Bagaimana Mahu Istiqomah?

April 29, 2015

   Nak berubah semua orang boleh malah nak jadi baik semua orang pun boleh. Tetapi mahu istiqomah itu memerlukan semangat dan kesungguhan yang tinggi. Sekiranya kita tidak kuat, maka senang untuk kita untuk kembali terjerumus dalam kancah jahiliyyah dan kegelapan ksemula. Di sini HYM nak berkongsi beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk kita terus menerus istiqomah apabila sudah berhijjrah. Tidak kiralah hijrah kita itu sedikit atau banyak, tetapi yang penting terus kekal dan bertambah dari sehari ke sehari. Seperti sabda Rasulullah s.a.w: "Amalan yang paling disukai oleh Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqomah walaupun ianya sedikit." [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]. Nah, adakah anda tidak gembira dengan berita ini? Jadi, apa tunggu lagi. Mari kita memulakan langkah untuk berubah setiap hari.Jangan tunggu kejap lagi atau essok tapi, mulakannya sekarang !

   Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan diri kita untuk kekal istiqomah di atas jalan Allah ialah:

1)Lazimi taubat
Ya. Lazimi taubat setiap hari sebelum tidur. Taubat bukan sahaja kita perlu lakukan apabila tersedar yang kita telah melakukan dosa tetapi, perlu dilakukan setiap hari kerana kita tidak sedar dalam hari-hari yang kita lalui kadangkala telah melakukan dosa. Mana mungkin kita terlepas dari melakukan dosa walaupun dosa yang kecil dalam satu hari. Kan? 

2)Jaga konsistensi ibadah
Setelah berhijrah, kita mestilah menjaga konsistensi ibadah kerana ia adalah jambatan hubungan kita dengan Allah. Sebagai contoh, solat di awal waktu, amalkan solat-solat sunat seperti solat sunat dhuha, hajat, witir dan sebagainya, puasa sunat, membaca al-Quran dan pelbagai lagi amalan-amalan yang lain. Selepas itu, cuba untuk tidak meninggalkan amalan-amalan tersebut kecuali uzur syarie'.

3)Bersahabat dengan orang yang inginkan perubahan
Bukanlah tidak boleh untuk kita berkawan dengan orang yang tidak mahukan perubahan. Tetapi, kita perlu bijak memilih sahabat untuk memastikan kita terus kekal di jalan Allah. Pilihlah sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah. SubhanAllah. Selalulah mendekati orang-orang yang soleh bagi lelaki dan solehah bagi perempuan.

4)Sentiasa muhasabah diri
Ambil sedikit masa sebelum tidur untuk bermuhasabah kembali amalan yang kita lakukan pada hari tersebut. Adakah banyak melakukan amalan yang boleh mendekatkan diri kita pada Allah ataupun makin menjauhkan kita dari-Nya. Pada keesokan harinya, cubalah untuk berubah dan memperbetulkan kesilapan kita semalam. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Amatlah rugi seseorang itu jika hari ini lebih teruk dari semalam. Moga dijauhkan.

5)Perbanyakkan berdoa
Kerana Allah yang memegang setiap hamba-Nya, maka kepada-Nya sahajalah kita perlu memohon dan meminta agar ditetapkan hati untuk terus istiqomah di landasan Islam yang benar. Amin wa inshaallah.

Mari kita amalkan. InshaAllah hati dan iman kita akan kuat dan terus istiqomah.

-Wallahua'lam-



You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation