C H E N T A

June 21, 2015

Assalamualaikum.



Eh hai! Aduh, mesti korang pelik kan kenapa aku tiba-tiba menulis tentang cinta? Bukan aku yang sedang mengelamun cinta atau sedang dibuai mimpi cinta yang indah. Tidak, tidak sama sekali. (senyum senget)

Sebenarnya tujuan aku menulis entri pada kali ini adalah kerana semenjak dua tiga menjak ni, aku sudah menjadi pendengar setia kepada beberapa orang kawan aku tentang ni lah, tentang cinta. Ada yang sedang bercinta, ada yang baru berputik rasa cinta, ada yang tengah gaduh-gaduh sayang dan tidak kurang juga sudah ada yang putus cinta. Boleh dikatakan, aku ni macam doktor cinta lah pula. Apa yang aku boleh buat, aku cuma akan mendengar dan memberi sedikit nasihat. 

Walaupun aku ni takda lah banyak sangat pengalaman bercinta. Tapi, sikit-sikit tu adalah masa zaman jahiliyyah dulu. Alhamdulillah, sekarang aku dah cuci tangan. (senyum kambing) Aku sebenarnya tak galakkan korang bercinta dan bukan aku je yang tak galakkan tapi Islam itu sendiri melarang sekeras-kerasnya menghampiri zina. 

"Eh, kau ni kenapa HYM. Kitorang bercinta je bukannya buat apa-apa pun."

Huish, jangan lah marah aku dulu. Zina ni skopnya luas. Ada zina mata, zina hati, zina tangan dan lain-lain lagi. Zina yang zahir mungkin korang rasa biasa sebab bercinta dah jadi perkara yang nampak biasa tapi sebenarnya berdosa. Tak caya, korang sign in Facebook atau Instagram sekarang, korang tengok berapa ramai yang ada post gambar berdua dengan kekasih. Haa, kira lah. Jangan tengok instagram aku tau. Haha. Okay, gurau je.

Bercinta ni bosan tau. Sebab apa? Sebab apa-apa yang kau buat dalam sehari tu mesti kena hantar report, hari-hari mesti contact, bila dah blue tick whatsapp tapi tak reply pun boleh gaduh. Hidup macam takda privacy langsung lah kan kalau camtu.

"Eh, kitorang lagi suka ada yang nak ambil berat."

Hek eleh weh, masa kau tengah angau dilamun cinta boleh lah cakap macam tu. Tahukah anda, berapa banyak masa yang kau bazirkan untuk menghadap semua tu? (cara cakap dah macam pengacara kanak-kanak je) Sumpah, banyak gila masa yang kau ada sebenarnya. Mak dan ayah kau pun kau tak telefon atau mesej hari-hari kan? Setiap saat, setiap minit dan setiap ketika.

Kalau bercinta jarak jauh, memang jarang jumpa. Ceh, ada orang kata jauh dari zina. Eeh, kau berdua-duaan dalam alam maya pun dikira zina juga tau. Ada ke masa kau tengah berchatting tu mak dan ayah kau duduk sebelah? Takda kan? Kau sorang-sorang, tersengih-sengih. Aku sangat tabik lah dekat orang yang tidak pernah membuang masanya untuk bercinta. Betapa bersih dan sucinya hati mereka ini. Tidak pernah dicemari rasa rindu yang tidak berkesudahan, rasa cinta yang sama tinggi dengan Gunung Kinabalu.

Aku hanya sekadar menasihati, selainnya terpulanglah kepada anda. Okeh!


Cintailah Pemilik cinta, InshaAllah orang yang hatinya mencintai Allah juga layak untukmu.


Berdoa yang baik-baik, inshaAllah yang datang nanti juga yang baik-baik.

Okaylah, tak dapat nak tulis panjang-panjang sebab aku ada kelas sat gi ni. tata


You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation