Tips Elak Kawan Si Kaki Hutang

April 26, 2015

Berkawan dengan teman yang kuat berhutang ada kalanya memeningkan. Asal berjumpa sahaja, tak ada benda lain nak ditanya, asyik nak meminjam wang 24 jam! Tak diberi kasihan, nak bagi pula kita pun hanya cukup-cukup makan. 

Korang pernah ada tak kawan yang jenis macam ni? Kalau ada, itu semua pengalaman tau. Ceh. Zaman belajar kat universiti pun dah jumpa kawan yang macam ni apatah lagi zaman berkerjaya nanti. 

Mampukah kita bertahan jika setiap hari perlu berhadapan dengan situasi begini? Kadang-kadang semua ni boleh bawa gaduh tau bila kawan tu buat-buat lupa untuk bayar hutang. Siapa boleh tahan macam ni kan? Takkan kita pula terhegeh-hegeh nak kutip hutang. Yang meminjam tu perlu sendiri mahu ingat untuk membayar semula wang yang dipinjam, tulis dalam buku supaya tak lupa. Hutang ni kalau tak bayar, susah tau bila dah meninggal dunia. 

Jadi, tips atau solusi bagi masalah ini seperti:-

Situsi 1: "Beb, aku nak pinjam duit dulu boleh? Tengah bulan ni, kau paham-paham je lah kan, kering."

Solusi 1: Ha, korang cedoklah alasan yang sama. Beritahu dia yang poket korang pun kering juga tambah kemarau lagi. Haha. 

Situasi 2: "Alahai, duit dah ciput, pensyarah pula bagi tugasan yang memerlukan duit, manalah aku nak cekau ni"

Solusi 2: Korang nasihatlah dia supaya berjimat cermat dalam berbelanja. Lepastu bagitahu yang korang pun nak guna duit buat assigmnent. 

Situasi 3: "Haish, dompet aku hilang pula, pinjamkan aku duit kau dulu boleh? Nanti aku bayar balik ye. "

Solusi 3: Aduh, hebat pula permainan dia ni. Haha. Korang cakap kat dia yang koramg bawa duit hanya cukup-cukup untuk bayar makanan korang je. 

Situasi 4: "Weh, bayarkan dulu. Aku belum keluarkan duit dari bank lah"

Solusi 4: korang suruh dia pergi kelurkan duit sekarang. Korang tunggu dia kat kedai tu. Senang kan?  Haha

Situasi 5: "Adui, laparlah aku dah dua hari tak makan, duit takde. "

Solusi 5: Senang cerita macam ni lah, korang belanja je lag dia makan sebab dah dua hari kot tak makan. Kang ada yang mati kelaparan pula. Selain dapat tolong orang dalam kesusahan, korang juga dapat pahala. Tapi, jangan hari-hari belanja, nanti naik lemak pula. 

Okay dekat atas tu ada 5 situasi dan 5 solusi. Korang boleh lah praktikkan. Nampak macam kejam je kan. Aku bukan nak ajar korang jadi zalim, tapi ni cara korang nak ajar sikit kawan kau yang tak habis-habis nak pinjam duit tak sudah-sudah. Tapi, kalau kau tahu yang kawan kau tu memang hidup susah, jadi tak salah lah kalau korang nak bantu. Haa, korang pun jangan pinjam duit. Okay? 








You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation