Sudi Atau Tidak?

June 07, 2015

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak kongsi satu peristiwa yang baru sahaja aku lalui sebentar tadi. Bagi aku cerita ni agak sedih, jadi sediakan tisu sebelum mebaca tulisan aku kali ini DAN aku tulis ni bukan sebab nak menunjuk-nunjuk atau riya' ke apa. Tapi, sekadar nak meluahkan rasa di hati ini. 

Hari ni semua pelajar diploma dah daftar untuk memulakan sesi pengajian yang seterusnya. Aku dah semester 5 merangkap semester akhir dah ni. Okay, seperti biasa bila malam hari pertama kat Lendu ni aku dan rakan-rakan akan pergi makan sama-sama. Kitorang ni berlainan kos, sementara assignment tak mula lagi ni, kitorang meluangkan masa bersama lah. Nanti masing-masing dah ada tugasan, memang susah lah nak duduk semeja. Selalunya kitorang berlima tapi malam ni bertiga je sebab yang lagi dua orang tu tak balik lagi. 


Nak dimulakan cerita,  kitorang pergi makan sampai dua buah kedai tau semata-mata nak tengok tv alaa yang qu puteh tu. Mesti tahu kan? Haa. Kedai yang pertama, kitorang order nasi goreng. Memang niat nak duduk lama sikit tapi belakang kitorang tu ada sekumpulan jejaka harapan siapa pun tak tahu tengah riang ria menghisap rokok. Disebabkan kitorang tak tahan bau rokok tu, kami pun beredar lah ke kedai lain. Jumpa kedai kedua kitorang order teh tarik dan cendawan goreng. 


Sementara menunggu cendawan goreng tu siap digoreng, kami pun berselfie lah dulu. Okay, borak punya borak baru lah kitorang perasan yang pakcik punya kedai tu dia buat semua kerja. Pakcik tu lah ambil order, buat air, masak-masak, lap meja, basuh dan angkat pinggan mangkuk, dan cashier. Aku macam tersentak kejap. Yelah, sebab tadi aku ada cakap "manalah cendawan ni?" kesian aku tengok pakcik tu buat semua kerja. Pelanggan makin bertambah, aku tengok pakcik tu terkejar-kejar buat kerja. 

Kitorang dah tak senang duduk, rasa macam nak bantu apa-apa yang patut untuk meringankan kerja pakcik tu. Lepastu, Mia bagi idea untuk tolong pakcik tu. Kitorang puna angkat lah pinggan dan cawan yang terbengkalai dekat atas meja tu bawa ke dapur. Masa tu, pakcik tu tengah potong-potong bawang. Aku ni pula banyak songeh nak bertanya kat pakcik tu. 

"pakcik, memang tak ambil pekerja ke?"

"Ada, tapi kerja sekejap berhenti. Bila ada duit kerja, bila takda duit berhenti kerja. Takda yang betul-betul nak bekerja."

"Oh, okay."

"Anak-anak pakcik semua kat Perak. Dah kerja dah berkahwin."

"Mesti penat nak buat semua kerja ni kan pakcik, harap pakcik sentiasa diberikan kesihatan yang baik."

"Inilah punca pendapatan pakcik, nak. Terima kasih lah tolong pakcik, minta maaf kalau servis lambat."

"Eh, takpa pakcik. Kami faham."

Aku pun berlalu ke depan nak pergi kat tempat duduk aku balik lah. Tiba-tiba ada seorang lelaki ni tanya, "dik, teh o ais satu berapa?" Pulak dah, aku bukan kerja kat sini. Haha. Aku pun pergi lah tanya pakcik tu, harganya RM1.50. Lepastu lelaki tu nak juga bayar masa tu. Tak faham aku. Lepas dia menyedari yang aku tak kerja kat situ, berapa puluh kali dia minta maaf pun aku lupa nak kira. 

Masa tu adalah dalam enam order yang dorang cancel kan sebab lambat. Geng budak lelaki yang melepak kat situ. Alang-alang dah lepak tu, tunggu je lah. Aku kesian betul tengok pakcik tu bila seorang-seorang datang nak cancel kan order. Kitorang tengok je pakcik tu. Berpeluh-peluh sampai basah baju yang dia pakai. Termengah-mengah nak buat semua kerja. Bayangkan pakcik tu ayah kau. Kitorang tak boeh tengok orang yang golongan warga emas ni bekerja susah payah. 

Aku rasa sedih lagi, bila dia cakap yang dia ada anak, dah besar dah kerja dan dah berumah tangga. Tapi, antara anak-anaknya tu, tiada seorang pun yang nak bawa ayah dia ni untuk tinggal bersama. Paling takpun, bagi lah duit belanja. Memang sedih, bila pakcik tu cakap yang kedai makan tu merupakan punca pendapatan dia. Wahai anak, ayah seorang pun tidak mampu nak jaga kah? Tak pernah ada rasa simpati ke bila lihat ayah kau terkejar-kejar melakukan semua kerja. Dari kau kecil, dia dah bertungkus-lumus bekerja untuk bagi kau makan, sekolah dan macam-macam lagi. Ini sampai dia dah tua pun, dia perlu bekerja untuk sara hidup dia? Mana perginya mata kau wahai anak? 

Bertambah sedih, kadang-kadang ada pelanggan yang lari ke kedai lain sebab servis pakcik ni lambat. Kesian. Bulan ramadan pun tinggal beberapa hari sahaja lagi, dan pakcik itu akan terus melakukan kerja yang sama setiap hari. Sakit dan penat dia siapa yang sudi bantu? 

Aku dapat banyak pengajaran daripada apa yang aku lihat pada malam ini. Pakcik itu seorang yang kuat semangat, cekal dan tabah untuk meneruskan kehidupan. Bergantung sepenuh harapan kepada Allah. Tidak lokek untuk meminta maaf kepada semua orang walaupun dia tak bersalah sebenarnya. Pengajaran yang penting, ringankan beban kedua ibu dan bapa kita. Kenanglah jasa mereka. Sedar diri atau sedar dari mana asal usul kita. Kita sebagai pelanggan kena lah faham situasi dia. Walaupun kita ni belajar tinggi mana pun, pengakhirannya belum tahu lagi bagaimana. 

Bila kitorang pun dah nak bergerak balik ke kampus, lelaki yang minum teh o ais tu tanya, "student uitm lendu eh?" kitorang pun anggukkan kepala dan berlalu pergi. Geng lelaki yang asyik nak cancel order tu masih lagi lepak disitu. Sudi atau tidak, bantu apa yang mampu. Ingatlah satu pesanan ini, jika kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita pula. InshaAllah. 

Ya Allah, Engkau murahkan dan berkatilah rezeki pakcik itu. Amin.. 

Sekian. 



You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation