makan mula lah nak berselfie dengan legend d'bankers. Cehh..






Huish banyaknya gambar. Haha. Penat oo nak selfie ni. hee


Itu sahaja lah gambar yang boleh dikongsi. Sebab gambar banyak sangat ni tak tahu nak pilih yang mana. kalau letak semua, penat jari tangan aku yang tak berapa nak runcing ni. haha

Terima kasih.
Assalamualaikum.

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation