Cerita Kita

May 20, 2015

Sebenarnya dah lama aku nak kongsi pasal benda ni cuma sekarang baru ada kesempatan nak menulis tentang perkara ni. Ceh, macam serius je bunyinya kan? Haha. Takde apa-apa lah, cuma nak cerita 1 Mei 2015 haritu aku keluar pergi Pengkalan Balak dengan sahabat masa sekolah menengah dulu sampai sekarang. Dah lama juga lah tak jumpa dorang ni. Ni pun tak cukup lagi 5 orang. Sebenarnya dah banyak kali dorang ajak jumpa, cuma aku ni paham-paham lah kan. Hehe. Yang tak faham tu buat-buat paham je lah. Kalau korang nak tahu, mama, baba dan adik-adik aku pun ada masa kitorang jumpa cuma duduk kat tempat lain. Anak mak kan aku ni?  Well. Haha. 

 Kitorang tak mandi laut pun. Tengok je sebab panas terik kot. Masing-masing nak jaga muka katanya. Haha. Perangai semua sama je dari zaman sekolah sampai sekarang. Gila-gila tu tetap tak dapat nak pisahkan. Gila-gila yang masih boleh dikawal lah. Enjoy apa cuti semester ni dapat keluar dengan kawan. Nasib baik kali ni baba bagi kebenaran. Alhamdulillah. 

Kalau masa zaman sekolah dulu selalu juga pergi laut kat sini. Lebih-lebih lagi masa SPM, gap lama sangat kitorang pergi laut. Tenangkan fikiran katanya. Sepatutnya jaga keselamatan diri semasa peperiksaan SPM, ni saja tempah maut pergi mandi-manda kat laut. Alhamdulillah, semua selamat. Bukan selau dapat berkelah macam ni. 


Ingat lagi, kalau pergi pantai kadang-kadang Hanisah ajak datang rumah dia makan-makan sebab rumah dia depan laut je. Mak dia masak sedap tambah pula makan free lagi bertambah sedap lah. Haha. Ada suatu hari tu, aku pinjam basikal dia bawa jalan-jalan tepi pantai, tiba-tiba pertengahan jalan, tayar aku pancit. Masa ni memang kelakar. Hanisah pun datang bawa motor ego dia. Minta maaf Nisah. Huu. 


Dari kiri Raihana, Hanifah, Amirah, Atikah, dan aku. Wefie je lah kitorang masa nak dekat balik tu. Pantai kat sini lah yang tersimpan banyak memori aku dan sahabat-sahabat. Nanti bila aku dah ada suami dan anak-anak, wajib kena pergi pantai ni sekurang-kurangnya sekali setahun. Eh? Haha. Okay gurau je. Calon pun takde, tiba-tiba nak suami. Buat lawak je. Hee. 
  

Aku pun tak tahulah bila lagi boleh jumpa dengan dorang ni semua. Harap-haraplah akak yang pakai tudung bunga-bunga tu naik pelamin cepat-cepat, boleh lah aku datang rumah dia nanti. Dalam pada masa yang sama, boleh jumpa kawan-kawan yang lain. Hehee.


Semoga kita berjumpa lagi !

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation