RESIPI KEK KUKUS MILO

June 27, 2015

Assalamualaikum.


Macam mana puasa untuk hari ke-10 ni? Harap semuanya diberikan kesihatan yang baik. Okay, malam ni aku nak kongsi satu resipi kek yang mana sangat mudah untuk menyediakannya sebab barang-barangnya senang didapati atau memang dah ada kat dapur rumah korang tu. Haa. Tak caya? Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk kek kukus milo ni.

BAHAN A 
1 cawan milo
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

BAHAN B
1 1/2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sudu kecil serbuk bikarbonat
1 sudu kecik serbuk penaik

BAHAN C
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Okay, senang kan bahan-bahan yang diperlukan? Bila semua bahan dah ada, mari kita lihat cara penyediaannya pula.

CARA-CARA PENYEDIAAN


  1. Campurkan semua BAHAN A ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati dengan keadaan api yang sederhana. Apabila dah sebati, tutup api dan biarkan bahan tadi sejuk seketika.
  2. Sementara tunggu BAHAN A sejuk sedikit, ambil bekas lain lalu pecahkan 3 biji telur dan  1 sudu kecil esen vanilla (BAHAN C). Kacau sehingga kembang. Setelah kembang, campurkan ia  ke dalam BAHAN A yang telah disejukkan tadi dan kacau sehingga sebati.
  3. Selepas itu, masukkan pula BAHAN B ke dalam BAHAN A+BAHAN C tadi, kemudian kacau sehingga sebati. Kalau boleh kacau sehingga tiada gelembung-gelembung kelihatan lagi.
  4. Dah boleh lah kalau nak panaskan air untuk kukus.
  5. Sapu loyang dengan marjerin supaya tidak melekat dan mudah untuk tanggalkan bila dah masak.
  6. Tiba masanya untuk tuang acuan tadi ke dalam loyang tersebut dan tutup loyang dengan aluminium foil.
  7. Bila air dah menggelegak, letakkan loyang berisi acuan tadi ke dalam periuk kukus untuk di kukus selama 1 jam.
Baiklah, sementara menunggu kek masak, kita boleh buat topping pula. Lagi 30 minit nak masak tu, kita dah boleh sediakan topping. Okay?

TOPPING
1 cawan milo
2 sudu besar minyak masak
3 sudu besar air masak
1/2 cawan susu pekat

Campur semua bahan tu dan masak secara double boiler tau. Bila tengok macam dah berkilat bahan tu, boleh lah titup api.

Apabila kek tu dah masak, biarkan ia sejuk terlebih dahulu sebelum terbalikkan. Selepas terbalikkan kek, dah boleh letak topping. Akhir sekali, hiasan. Letaklah coklat rice ke apa ke. Aku suka letak manik urai yang warna-warni tu, baru cantik. 

Selamat mencuba ye!

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation