XSSLM

June 13, 2015

Assalamualaikum.


Hai, hari aku join game explorace dengan pelajar-pelajar semester 1. Memang seronok lah kan berlari, berguling, bertepung apa bagai. Aku pun dah macam takda beza dengan junior. Ceh? Memang enjoy habis lah cerita dia. 

Sebelum majlis bermula, seperti biasa sesi bergambar tidak dilupakan. Pagi-pagi kitorang dah sampai tapi majlis mula dalam pukul 9.00 pagi macam tu. Biasa lah tu janji-janji manis. Haha. 


Keceriaan jelas terpancar di wajah-wajah senioriti d'bankers ni. Semua pakat nak masuk S6. Apa lah kan. Haha. Rasa macam sedih pula dah semester akhir ni. Aku risau nanti kalau-kalau aku rindu dekat mereka ni. (kesat air mata) 


Semester 5 yang hadir pun tak semua. Ada beberapa ketul je. Tapi tak mengapa, seronok juga. Hehe


Semua ni pasti akan jadi kenangan yang sentiasa dirindui. Apa pun tahniah diucapkan untuk semua Majlis Tertinggi D'Bankers sebab bertungkus lumus dari semester lepas untuk mengadakan pelbagai program untuk ahli-ahli d'bankers ni. 


Jangan kata junior je yang kena buli,yang senior pun kena juga tau. Korang tengok lah muka aku tu lepas guna produk quputeh. Haha. Hidung tu ke terlebih putih. Explorace memang tak sah lah kalau tak kena semua ni. 


Haa, ni lah anak buah kumpulan aku dan era. Manis-manis kan? Welkk. Ahha. Kumpulan kitorang takde lelaki pun semua perempuan. Sebenarnya, kitorang sampai pertama sekali tapi disebabkan ada beberapa kriteria yang diambil kira, kitorang dapat tempat naib johan. Okay lah tu. Alhamdulillah. Tak expect pun untuk menang, cuma saja nak release tension je. Ada rezeki hari ni untuk adik-adik ni. 


Okaylah. Masa untuk bermain dah tamat. Lepas ni semua fokus untuk belajar ye. Bersedia untuk tugasan-tugasan yang akan diberikan oleh pensyarah anda. Hehehe (gelak jahat). Kitorang memang enjoy habis dengan korang sampai kaki aku dah sakit malam ni. Haa siapa nak tolong urut? Urut sendirilah ye. 

Aku pun dah mengantuk, kepenatan, kesakitan dan sebagainya. Aku nak beradu duu ye. Tata. 

You Might Also Like

2 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation