Last Minute

March 11, 2015


                                                                                                                                                                                 


"Aduh, apa banyak sangat assignment nak hantar minggu depan"

"Ishh, tak cukup masa lah nak buat semua yang madam suruh"

"Alaa, bila nak baca buku untuk test ni"

"Ahhh, tak suka!"


Amboi, banyaknya merungut. Ada saja hal yang kau tidak puas hati. Itu tidak kena, ini tidak kena. Kenapa kau jadi macam ni? Sama-sama kita jawab.

Kenapa?

Aku tanya ni, jawablah. Haa

Ya, benda-benda tu semua berlaku sebab kau suka buat kerja "last minute". Pensyarah atau cikgu kau bagi tempoh masa untuk buat assignment selama sebulan, kau buat bila dua atau tiga hari lagi nak hantar. Betul tak?

Lepastu, asyik nak merungut je dekat telinga kawan kau. Kawan kau pula terpaksa menadah telinga untuk dengar leteran kau tu. Sedar atau tidak, apabila kau buat assignment "last minute" sebenarnya kau dah menyusahkan orang lain. Tahu tak sebab apa? Sebabnya, masa tu lah nanti kau akan ganggu kawan kau punya masa untuk nak jawab semua pertanyaan kau macam whatsapp  lah, call lah, nak jumpa dekat perpustakaan lah. Kan? Kalau kau orang yang bijaksana, kau pasti akan memahami keadaan kawan kau tu. Masa dia bukan untuk melayan kau je.

Tapi kadang-kadang tu pelik juga bila tengok orang yang asyik buat kerja "last minute" ni, cakap tidak cukup masa, tapi sehari pun tak pernah lupa untuk sign in twitter, instagram, facebook dan sosial media yang lain. Telifon bimbit tu sentiasa ada disisi.

Aku nak kongsikan sedikit kata-kata daripada seorang moivator tapi aku tak ingat siapa nama beliau. Kata-katanya berbunyi,

"Jangan sampai jadi manusia yang muflis masa"

Masa itu lebih berharga daripada emas. Setiap saat perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Apabila kau jadi manusia yang muflis masa, kau adalah seorang makhluk yang rugi. Hal ini juga disebut di dalam al-Quran,Surah al-Asr yang bermaksud,

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta sabar"

Dalam al-Quran sangat mementingkan masa. Jika kau hendak mengenal tahap disiplin seseorang itu, lihatlah waktu dia solat dan menguruskan masa. Kenapa aku kata begitu, sebab aku dah buat kajian lah tentang hal ni. Kalau kau tengok seseorang itu selalu solat di awal waktu tanpa melengahkan jika tiada sebab, bermakna orang ini sangat menepati masa,dan begitu juga sebaliknya. Hal ini kerana solat itu asas pembentukan rohani dan jasmani seseorang individu tersebut. Sama-sama kita muhasabah kembali diri kita ni. Jangan sibuk nak cari cinta yang tidak tentu arah, sedangkan hal yang basic ni pun kau tak teratur lagi.

Lagi satu, "Last minute" ni perlu kau dan aku hindarkan, tidak baik membazir masa. Membazir itu amalan siapa? Jawab dalam hati saja ye.

Solat dhuha juga jangan lupa. Baca al-Quran jangan tinggal. InshaAllah hidup kau diberkati Allah.

InshaAllah.





You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation