Potret Hati

April 21, 2015



Dalam gambar itu, 
Seakan kau terlihat sempurna, 
Tiada sedikit cacat atau cela, 
Seolah-olah hidupmu bahagia. 

Disebalik gambar itu, 
Hanya kau dan DIA yang tahu, 
Sakit dan perit yang ditanggung, 
Hati rabak luka berdarah. 

Segaris senyum yang kau lemparkan, 
Cuba sembunyikan berjuta perasaan 
Tiada siapa yang dapat meneka, 
Segala yang tersirat di dada. 

Terkadang kau berpura-pura bahagia, 
Dek kerana terlalu menjaga, 
Menjaga hati insan lain, 
Sehingga terlupa hati sendiri. 

Mungkin, 
Kau berpegang satu prinsip, 
Biar hati remuk tercalar, 
Asalkan yang lain tersenyum lebar. 

Kisah hidupmu penuh melankolik, 
Kadang kau sendiri tak terdaya, 
Tapi kerana-Nya, 
Kau cuba bangkit teruskan langkah. 

Semoga kau terus kuat, 
Bukan saja untuk hari ini, 
Bukan kerana sesiapa,
Biarlah Kerana-Nya. 

               21 APRIL 2015
  9.15 pm
               @bayang_hdyh

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation