Mahasiswa Yang Bagaimana?

August 13, 2015

Assalamualaikum. 


Aku rasa belum terlambat lagi untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Tahniah, tahniah, dan tahniah. Doakan aku menyusul kalian semua. Doakan aku semoga sentiasa kuat dan bersemangat untuk belajar. Entri pada kali ni aku cuma nak menasihati atau memperingatkan kepada diri aku sendiri dan juga kalian yang akan melangkah ke alam universiti. Oleh sebab pengambilan September lebih kepada pelajar dari lepasan STPM dan Matrikulasi, aku mengambil kesempatan ni untuk menerangkan bagaimana keadaan dan suasana universiti dan menasihati kalian.

Aku menasihati bukan sebab aku lah yang terbaik. Tidak, tidak sama sekali. Apabila aku memberi nasihat, secara tidak langsung aku juga akan cuba mengamalkan apa yang telah aku nasihatkan. Kadang-kadang orang yang paling susah untuk kita nasihatkan adalah diri kita sendiri, betul tak?. Renung-renungkan.

 Pertama sekali, bila dah masuk universiti ni kita dah jauh dari ibubapa, dah jauh dari pemantauan ibubapa dan kita bebas dari kongkongan ibubapa. Tetapi, ini semua tidak bermakna kalian boleh melakukan apa yang kalian suka sesuka hati je. Tidak bermakna kalian bebas tanpa ada orang yang melihat kalian. Bukan bermakna kalian boleh membuat keputusan ikut kepala kalian sendiri. Tidak dan saya ulangi sekali lagi TIDAK. Ingat, kalian masih punya ibubapa, ingat kalian masih bergelar seorang yang beragama Islam, ingat yang kalian masih mempunyai tanggungjawab seorang anak dan ingat, kalian masih di bawah tanggungjawab ibubapa kalian. 

Aku cuma mahu berkongsi bukan membangga diri. Aku sekarang ni dah berada dalam semester terakhir di bumi Lendu ni dan sepanjang lima semester aku dekat universiti ni, aku langsung tidak bebas dan tidak boleh melakukan apa yang aku suka sesuka hati aku. Ya, aku tahu umur aku dah nak masuk 20 tahun dan sepatutnya aku boleh buat apa yang aku suka. Tapi tidak, ibubapa aku sangat menjaga dan sayang aku sangat-sangat. Ya, itu yang aku rasa. Walaupun orang lain anggap aku ni macam "anak mak, anak ayah" dan walaupun orang lain anggap aku ni terlalu dikongkong oleh ibubapa, tapi aku tidak kisah semua tu sebab aku dah biasa. Memang dari kecil aku dididik begitu. Masakan tidak, walupun di universiti, apabila aku mahu keluar ke mana-mana mesti minta izin dari ibubapa terlebih dahulu. walaupun secara logiknya, bukannya mereka tahu pun kalau aku keluar tanpa beritahu mereka. Tapi, aku hormat cara mereka dalam mendidik aku ni. Jarang aku boleh keluar dengan kawan-kawan, jarang aku boleh pergi trip sana sini, jarang aku boleh bebas dan buat apa yang aku nak. Semuanya terbatas dalam universiti, tidak lebih daripada itu. Langkah je kaki ni keluar dari pagar universiti, mana-mana aku nak pergi perlu minta izin dari ibubapa.

Kalian sendiri boleh lihat betapa ibubapa aku terlalu menjaga aku. Walaupun nampak macam tak sporting, tapi aku tahu mereka sangat sayang dekat aku. Tipulah kalau aku cakap, aku takde rasa apa-apa dalam hati ni kan? Ya, kadang-kadang ada rasa macam aku ni terlalu dikongkong, tak macam orang lain yang ibubapa nya tidak kisah kalau nak keluar dengan kawan-kawan, tidak kisah balik lewat malam, ibubapa yang sporting gila bapak. Tapi, bila aku muhasabah balik diri ni, aku sedar semua yang ibubapa aku lakukan semuanya bersebab, bukan saja-saja. Tambah lagi, zaman sekarang ni macam-macam benda pelik yang berlaku. Aku bersyukur sebab masih mempunyai ibubapa yang peduli dengan apa yang aku lakukan. Itu tandanya sayang. Kan?

Aku tahu zaman sekarang ni, ramai ibubapa yang terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak, tidak kiralah lelaki atau perempuan dan tidak ramai ibubpa yang macam ibubapa aku. Hehe. Alhamdulillah. Ingat balik tujuan asal kita masuk universiti ni sebab apa. Sebab nak belajar. Perbetulkan niat kita sebab niat itu seperti surat, salah alamat maka salah sampai tempat. 

Kedua, masuk universiti bukan untuk cari jodoh. Inikan baru masuk universiti, dah tidak tentu arah nak cari boyfriend atau girlfriend. Tulang rusuk bergetar sini sana.(menggelabah gila). Ingat sikit, perbelanjaan kalian kat universiti ni pun ibubapa yang tanggung, ada hati nak cari tulang rusuk. (weh, sedar diri tu sikit) Tak payah kalian nak membazir masa, membuang tenaga, menyakitkan kepala dengan bercinta atau bercouple. Cukuplah sekadar kalian menjaga diri sendiri dan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kalian. Berapa ramai yang aku jumpa dekat universiti yang pada mulanya "pandai" tetapi akhirnya tak ke mana sebab cinta. Berapa ramai yang aku jumpa, dalam setahun tu dia tukar pasangan sebanyak tiga kali dan macam-macam lagilah orang yang aku jumpa. Sebab tu aku kata bercinta ni buang masa. Kalau kalian nak sangat bercinta, berhenti belajar dan terus berkahwin. Apa tak cukup duit?? Haaa..sedar pun tak mampu. Jadi, tak mampu buat cara tak mampu. Faham?

Ketiga, bijak membelanjakan wang. Jangan boros tidak tentu hala. Bak kata pepatah, 'ukur baju di badan sendiri' jangan kat badan orang lain. Kena pandai simpan duit, kalian sendiri perlu tahu, duit ni macam air, laju je keluar. Dekat universiti ni banyak nak guna duit untuk makan, assignment, yuran sana sini, tambang dan macam-macam lagi,. Jangan pula habiskan duit tengok wayang, karoke, belanja kekasih dan shopping macam orang kaya. Tapi, kalau kaya sangat, sila lah berbuat demikian. Tapi kena ingat, yang kaya tu ibubapa kalian, kalian tu takde apa-apa tau.

Keempat, aktifkan diri dalam berpesatuan. Jangan asyik nak memerap kat bilik je. Jangan jadi pelajar 3K iaitu kelas, kantin katil. No..no..no..tidak produktif langsung kalau macam ni. Cubalah sertai dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak univeristi. Ingat tu, jangan nak melepak membuang masa je, buat aktiviti yang berfaedah.

Paling penting, jangan jauh dari Allah. Letakkan Allah yang utama dalam segala hal. Jaga solat bukan bermaksud tidak tinggal solat tetapi solat di awal waktu. Baca al-Quran setiap hari dan lakukanlah amalan-amalan sunat supaya kita tidak jaauh dari Allah. Jangan lupa ibubpa kita walaupun dimana pun kita berada. Ingat, kita ni masih dibawah jagaan mereka. Kita tak boleh buat sesuka hati. Lebih-lebih lagi yang perempuan, kemana pun kita nak pergi once keluar dari universiti make sure inform dekat ibub apa kalian dulu. Perempuan, jaga kehormatan diri, jaga keselamatan, jaga maruah diri dan ibubapa.

Apa-apa pun Selamat Maju Jaya kepada kalian. Semoga hidup diberkati oleh Allah sentiasa. Belajar sungguh-sungguh. InshaAllah berjaya.

Salam ikhlas: @bayang_hdyh

You Might Also Like

0 comments

WORDS OF WISDOMS

Train your mind to see the good in every situation