Kerana Dia Seorang Ayah

March 17, 2015



Alhamdulillah, pada hari ini Allah masih lagi meminjamkan aku usia untuk terus taat kepadanya. Aku bersyukur kerana DIA masih meminjamkan kepadaku seorang lelaki yang sangat banyak berjasa dalam hidupku dan sentiasa disampingku ketika apa jua keaadaan. Tiada siapa pun yang mampu dan layak untuk menggantikan tempatnya dalam hidupku ini bahkan semua orang begitu. Dia adalah anugerah Allah yang terindah dan dialah yang aku panggil Baba.

Hari ini aku ingin berkongsi serba sedikit tentang lelaki yang aku cintai dalam hidup ini yang aku panggilnya Baba. Nama diberi Sulaiman Bin Ahmat, merupakan seorang bekas Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM). Dia seorang ayah yang sangat tegas dan sangat mementingkan disiplin dalam kehidupannya. Kadang-kadang aku rasa, hidup aku terlalu dikongkong olehnya sehinggakan aku menjadi takut untuk bercakap dengannya.


Perwatakan Baba aku sangat berbeza dengan perwatakan ayah orang lain. Baba bukanlah seorang ayah yang memberi kebebasan 100% terhadap anak-anaknya. Segala apa yang anak-anak dia lakukan, dia mengambil tahu semuanya. Tidak macam ayah orang lain yang selalu memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka, kononnya "open minded" dan "sporting". 

Contohnya seperti sekarang, walaupun umur aku bakal bertukar kepada 20 tahun pada akhir tahun ini dan sudah melanjutkan pelajaran disebuah universiti, Baba masih menjaga aku seperti budak kecil. Aku sangat bertuah memiliki seorang ayah sepertinya. Kadang-kadang ada kawan-kawan yang menganggap aku ni macam leceh sebab bila nak "hangout" je mesti aku kena minta izin daripada Baba. Bernasib baik kalau baba izinkan tetapi kebanyakkannya tidak. Teatpi aku sikit pun tidak menyimpan perasaan benci terhadap Baba sebab aku tahu baba lebih berpengalaman dalam hidup.


Kadang-kadang aku rasa macam aku ni seorang puteri yang sangat dijaga dan dikawal rapi oleh seorang raja yang berkuasa. Baba sangat menjaga diri aku daripada segi pergaulan. Setiap kali berbual dengannya, pasti ada sahaja nasihat yang meniti dibibirnya. Baba paling tidak suka apabila aku peramah dengan kawan lelaki, kalau boleh dia nak aku bercakap benda yang perlu sahaja dengan lelaki. Pada mulanya aku melanggar sikit arahan tu, tapi sekarang aku faham apa sebabnya dia melarang dan sekarang perlahan-lahan aku cuba dan masih lagi mencuba. InshaAllah. Kalau dulu, baba selalu tegur cara aku ketawa, dia tak suka aku ketawa bersuara sebab dia kata nampak tak sopan dan tak menggambarkan ciri seorang wanita yang baik. Setiap hari aku cuba untuk mengubah diri sendiri supaya menjadi seorang perempuan yang baik.

Ada orang kata aku ni nampak macam anak bongsu sebab kemana je aku nak pergi, aku mesti akan minta izin dari baba aku. Tapi aku tak kisah pun, yang penting aku tak buat perkara yang baba tak suka. Yelah, redha Allah itu terletak dalam redha ibubapa. Tak gitu? Baba juga seorang yang tegas, kalau dia cakap A, maka A lah jawapannya. Jangan kau nak membantah. Tapi dalam ketegasan dia, Baba ni romantik dan penuh kasih sayang orangnya. Baba pandai memasak, rajin tolong mama dalam melakukan kerja rumah dan selalu jalan-jalan berdua je dengan mama. Aku rasa macam susah je nak jumpa lelaki macam tu sekarang untuk dijadikan suami. Eh? Haha


Masih beruntung sebab aku dikurniakan seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. Sentiasa bersama dikala susah dan senang. Aku cuma berharap yang aku dapat membahagiakan mama dan baba sepertimana mereka membahagiakan aku. Baba sangat cerewet dengan siapa aku berkawan. Dia selalu berpesan untuk memilih kawan yang baik-baik sebab kawanlah yang paling mudah untuk mempengaruhi kita.


Sebenarnya, bila kat rumah aku tak banyak bercakap macam mana aku ketika bersama dengan kawan-kawan. Aku pun tak tahu kenapa. Haha. Aku pun pelik dengan diri aku sendiri. Nanti aku cuba ubah ye.


Aku tak letak gambar Baba dalam ni sebab Baba tak suka sangat gambar dia tersebar. Ceh, haha. 

Sekarang, aku dah faham kenapa Baba banyak pantang larang dan peraturan. Semua itu untuk kepentingan aku sendiri. Kalau boleh, Baba nak pastikan yang aku jadi seorang perempuan yang mahal dan ada harga diri. Terima kasih Allah atas pemberian-Mu ini. Seorang lelaki yang aku sayangi dan tiada orang lain yang dapat menggantikan tempatnya. 



Sebenarnya macam-macam lagi tentang ayah aku ni tapi masa tak mengizinkan untuk aku membebel banyak kat dalam ni. Nanti aku cerita tentang mama aku pula tau.


Aku sangat bertuah kerana memiliki dia !




























You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation