Pengutip Tin

March 08, 2015

Assalamualaikum, tajuk aku malam ni macam tajuk novel lah pula. Ini bukan cerita tentang cinta dua hati ye tapi, cerita tentang aku dan juga tin pada suatu ketika dahulu. 

Ehem, nak mulakan cerita aku ni dengan satu soalan untuk korang jawab dengan jujur seikhlas hati. "Apa yang terlintas dihati korang apabila terlihat seseorang sedang mengutip tin di tepi jalan? " Okay, dah jawab tu simpan dulu jawapan koramg tu ye. Hehe

Mungkin ada yang berpendapat orang yang mengutip tin-tin kosong di tepi jalan tu adalah orang yang kehidupannya susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan malam belum tentu lagi. Mungkin juga ada yang berpendapat orang yang mengutip tin kosong itu seorang lelaki atau wanita yang mahu mengumpul duit lebih ataupun saja-saja. Kedua-dua jawapan ini tidak betul dan juga tidak salah. Eh, macam mana pula tu? Haa.. 

Kalau korang semua nak tahu, dulu masa aku darjah empat atau lima macam tu lah kan, aku suka kutip tin yang ada kat tepi jalan tu. Bila aku pergi atau balik sekolah sambil-sambil bawa basikal tu, mata aku ni suka memerhati di tepi jalan sebab nak cari tin. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh minat nak kutip tin tu. Sampai satu hari tu ayah aku tahu dan dia cakap "kalau tak cukup duit, cakap je tak payah sampai kutip-kutip tin macam ni". Hm.. Aku cuma diam je tapi masih meneruskan hobi aku tu. 

Entah kenapa, aku langsung tak rasa malu untuk kutip tin kosong tu. Bukan aku tak cukup duit, malah ayah aku dah beri lebih daripada cukup. Aku cuma saja nak cari pengalaman mungkin. Bila tin dah banyak aku pun pergi lah jual kat uncle tu. Dapat lah sikit duit, tapi seronok. 

Sampailah bila aku dah masuk sekolah menengah, aku dah tak teruskan hobi aku tu sebab aku dah tinggal kat asrama dan jauh daripada keluarga. Tapi, aku cuma kumpulkam tin bila aku ada beli air minuman dalam tin. 

Bila tadi aku tengok seorang pakcik tua tu sedang mengutip tin tepi jalan, aku teringat tentang kisah aku yang ini. Bila aku kenangkan kembali, baru aku sedar bukan mudah untuk seseorang itu untuk mengutip tin dihadapan orang ramai sebab malu. Mungkin aku tak malu sebab aku masih kecil ketika itu. Sedikit sebanyak aku dapat merasakan kesusahan hidup orang lain dan menjadikan diri sentiasa berasa syukur. 

Alhamdulillah. 

Wahai anak muda, janganlah engkau bangga dengan kemewahan hidup ibubapa kau. Sebab itu harta mereka, kita ini tidak punya apa-apa, zero. Bagaimana kau akan menghargai kemewahan apabila kau tak pernah rasa kesusahan. Mugkin sejak dari itu, aku lebih menghargai rezeki yang Allah beri. Sentiasa merasa cukup dan tidak berlebihan. 

Maafkan andai tersilap.





You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation