Alam Baharu!

June 11, 2015

Assalamualaikum.

Pelajar lepasan SPM 2014 mesti semua sekarang ni dah sambung belajar kan? Yang berjaya menyambung pelajaran ke IPTA tu, tahniah hakak ucapkan. Mana yang sambung di IPTS pun, tahniah juga. Tidak kiralah sambung ambil STPM, STAM, Matrikulasi, Politeknik, Kolej, atau Universti mana-mana, yang penting niat nak belajar tu ada. Adik-adik yang sambung belajar kat UiTM, terutamanya LENDU kita geng (sep sikit). hehe. Hashtag UiTM dihatiku. Ceh!

Hakak tulis entri kali ni sekadar mahu berkongsi sahaja, walaupun pengalaman tidaklah seberapa. Adalah sikit-sikit. Ehem.



Masa pertama kali semak keputusan dapat sambung mana tu, mesti ada yang seronok sampai melompat-lompat, berguling-guling sebab terharu gila. kan? Tapi, masa hakak dulu tiada apa reaksi pun sebab UiTM ni pilihan hakak yang keempat tau. Jadi, buat adik-adik yang dapat universiti bukan pilihan hati atau kos yang bukan pilihan tu, teruskan saja perjalanan korang. InshaAllah, rezeki kita ada dekat situ. Tapi, kalau korang memang rasa berat dan tidak boleh langsung nak bawa kos tu, janganlah tempah maut kan. Alhamdulillah, kos perbankan ni hakak boleh lah bawa sampai sekarang dah semester yang terakhir. Kalau masa sekolah dulu hakak minat subjek membaca dan tak suka subjek mengira, tapi bila dah masuk universiti hakak minat dengan subjek kira-kira.



Mula-mula risau juga sebab hakak ni dulu sekolah agama, tiba-tiba dapat UiTM. Selalunya, senior-senior dulu sambung belajar dalam bidang agama dekat UIAM, USIM, UM, al-Azhar dan ada yang sambung STAM. Kiranya hakak ni macam lari tajuk lah cerita dia. Lagi satu risau sebab takut diri ni terima kejutan budaya. Yelah, suasana sekolah dulu tak sama macam suasana dekat universiti ni. Kena pandai pilih kawan dan pandai bawa diri. Apa-apa pun semuanya bergantung pada niat kita itu sendiri.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin al-khattab r.a berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya."
[Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi, al-Nasa'i, Ibn Majah dan Ahmad]

Jadi, mari kita tarik nafas dalam-dalam, hembus dan ucapkan Alhamdulillah. Letak tangan kanan di dada dan tajdid niat dalam hati.Tetapkan niat sebab apa kita sambung belajar? Niat nak ilmu, maka akan dapat ilmu. Niat nak bercinta, akan dapat cinta. Niat nak ilmu yang diredhai Allah, maka akan dapat itu. Semua orang sambung belajar tapi apa yang membezakan antara mereka itu adalah niat. Niat itu penting.

 Alhamdulillah..

Terima kasih Allah atas nikmat sambung belajar ni. Eh, sambung belajar pun nikmat ke? Ya, sambung belajar pun nikmat juga, tidak semua orang dapat sambung belajar kan? Tidak kiralah pinjam PTPTN ke biasiswa ke, yang penting kita dapat rezeki untuk sambung belajar. Justeru itu, gunakan nikmat ini dengan sebaiknya dan amanah dengan ilmu yang kita perolehi,



Bila dah sambung belajar, mesti semua risau pasal pointer kan? Kalau boleh korang nak dapatkan Anugerah Dekan(DL) setiap semester. Risau sangat kalau dapat pointer teruk. Ni hakak nak pesan, ilmu bukan pada pointer. Jangan stress sangat belajar sebab fikir pasal pointer. Jika kita tidak ponteng kelas, buat semua tutorial yang pensyarah kita bagi, selalu dekat dengan Allah. InshaAllah kejayaan itu pasti akan mengiringi. Tidak semestinya berjaya dengan pointer empat rata, mana tahu berjaya dari segi kerjaya, akhlak, ilmu. Walaupun dengan ilmu yang sedikit, tetapi bermanfaat pada orang lain,itu juga kejayaan tau. Kalau pandai, tapi ilmu yang diperolehi itu tidak dikongsi bersama pun tidak guna juga.



Dimana pun adik-adik sambung belajar sekarang, yakinlah Allah sudah tetapkan yang terbaik untuk kita. Semua yang terjadi itu disertakan hikmah dipenghujungnya. Manis, pahit, masam, tawar itu semua rencah rasa dalam kehidupan. Percayalah, zaman belajar adalah zaman yang paling awesome dalam hidup. Nanti kalau korang dah kerja, mesti korang rindu balik zaman belajar sebab zaman belajar ni lah kita tidak banyak komitmen. Tanggungjawab kita hanyalah belajar, belajar dan belajar.


Adik-adik yang dikasihi, mulakan kehidupan baru anda. Setiap hari jadilah orang yang baru. Selamat merasai alam baharu! Hakak doakan kita semua berjaya dengan kejayaan yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Ameen wa inshaAllah. Salam kasih sayang daripada hakak HYM :)



You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation