Gadis Bertudung

April 20, 2015

Gadis bertudung kini, 
Selalu diperkatakan itu dan ini, 
Ada saja sikap tidak disukai,
Pada pandangan masyarakat duniawi. 

Apa yang mereka mahu, 
Gadis bertudung perlu lengkap sempurna, 
Sesempurna bidadari syurga, 
Tanpa ada sedikit silap dan dosa. 

Tapi sebenarnya mereka lupa, 
Gadis itu juga manusia, 
Tidak pernah lepas dari dosa, 
Sedarlah wahai manusia. 

Hidup ini sementara, 
Tiada siapa yang sempurna, 
Maka dari itu, 
Jagalah akhlak dan keperibadianmu.

Tidak perlu sibukkan diri, 
Memikirkan hal orang lain, 
Sedangkan wudhu'mu belum tertib,
Solatmu masih tergendala. 

20 APRIL 2015
5.45 pm
@bayang_hdyh

Salam rindu untuk kamu :)


You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation