Hikayat Sang Perempuan

April 18, 2015

Perempuan itu,
Sebati dengan sifat kelembutan,
Luarnya kau lihat kasar,
Mungkin.

Itu kerna dia menjaga dirinya,
Tidak mahu diusik sang pria,
Tidak mahu diganggu katanya,
Jadi, dia berlakon seperti egois.

Dalam hati disudut terpaling dalam,
Dia masih seorang perempuan,
Tidak pernah lari dari garis lembutan,
Tidak lekang dari pahit senyuman.

Suatu masa,
Dia perlukan waktu,
Untuk berendam bersama air mata,
Dimana kesalan mutiara mula keluar,
Menanggung peritnya sesak nafas manusia.

Perempuan jiwanya,
Seringkali inginkan sesuatu,
Terkadang dipendam saja,
Terkadang terlepas ikatan nafsu,
Diselongkar kedai menabur wang ringgit.

Ada perempuan,
Tidak hirau akan manusia,
Baginya dirinya sudah cukup sempurna,
Tidak suka dia membanding bandingkan.

Perempuan yang lembut di dalam,
Kasar luarannya,
Mungkin acapkali dia menangis waktu sendiri,
Tidak mudah dilihat oleh sesiapa,
Akan waktu hibanya.


cc to @zhrhs  @sheikhfrost




You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation