15 FAKTA TENTANG HYM

June 25, 2015

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak perkenalkan diri aku. Boleh? Walaupun dah lama blog ni aku buat, tapi aku terlupa nak perkenalkan diri aku yang serba kekurangan ni. Eh? Haha. Okay, bagi yang dah kenal aku tak payah lah baca, dah pergi tidur sekarang. Haha. Bagi yang belum kenal tu meh sini baca fakta pasal aku. Peace!



  1. Anak ketiga dari 5 beradik. (seorang lelaki, dan empat orang perempuan)
  2. Agak cerewet dalam bab pakaian tapi gila suka shopping. (normal lah, perempuan kan?)
  3. Peramah bila berjumpa dengan orang yang peramah, kalau orang tu pendiam aku akan jadi seribu kali pendiam. (Pemalu sebenarnya, haha)
  4. Bila dengan kawan-kawan, aku ni banyak bercakap tapi bila kat rumah aku kurang sikit. (Tak tahu kenapa)
  5. Bersikap agak kasar pada luaran tapi selembut softlan di dalam hati. (yang kenal aku mesti tahu ini!)
  6. Suka membaca buku jenis motivasi islamik dalam bentuk penceritaan dan juga suka menulis. (sebab masa aku sekolah rendah dulu, cikgu BM cakap penulisan aku terbaik daripada yang terbaik, tapi aku tak percaya)
  7. Aku ni suka buat lawak sebab aku suka tengok orang tergelak tapi kadang-kadang lawak tak sampai juga. (gelak untuk diri sendiri)
  8. Aku tak suka tengok movie dan seangkatan dengannya. (macam running man ke apa ke)
  9. Tak berapa nak cukup tinggi sebenarnya. (tak lepas jadi askar)
  10. Suka makanan pedas lagi berapi. (duduk melaka lah kata kan)
  11. Serius bila berada dalam situasi yang melibatkan komitmen.
  12. Mencari Taufiq untuk dijadikan pasangan. (Eh, ni ustaz aku yang suruh. Haha)
  13. Sangat mental disorder bila bersama dengan kawan-kawan yang rapat.
  14. Aku tak suka orang tiru assignment aku. (sejak dari sekolah lagi tau)
  15. Sangat suka mencuba sesuatu yang baru dan pelik.

Okay, setakat ni yang aku boleh fikir ada 15 ni je dulu. Nak kenal betul-betul, jemput datang rumah. Haha. Okay aku gurau je. Kau datang aku tutup pintu.

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation