Lawatan Akademik
February 24, 2015masing-masing meninjau kawsasan sekitar MATRADE |
Pada beberapa minggu yang lepas aku ada join lawatan akademik untuk subjek International Trade (FIN323). Kitorang cuma buat lawatan dua tempat je lah iaitu EXIM Bank dan MATRADE. Mesti korang tertanya-tanyakan apa benda lah tempat yang aku pergi ni? Haha, meh sini aku bagi sedikit pencerahan kat korang.
ini dia EXIM Bank. |
EXIM Bank tu singkatan bagi Export-Import Bank. Motif bank ni untuk menyediakan kredit fasiliti untuk menyokong atau membantu export dan import barang atau perkhidmatan dan projek di luar negara. Haa kalau korang ada simpan cita-cita nak jadi usahawan yang berjaya sampai ke luar negara, korang boleh pergi EXIM Bank ni untuk minta nasihat atau apa-apa je lah servis yang korang nak.
Untuk pertama kali aku jejak kaki kat sini, aku rasa macam "eh, aku nak kerja kat sini lah" haha berangan lah kau dayah nak kerja kat sini. Nak berangan je tak salah kan. Sampai kat sana je terus masuk dewan apa entah untuk dengar taklimat tentang bank ini. Tapi, lepas taklimat, yang paling best kitorang dijamu dengan makanan yang sedap 100% tau. Jimat duit untuk makan tengah hari masa tu. Haha.
ni bahagian dalam MATRADE |
Okaylah, tempat yang kedua kitorang pergi MATRADE. MATRADE ni macam kalau korang nak memperkenalkan jenama atau barang korang. Haa, ni lah tempatnya. Andai niat di hati nak jadi usahawan yang berjaya, MATRADE ni sangat sesuai untuk membantu korang dari segala hal.
Okaylah, nak siap-siap pergi dinner dbankers pula malam ni.
Assalamualaikum.
0 comments