Buku Nota Hijau Muda

May 08, 2015

   LAPAN TIGA PULUH MINIT PAGI. Hari ini merupakan hari pertama bagi Fahirah utuk bertugas sebagai guru ganti di sebuah sekolah yang terletak berhampiran dengan rumahnya sebagai mengisi masa lapang pada cuti semesternya yang baru sahaja bermula.

 Sampai sahaja di sekolah, dia terus ke pejabat untuk berjumpa dengan Guru Besar bagi melapor diri sebagai guru ganti subjek Bahasa Arab. Dia menggantikan Puan Sumaiyah yang sedang cuti bersalin. Setelah selesai semua urusan di pejabat, Ustaz Hafiz menunjukkan tempat duduknya di Bilik Guru.

   "Syukran ya Ustaz Hafiz." Fahirah sekadar berbudi bahasa.

   "Afwan Ustazah Fahirah. Kalau ada apa-apa masalah, bolehlah tanya ana ye." Tutur Hafiz dengan begitu yakin sekali.

Fahirah hanya membalas dengan senyuman.

  Dia membelek-belek buku Pelajaran Dan Pembelajaran (P&P) untuk mengenalpasti tajuk dan kelas yang akan diajrnya pada hari itu. Sedikit rasa gementar mula timbul di sudut hatinya.

   "Nasib baiklah aku ajar ni budak-budak sekolah rendah, kalau budak sekolah menengah, pengsan terus aku. haha." Fahirah membebel sendirian.

Fahirah berjalan menuju ke kelas 6 Bestari untuk memulakan sesi mengajar pada hari tersebut.

   "Bismillah." Dia memulakan dengan langkah kanan untuk masuk ke kelas itu.

   "Assalamualaikum ya Ustazah baru," Para pelajar memberi salam dengan begitu bersemangat.

   "Waalaikumussalam, murid-murid baru." Fahirah menjawab salam sambil mengukir senyuman mesra dibibirnya.

   "Bismillahirrahmanirrahim. Saya Ustazah Fahirah yang akan menggantikan Ustazah Sumaiyah awak selama beliau cuti bersalin." Fahirah memulakan bicara.

   "Yeayy!!" Murid-murid mula bersorak. Begitu bising sekali kelas 6 Bestari ketika itu seperti pasar pagi.

   "Baiklah. Sebelum kita memulakan sesi pembelajaran pada hari ini, Ustazah nak kenal kamu semua. Sebut nama, tempat tinggal dan cita-cita. Boleh tak?"

   "Mestilah boleh, kami pun nak berkenalan dengan ustazah juga."

   "Ya, kita akan saling mengenali pada hari ini. Ustazah akan memperkenalkan diri ustazah terlebih dahulu."

   "Nama Ustazah, NurfahirahYasmin Binti Muhd Faizal, berumur 20 tahun, tinggal di Taman Peradana, Melaka dan sekarang masih belajar di UiTM Melaka dalam kos Perbankan Islam."

"Oh..."

"Ustazah dah kahwin ke belum?"

"Belum, bertunang je." Fahirah sengaja menukar status dirinya.

"Alaa.."

"Kenapa?"

"Baru nak mengorat. haha"

Satu kelas ketawa terbahak-bahak.

   Fahirah terdiam, tidak menyangka begitu sekali adab generasi muda di sekolah ini.

   "Hm okaylah. Ustazah nak berkenalan dengan kamu pula. Bermula dari belah kanan ustazah."

   Setelah berkenalan dia meneruskan sesi P&P. Pelajar kelas itu kelihatan seperti tidak berminat dengan subjek Bahasa Arab. Mungkin juga caranya mengajar tidak berjaya menarik perhatian anak muridnya itu. Fahirah seakan kesal tapi tidak berputus asa.

   "Aku mesti belajar cara nak tackle budak-budak ni." Fahirah seakan-akan menanam azam dalam dirinya.

   "Syukran ya Ustazah."

   "Afwan."

Fahirah terus melabuhkan punggungnya lalu terus menaip sesuatu pada komputer riba miliknya. Dia pantas menulis sesuatu di dalam buku nota berwarna hijau muda. Dia sebenarnya sedang mencari bagaimana cara yang sesuai untuk menarik perhatian anak muridnya terhadap apa yang ingin dia sampaikan di dalam kelas. Dia mencatat satu persatu idea untuk diperaktikkan di dalam kelas nanti.

   Fahirah meneruskan sesi pembelajaran sehinggan kelas tamat. Pelbagai kerenah murid-murid yang kadangkala membuat dirinya tersenyum.

   "Ya Allah, seronoknya jadi cikgu ni. Masihkah aku ada peluang untuk jadi cikgu walaupun aku tak meneruskan pengajian di IPG?" Dia mengomel sendirian.

  Keesokan harinya, dia meneruskan sesi P&P seperti biasa tetapi ada sedikit kelainannya. Fahirah memakai baju kurung berwarna biru dan selendang bercorak bunga serta berkasut tumit tinggi. Dia juga mengenakan sedikit solekan secaran nipis untuk mengelakkan wajahnya tampak pucat.

 Ya. Hari ini dia datang ke sekolah dengan imej baru dan teknik mengajar yang juga baru.

Setelah dua bulan berlalu, Fahirah menjadi guru yang boleh dikatakan  favourite bagi kelas yang diajarnya. Bahasa Arab juga menjadi subjek yang disukai oleh pelajar di sekolah itu. Mereka tidak lagi mengabaikan subjek tersebut walaupun tidak dikira dalam UPSR.

Fahirah sangat gembira kerana tidak sia-sia dia memperaktikkan tenik mengajar yang dia ambil dari internet dan dari pengalaman guru-gurunya. Dia juga bersyukur terhadap Allah kerana mempermudahkan urusannya dalam mendidik anak bangsa.

"Bahasa Arab ini bukan sembarangan bahasa tetapi, ini bahasa syurga, bahasa Al-Quran, dan bahasa yang indah. Jadi, kenapa kita tidak mempelajarinya?" Begitulah pesanan setiap kali dia mengakhiri kelas.

   "Boleh kita berbincang sekejap, Ustazah Fahirah?" Ustaz Hafiz menyapa entah datang dari mana, tiba-tiba sahaja muncul.

   "Okay, tapi tak boleh lama sebab ana ada kelas."
   
   "Ana nak tanya, macam mana ustazah boleh tarik minat pelajar kelas yang ustazah ajar untuk suka Bahasa Arab ni? Sampaikan ada suatu hari tu, masa ana ada lagi 10 minit, tapi ketua kelas dah tak sabar nak ke Bilik Guru untuk menjemput ustazah. Secara peribadi, ana memang cemburu lah kan, sebab tu ana tanya ustazah ni. Maaf kalau menyusahkan."

Fahirah menghulurkan buku nota berwarna hijau muda kepada Ustaz Hafiz.

   "Apa kata ustaz baca buku nota ni dulu. Nanti bila dah habis baca , ustaz pulangkan semula pada ana ye."

Hafiz mengambil buku tersebut sambil mengucapkan terima kasih.

  Buku nota itu sebenarnya buku catatannya bermula pada hari pertama dia mengajar di sekolah itu. Fahirah memang minat menulis, dia akan sentiasa membawa buku nota dan pen ke mana saja dia pergi. Jika ada masa, dia akan menulis di laman blog miliknya.

Hari ini merupakan hari terakhir fahirah berkhidmat di sekolah itu. Tipulah kalau tak sedih. Sungguh berat hati dia untuk meninggalkan sekolah itu dan anak didiknya.

Selepas bacaan Yaasin, Fahirah diminta oleh guru bertugas untuk menyampaikan sepatah dua kata sebelum berpisah dan menerima sedikit penghargaan dari pihak sekolah berbentuk cenderahati.

Selesai majlis dia masih mengajar untuk dua kelas pada hari terakhirnya itu.

Sebak dihatinya. Serius.

Sampai di Bilik Guru terdapat bungkusan-bungkusan hadiah dan surat di atas mejanya.

   "Amboi, banyaknya hadiah ustazah." Guru di meja sebelah mengusik.

   "Tak adalah cikgu."

Dia membelek hadiah dan surat tersebut. Mata Fahirah terhenti setelah melihat buku nota hijau miliknya yang diletakkan di sudut mejanya.

   "Allah, lupa pula pasal buku ni. Nasib dia pulangkan. Alhamdulillah." Fahirah mengomel sendirian sambil menepuk dahinya.

Dia membaca sekeping nota yang terselit dalam buku tersebut.

Ustazah Fahirah,
   
   Terima kasih sebab bagi pinjam buku ni. Alhamdulillah, sangat bermanfaat terhadap diri ana. InshaAllah ana akan kongsikan teknik mengajar ini dengan guru yang lain. Terima kasih juga sebab sudi mendidik pelajar yang dahagakan ilmu di sekolah ini. Semoga menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti dan bermanfaat terhadap masyarakat. Semoga kita berjodoh."
           
                                                                                                                                - hafiz-
 "Huish, dahsyat betul Ustaz Hafiz ni. Bukan biasa-biasa. Lain macam betul."

Loceng berbunyi sebagai tanda tamatlah sesi persekolahan pada minggu tersebut. Ia juga menandakan Fahirah secara rasminya telah menamatkan perkhidmatannya di sekolah itu.






You Might Also Like

4 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation