Senyum Ramadhan

June 16, 2015

Assalamualaikum.




Eh hai! Apa khabar semua. Aku harap agar kita semua akan diberikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Alhamdulillah, esok bulan Ramadhan akan singgah selama 30 hari kepada semua Muslim. InshaAllah.Semoga kita diberi kekuatan untuk memperbanyakkan amal ibadah. Bulan Ramadhan kan akan ditutup semua pintu neraka dan dibuka pintu-pintu syurga. Tambah lagi, syaitan-syaitan akan dibelenggu. Hanya tinggal nafsu yang telah kita didik selama lapan bulan sebelum tibanya Ramadhan. Kita mesti qawiyy!

Mungkin korang tertanya, apa kena mengena dengan senyum Ramadhan tu? Haa, aku nak bagitahu ni, senyum disini bermaksud banyakkan bersabar di bulan Ramadhan yang mulia ini. Aku pesan ni bukan dekat korang je, tapi lebih kepada diri aku sendiri. Biasalah, darah muda cepat sangat naik angin. Dalam bulan yang indah ini lah, kita boleh belajar mendidik hati supaya bersabar. Sabar untuk bangun sahur, sabar untuk menahan lapar di siang hari, sabar untuk tunggu waktu berbuka, sabar dalam mengerjakan ibadah, sabar dalam pelbagai jenis bentuk lagi. Semuanya berteraskan KESABARAN.

Tambahan lagi, senyum itu kan sedekah, senyum itukan sunnah Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w. Jika kita tidak mampu untuk melakukan semua sunnah baginda, jangan pula kita tinggal semua. Buat mana yang mampu dan istiqamah sentiasa.



Pelbagai jenis ibadah yang kita boleh lakukan. Malah, pahalanya akan berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Nah, takkan kita nak biarkan saja kesempatan ini berlalu pergi kan? Rindu sangat dengan bulan Ramadhan, tiba-tiba teringat zaman berpuasa di asrama dulu-dulu. Ramadhan kali ini, ramadhan ku yang terakhir di Lendu ini. Hm..

Baiklah, dikesempatan yang ada ini aku nak mengucapkan selamat berpuasa Ramadhan kepada semua pembaca yang beriman. Marilah kita sama-sama mendoakan agar Ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada yang sebelum ini. Amiin wa inshaAllah. Sampai disini saja pertemuan kita, jika panjang umur, aku akan menulis entri lagi. Maklumlah, sekarang dah mula dengan assignment, kuiz dan sebagainya. jadi, aku kena menguruskan masa dengan baik. Doakan aku semoga kuat dan terus istiqamah dalam melakukan kebaikan. Terima kasih :)

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation